Assalamualaikum w.b.t. Tahniah kepada adik-adik yang sudah berjaya melalui satu peperiksaan yang penting yang menentukan halatuju dan matlamat adik-adik semua selepas ini. Adik-adik telah berusaha, dan sama ada berjaya atau tidak usaha adik-adik itu sama-samalah kita berdoa dan tawakal supaya keputusan yang diperolehi itu mengembirakan adik-adik, ibu bapa, dan guru-guru di sekolah sepertimana yang diharapkan. Peperikasaan yang tamat penghujung bulan Disember, biasanya tiga bulan kemudian barulah keputusan SPM di umumkan. Tiga bulan itu panjang tempohnya, bersamaan dengan hampir 90 hari. Tetapi sudah ada diantara adik-adik semua mula merancang untuk bagaimana untuk menggunakan masa menunggu result itu dengan baik. Tak kurangnya yang masih belum ada perancangan. Dan ada juga yang mahu berehat sahaja di rumah sementara result SPM di umumkan. Tetapi apakah yang sewajarnya adik-adik lakukan?
Abnormal
Bahasa
Bawah Sedar
Budaya
Cerita
DirektOri
Fakta
Fenomena
Info
Islam
Kajian
Kaunseling
Kerjaya
Kesihatan
Kisah Teladan
Kod Etika
Lelaki
Malaysia
Menarik
Motivasi
My Artikel
Pelik
personaliti
Psikologi
Rahsia Tarikh Lahir
Sains Teknologi
Sejarah
Seks
Sukan
teori
Tips
Top Ten
Uji Minda
Universiti
Video
Wanita
Memaparkan catatan dengan label My Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Artikel. Papar semua catatan
Perhubungan Kucing dengan Manusia
Banyak istilah atau pepatah yang menggunakan haiwan kucing antaranya 'malu-malu kucing' untuk mengambarkan sifat malu seseorang, manakala 'ibarat kucing dengan anjing' bermaksud dua orang yang selalu bertengkar. Kucing hitam juga dikaitkan dengan kematian dan kegelapan. Tetapi itu tidak menghalang ramai orang memelihara kucing dirumah mereka. Faktor kecomelan, kemanjaan dan jinak yang ada pada kucing menjadikan kucing antara ianya haiwan popular yang menjadi pilihan untuk dipelihara. Kebanyakan penyelidik bersetuju, bahawa nenek moyang kucing yang paling kuno mungkin adalah seekor binatang menyerupai musang yang dikenali sebagai Miacis, ia hidup sekitar 40 juta atau 50 juta tahun yang lampau. Dipercayai juga kucing ini telah wujud lebih dahulu daripada anjing. Perhubungan kucing dengan manusia bermula sejak 9,500 tahun yang lepas lagi. Kucing telah digambarkan dalam sejarah banyak negara, ia dikatakan haiwan legenda dan sering menjadi subjek kegemaran seniman dan penulis.
Permulaan Kucing dalam Peradaban Manusia
Hubungan antara kucing dalam hidup manusia bermula apabila kucing pada awalnya dijinakkan kerana untuk tujuan memburu tikus yang mahu memakan biji-bijian yang disimpan digudang.Orang Mesir menggunakan kucing untuk memburu ikan dan burung serta memburu ttikus-ikus yang merosakkan stok biji-bijian di sepanjang Sungai Nil. Kucing dianggap begitu berharga pada masa itu sehinggakan terdapat penyembahan berhala kucing yang dibangunkan selama lebih 2,000 tahun. Kucing Dewi Bastet - yang namanya juga dieja Bast, dan Pasht yang digambarkan dengan kepala kucing. Lantaran itu, semua kucing menjadi suci kepada orang Mesir, dan semuanya dipelihara dengan baik. Apabila seseokor kucing itu mati, tubuhnya akan dimumiakan dan dikuburkan di sebuah kubur khas. Salah satu kubur ditemui pada tahun 1800-an mayat diawetkan mengandungi lebih daripada 300,000 kucing. Jika diikutkan catatan sejarah, orang Mesir mempunyai undang-undang yang ketat melarang eksport kucing. Diatas kemapuan kucing betindak sebagai control-pest kepada tikus-tikus diperlabuhan mereka dibawa oleh orang Yunani dan Rom sebahagian besar ke Eropah kemudiannya ke India, China, dan Jepun. Di era itu, kucing menjadi haiwan yang paling disayangi manusia.
Rasulullah S.A.W juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana dia gemar bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua. Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan adalah dilarang.
Mengenal Kemarahan Anda
Setiap orang pasti pernah marah, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari emosi ini. Anda yang sedang membaca blog ini pun pasti pernah marah. Marah merupakan satu emosi yang lahir apabila seseorang itu merasakan dirinya telah dicabar. Untuk tujuan keselamatan, ia dilihat sebagai sesuatu yang perlu bila keadaan ‘melawan’ (fight) diperlukan. Perasaan ini adalah normal dan emosi manusia yang sihat. Tetapi, ia menjadi punca masalah apabila menjadi tidak terkawal, bersifat ‘destruktif’ dan menghancurkan Semasa marah, kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Ini akan menyebabkan peningkatan tenaga hormon, adrenalin dan noradrenalin. Kemarahan juga berpunca dari sikap egoisme individu yang mahu berkuasa. Ia muncul apabila pendapat seseorang ditentang, dikritik, dibantah dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)