Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

9 Kelebihan Tidur Mengiring Ke Kanan

Sabda Rasulullah S.A.W: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Satu daripada adab tidur adalah dengan mengiring ke kanan, dan sunnah Nabi ini ternyata banyak  hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari aspek kesihatan. Berikut adalah sembilan kebaikan sekiranya kita tidur mengiring ke kanan. 

1. Merehatkan otak sebelah kiri.

Otak manusia terbagi menjadi dua bagian kanan dan kiri. Bahagian kanan adalah otak yang lebih mensarafi organ tubuh sebelah kiri dan sebaliknya. Umumnya kita menggunakan organ tubuh bahagian kanan sebagai anggota tubuh yang dominan dalam melakukan kegiatan harian seperti makan, memegang dan sebagainya. Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bahagian kiri yang mensarafi segala aktiviti organ tubuh bagian kanan akan terhindar dari bahaya yang timbul akibat sirkulasi semasa kita sedang tidur. Bahaya tersebut meliputi pengendapan bekuan darah, lemak, sisa oksidasi, dan peningkatan kecepatan atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Sehingga jika seseorang berisiko terkena stroke, maka yang berisiko adalah otak bahagian kanan, dengan akibat kelumpuhan pada sebelah kiri (bahagian yang tidak dominan). 

2. Mengurangi beban jantung.

Posisi tidur kesebelah kanan yang rata, membolehkan cairan tubuh (darah) disalurkan merata dan terkonsentrasi di sebelah kanan (bawah). Hal ini akan menyebabkan beban aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih rendah. Denyut jantung menjadi lebih lambat, tekanan darah juga akan menurun. Kondisi ini akan membantu kualiti tidur kita.

Tidur mengiring ke kanan membuat jantung tidak ditimpa oleh organ lainnya. Hal ini disebabkan kedudukan jantung adalah lebih condong berada di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan denyutan jantung yang berlebihan, sebab darah yang masuk ke atrium juga banyak kerana paru-paru kanan kita berada di atas. Sedangkan paru-paru kanan mendapat  darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

3. Merehatkan usus. 
Jika seorang tidur kesebelah kiri maka proses pengeluaran rembesan kimia  akan menyebabkan usus sedikit terganggu, hal ini akan memperlambat proses pengosongan usus. Hambatan ini pada akhirnya akan meningkatkan akumulasi asid yang akan menyebabkan hakisan pada dinding usus. Posisi ini juga akan menyebabkan cairan usus yang bersifat basa bias masuk balik menuju usus dengan akibat hakisan dinding lambung dekat pylorus. Oleh itu pilihan tidur mengiring ke sebelah kanan dapat mengurangkan proses tersebut berlaku. 

4. Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pankreas. 
Adanya aliran chime yang lancar akan menyebabkan keluaran cairan hempedu juga meningkat, hal ini akan mencegah pembentukan batu kandungan hempedu. Keluaran getah pancreas juga akan meningkat dengan mengiring ke kanan. 

5. Meningkatkan waktu penyerapan zat gizi.
 
Semasa tidur pergerakan usus menigkat. Dengan posisi ke sebelah kanan, maka perjalanan makanan yang telah tercerna dan siap di serap akan menjadi lebih lama, hal ini disebabkan posisi usus halus hingga usus besar ada dibawah. Waktu kita tidur memungkinkan penyerapan bias optimal.

6. Melawaskan buangan air besar (najis).

Dengan tidur mengiring ke sebelah kanan, proses pengisian usus besar sigmoid (sebelum anus) akan lebih cepat penuh. Jika sudah penuh, akan merangsang gerak usus besar diikuti relaksasi dari otot anus sehingga mudah buang air besar.

7. Merehatkan kaki kiri.

Orang yang dominan pergerakan kanan, secara  cenderung menggunakan kaki kiri sebagai pusat pembebanan. Sehingga kaki kiri biasanya cenderung lebih merasa letih dan penat dari kanan. Dan aliran darah di kaki untuk kembali cenderung lebih lambat. Jika tidur mengiring ke kanan, maka pengosongan vena kaki kiri akan lebih cepat sehingga rasa letih dan penat akan lebih cepat hilang.

8. Menjaga kesihatan paru-paru. 
Paru-paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring ke sebelah kanan, jantung akan condong ke sebelah kanan. Hal ini tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan lebih besar. Sebaliknya berlaku jika bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru-paru kiri yang berukuran kecil, tentu ini sangat tidak baik. 

9. Menjaga saluran pernafasan.

Tidur mengadap ke arah mencegah jatuhnya lidah ke pangkal yang dapat mengganggu saluran pernafasan. Tidur dengan posisi telentang, mengakibatkan saluran pernafasan terhalang oleh lidah. Yang juga mengakibatkan seseorang mendengkur. Orang yang mendengkur saat tidur menyebabkan tubuh kekurangan oksigen. Bahkan terkadang dapat mengakibatkan terhentinya nafas untuk beberapa detik yang akan membangunkannya dari tidur. Orang tersebut biasanya akan bangun dengan keadaan pusing karena kurangnya oksigen yang masuk ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu kualitas tidur.

Sungguh sangat sombong manusia, apabila manusia tidak mentaati tuhannya yang maha hidup lagi terus menerus dan tidak tertimpa rasa kantuk dan juga tidur. Sedangkan manusia hanyalah mahluk lemah yang apabila satu kegiatan ditinggalkan (seperti tidur yang kelihatannya sepele), ternyata dapat mengakibatkan dampak buruk bagi manusia itu sendiri sampai berujung kepada kematian.

Maka maha benarlah Allah dan sangat tepatlah bahwa hanya Allah lah satu-satu dzat yang maha hidup dan qoyyum yang tidak pernah terkena rasa kantuk dan tidak pernah tidur. Wallahu’alam Bishowab, Semoga bermanfaat.

Kesan & Bahaya Merokok


Hasil bancian menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok ?

Rabun Jauh


Rabun dekat merupakan antara sebab penglihatan yang kabur. Objek yang jauh akan kelihatan tidak jelas bagi orang rabun jauh. Kebiasaanya rabun dekat merupakan variasi yang normal dan bukan penyakit. Jarang rabun dekat disebabkan oleh penyakit. Antara sebab rabun dekat adalah perubahan natural bentuk mata dan jarang disebabkan oleh perubahan  dalam kornea atau lensa mata. Masalah-masalah ini menyebabkan cahaya masuk ke mata dan difokuskan di hadapan retina. Sepatutnya cahaya fokus tepat di retina. Rabun dekat di beri diagnosis melalui soalan-soalan mengenai rabun dekat, pemeriksaan mata.  Oftalmoskopi dan funduskopi boleh dilakukan dalam pemeriksaan mata. Cermin mata atau kanta lekap mata boleh membantu membetulkan penglihatan. Kaedah surgeri juga boleh dilakukan untuk membaiki bentuk kornea atau meletakkan kanta lensa artificial di dalam mata untuk mengurangkan rabun dekat atau membetulkan rabun dekat. Tetapi sekiranya anda masih muda belia, selalunya anda mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan bukannya rabun dekat. Biasanya rabun dekat dialami oleh golongan yang sudah pun berusia dan biasanya dalam lingkungan 40-an ke atas.

Dissomnia : Hilangnya Kualiti Tidur


Sebelum ini saya sudah menulis mengenai Paralisis iaitu mengenai gangguan semasa tidur seperti rasa sesak ditindih begitu juga dengan Kepentingan Tidur Malam. Jadi saya mahu masukkan lagi entri mengenai tidur dan kali ini mengenai jenis-jenis kecelaruan tidur yang mungkin ada dialami sebahagian daripada anda semua. Dissomnia secara ringkasnya untuk pemahaman anda semua adalah gangguan atau kecelaruan berkaitan dengan tidur. Diantara jenis-jenis dissomnia yang boleh dikenalpasti adalah...

Emotional Freedom Thecnique (EFT) : Akupuntur Tanpa Jarum



EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada 1995 oleh Gary Craig. Beliau telah mempraktikan EFT pada veteran perang Vietnam yang hadapai PTSD (post traumatic stress disoder) yang mana mereka telah dirawat oleh belasan ahli terapi tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan positif tetapi melalui EFT yang diperkenalkannya hanya dalam tempoh 6 hari sahaja seramai 20 orang veteran perang berjaya dipulihkan. Sesi terapi melalui EFT tersebut direkodkan dalam bentuk DVD yang juga menjadi sumber rujuk awal pembelajaran terhadap teknik ini. 

Bagaimana EFT Membantu Kita ?


Pesakit Mental Meningkat


Memetik laporan Buletin Utama TV3 edisi 18 Januari 2011 berhubungan peningkatan pesakit mental, Kementerian Kesihatan Malaysia bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang. Angka ini mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009. Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihak Kementerian Kesihatan Mealaysia akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres seawal peringkat sekolah sepanjang tahun ini. Oleh itu saya secara peribadi melihat isu ini sebagai serius kerana tidak ramai masyarakat bersikap terbuka terhadap kesihatan mental dan ada diantara mereka bimbang dilabel sebagai gila dan tidak siuman apabila dikaitkan dengan istilah mental. Di sini, saya menegaskan adalah perlu satu lagi program berbentuk pendedahan awal terhadap kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mental sama seperti menjaga kesihatan diri dari aspek fizikal.

Wanita Juga Bersunat


Sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan. Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Dimana ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit. Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti.

Kepentingan Tidur Malam


Penting sangatkah waktu tidur? Jawapannya YA. Tidur memanglah tersangatlah penting kerana badan kita perlukan rehat.  Rehat bagi tubuh kita adalah tidur. Tidur pada waktu yang normal yang biasanya 6 hingg 8 jam. Pada tempoh ini berlakunya banyak proses biologikal terutama detoksifikasi atau penyikiran toksin daripada abdomen-abdomen tertentu. Bayangkan jika kita tidak tidur, maka tiadalah toksin yang disingkirkan.

Kecelaruan Personaliti

Kecelaruan Personaliti boleh didefiniskan sebagai ketidakstabilan dan ketak suaian trait personaliti yang menyebabkan ganguan. Ia juga merupakan pola tingkahlaku yang telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong daripada kebiasaan budaya. Dari segi diagnosisnya, kecelaruan personaliti berada pada Axis II dalam DSM-IV. Mengikut DSM-IV, kecelaruan personaliti terbahagi kepada 3 rumpun iaitu [A,B,C]. A: Aneh dan Eksentrik, B: Dramatik dan Emosional, dan C: Kerisauan & Ketakutan

Secara umumnya, kecelaruan personaliti mempengaruhi keseluruhan emosi dan trait tingkahlaku dimana ianya mula menyimpan di awal usia remaja. Ianya lebih bersifat kekal, tidak fleksibel dan tak menentu sehinggakan menyebabkan distress dan kecelaan yang signifikan. Masalah yang sering timbul dalam tingkah laku kecelaruan personaliti biasanya timbul kegagalan mengawal diri sendiri dan menghadapai kesukaran membina perhubungan rapat. Di antara klafikasi yang disenarai sebagai kecelaruan personaliti menurut DSM-IV (edisi empat)  adalah seperti paranoid, schizod, schizotypal, anti-sosial, sempadan, histrionik, narsistik, pengelakan, kebergantungan, dan obsesif-komplusif.

Pola kecelaruan personaliti ini boleh dilihat sejak lagi sebenarnya dan ianya berterusan sehinggalah dewasa seiring dengan perkembangan diri. Pola tingkahlaku kecelaruan dapat dikesan apabila berlakunya salahsuai dalam perhubungan interpersonal khususnya. Ketidakpuasan dalam kehidupan yang kerap dialami menyebabkan mereka yang mengalami kecelaruan personaliti sering berhadapan dengan kerisauan dan kemurungan berpanjangan.

Kecelaruan Rumpun I : Aneh & Eksentrik

Paranoid
Kecelaruan personaliti ini menunjukan tahap syak wasangka dan sangat mencurigai orang lain. Individu yang paranoid biasanya memandang serong dan menganggap motif orang lain sebagai jahat terhadapnya. Mereka ini sangat obses dan tidak mempercayai orang lain dan sukar untuk berkongsi rahsia dengan orang lain.  Selain itu, mereka yang paranoid selalu sahaja bersangka buruk kepada orang lain , cemburu buta, dan berasa seperti setiap masa ada sahaja orang mengkhianatinya. Contoh paranoid :- "Rasa seperti terancam dengan ajakan jiran rumah untuk makan bersama. Merasakan jirannya seolah-olah ada muslihat atau niat jahat."

Schizod
Schizod atau skizod adalah sama. Ejaan sahaja beza, skizod ini menunjukkan kecenderungan untuk bersendirian dan kurang menunjukan reaksi emosi. Mereka seperti ini biasanya tidak banyak bergaul dan tidka mempunyai ramai kawan. Ini disebabkan mereka sentiasa mengelak untuk perhubungan rapat. Disebab kurang reaksi emosi, individu skizod didapati sukar untuk menzahirkan perasaannya. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak kisah mengenainya pun. Sama ada marah, gembira ataupun sedih ia seperti biasa sahaja. Ada sesetengah kes, mereka ini sayang terhadap haiwan tetapi kurang terhadapa manusia.

Schizotypal
Schizotypal adalah lebih komplek berbanding skizod dan paranoid. Ini kerana schizotypal seperti pakej yang agak lengkap dimana individu yang mengalaminya kemungkinan besar mengalami skizophernia + paranoid + skizod. Tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri khusus dimana mereka ini akan mengalami ganguan persepsi dimana ia lebih jelas terkesan kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Tingkahlaku dan penampilan aneh. Kepercayaang aneh, pemikiran aneh dan pertuturan aneh. Mereka juga risau terhadap sosial. Walaubagaimanapun, schizotypal ini lebih jelas semasa di peringkat awal dewasa.

Kecelaruan Personaliti Rumpun II : Dramatik & Emosional

Anti-Sosial
Individu yang anti-sosial tidak menghormati hak orang lain dan tidak suka untuk mematuhi peraturan. Mereka ini cenderung untuk menipu, impulsif dan tedensi menjadi seorang penjenayah. Anti-sosial biasanya berpersonaliti agresif, tak bertangung jawab dan menyesal. Mereka juga kurang sentuhan emosi sehingga tidak mempedulikan keselamatan orang lain seperti merempit, membawa kereta dengan laju, dan perkara-perkara ekstrem yang membahayakan nyawa orang lain. Tingkahlaku anti sosial sukar diubah dan ini ianya ada kaitan dengan kesan trauma yang dialami semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga cenderung kearah penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan jenayah. Dalam kajian Lee Robbins (1966), yang mengambil masa 30 tahun mengenai tingkahlaku delinkuens kanak-kanak  berpunca daripada ibu bapa yang anti-sosial juga dan tidak ada disiplin yang ditetapkan di dalam rumah. Antara tingkahlaku yang dikategori sebagai anti-sosial termasuklah meniru dalam peperiksaan, plaragiat, rasuah, dan salahguna kuasa.

Histrionik
Ini merupakan kecelaruan yang sangat dramatik dari segi tingkahlaku dimana individu yang histrionik sangat-sangat emosional seolah-olah apabila melahirkan perasaan seperti lakonan drama. Ini kerana mereka mahukan lebih perhatian, suka dipuji dan pandai dalam memanipulasikan orang lain. Mereka yang histironik cenderung melihat diri sendiri sebagai mudah 'sociable', meransang dan menawan kepada orang lain. Walaubagaimana pun, mereka ini mudah untuk berasa bosan, mudah marah dan mudah teruja. Selain itu, mereka yang histrionik ini agak berlagak, suka menggoda dan suka mengadakan gosip mengenai perhubungan. Mereka juga tertarik dengan bidang kerja seperi model atau pelakon. 

Narsistik
Ciri-ciri narisistik hampir sama dengan histrionik iaitu suka berlagak, tingkahlaku yang terlalu dramatik, suka dipuji, dan suka berdampingan dengan orang lain. Mereka ini juga tidak suka bergantung pada orang lain tetapi suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa. Ini disebabkan mereka amat mengidamkan kejayaan dan merasakan diri sungguh istimewa dan perlu disanjung. Dari aspek interpersonal,  mereka ini suka mencaci orang lain, sombong, terlalu mementingkan diri.

Sempadan (Boderline)
Kecelaruan sempadan atau boderline ini sebenarnya bermaksud kecelaruan dimana personaliti itu berada diantara garis sempadan psikosis dengan neurosis. Jadi tidak hairanlah jika kecelaruan personaliti jenis ini dilihat tidak mempunyai mood yang stabil dan konsistent. Dalam erti kata lain, individu dalam kelompok ini mempunyai imej kendiri yang bertukar-tukar. Kesan negatifnya membawa kepada tindakan untuk ke arah bunuh diri,  mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan dadah, kaki judi dan makan dengan banyak. Antara individu popular yang mengalaminya termasuklah Hitler dan Marylyn Moore.  Mereka yang  mengalami kecelaruan sempadan (boderline) ini kerap merasa kekosongan dalam diri mereka dan seringkali memiliki bad mood.

Kecelaruan Personaliti Rumpun III : Kerisauan & Ketakutan

Pengelakan
Kecelaruan personliti mengelak ini seringkali mengalami keterbatasan sosial. Individu dalam kategori ini menunjukkan neurotisme yang tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan sebagai pemalu dan takut kepada orang lain. Sangat sensitif kepada persekitarannya terutama dalam situasi yang mengacam mereka. Mereka juga biasanya berasa rendah diri dan rasa tidak berguna apabila membandingkan diri dengan orang lain. Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mereka ini semasa kecil suka menangis dan susah dijaga. Dan pengelakan cenderung kepada mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang kerap mengkritik dan merendah-rendahkan mereka.

Obsesif-Komplusif
Kategori ini menunjukkan ciri-ciri tak fleksibel, terlalu moral, dan percaya bahawa tidak boleh terlalu 'rasa seronok'. Individu yang obsesif komplusif terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak mahu memberi tangungjawab kepada orang lain. Selain itu, mereka ini begitu terperinci dan cerewet orangnya dan adakalanya disebabkan perkara kecil kerja tidak siap.  Seperti pengelakan, mereka juga mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat dengan peraturan diri yang ketat dimana bertujuan meningkatkan hargai diri dan mengawal diri. Ini juga disebabkan mereka kurang kemahiran interpersonal.

Kebergantungan 
Kecelaruan jenis ini dimana seseorang itu tidak mampu membuat keputusan atau pilihan secara bebas. Individu yang bergantung kelihatan takut akan ditinggalkan dan berpisah. Ini menyebabkan mereka hanya mengikut sahaja keputusan orang lain. Faktornya dipasti sama ada keran genetik atau disebabkan persekitaran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengalami kecelaruan ini, beitu juga dengan mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi. Lain-lain faktor yang mungkin termasuklah mempunyai adik beradik yang agresif terhadap dirinya sehingga dia menjadi tidak asertif (tegas diri).

Di Dunia 1 Daripada 4 Orang Mengalaminya...


Kesihatan Mental, ramai tidak menyedari dan tidak memahami sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental. Secara ringkasnya kesihatan mental boleh dikatakan satu tahap kesihatan dan kesejahteraan dari segi emosi dan pemikiran. Setiap individu yang dapat mencapai tahap kesihatan mental yang bagus sudah pastinya tidak mengalami apa-apa masalah kecelaruan dalam dirinya. Menurut WHO (World Health Organizations), setiap tahun satu daripada empat orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental. Cuba bayangkan jika di dalam dunia terdapat lebih 450 billion orang, adakah 1 per 4 itu satu angka yang kecil? Selain itu, hasil dapata statistik pada 2005  menunjukkan bahawa golongan wanita adalah golongan yang tertinggi menunjukkan simptom-simptom masalah kesihatan mental ini iaitu 29% berbanding 17% bagi lelaki. Itu pada tahun 2005, dan sekarang berapa agaknya? Masalah paling serius adalah apabila seseorang individu tidak menyedari yang dia mengalami masalah kesihatan mental. Beberapa faktor penting dikenalpasti mengapa mereka tidak menyedari hal ini. Antaranya adalah seperti :-

1. Tidak dapat mengenalpasti simptom-simptom kecelaruan pada diri sendiri.
  •  Ramai di kalangan kita tidak mengetahui apakah simptom-simptom yang mereka alami untuk dikaitkan dengan masalah sebenar mereka.
  • Mungkin simptom-simptom yang biasa kita kenalpasti seperti stress boleh kita kesan kerana ia boleh ditunjukkan secara fizikal. Tetapi untuk mengetahui simptom-simptom yang lebih spesifik seperti kecelaruan-kecelaruan tertentu mungkin memerlukan pengetahuan dan pembacaan yang lebih.
2. Salah tanggap mengenai kesihatan mental.
  • Ini lebih serius lagi, masyarakat di negara kita umumnya mempunyai stigma serong terhadap kesihatan mental misalnya. Apabila mendengar sahaja frasa 'mental' pasti ramai di antara kita mengaitkannya dengan gila atau tidak siuman. Walhal perkara kesihatan mental membawa konteks yang lebih luas lagi dan masih jauh dari maksud gila itu sendiri.
  • Apabila tidak memahami kepentingan kesihatan mental sepenuhnya, ramai diantara kita tidak menanganinya dengan cara yang betul. Ada juga yang masih malu-malu untuk berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan solusi yang sesuai. Belum ada keterbukaan lagi dari masyarakat yang belum membangun.

8 Kebaikan Seks Kepada Kesihatan Kita

Setiap orang mempunyai prespektif masing-masing apabila kita menyebut mengenai seks. Ada orang yang mengelak dari berbicara mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini. Seks sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul. Oleh itu, dalam Islam seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin. Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.


1. Mengurangkan Berat Badan
Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2. Tingkatkan Kesihatan Jantung
Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3. Membantu Tidur lebih Nyenyak

Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks. 

4. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5. Meningkatkan Kesihatan Mental
Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6. Membantu Melegakan Kesakitan 
Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7. Membantu Pengawalan Pundi Kencing
Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

8. Mencantikkan Kulit 
Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri seks yang disalurkan melalui perkahwinan adalah yang terbaik kerana ianya halal. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang  kebiasaannya dialami oleh pihak wanita. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu…..

Source from: http://comelnya.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...