Rakan Blogger

Teori Cinta (Base on Relativity Thoery)

Teori Relativiti menyatakan: Matter and energy are relative and light are constant." Dimana menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.

Cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri. Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada. Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada. Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti. Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah.” Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.

Bukankah cinta juga begitu?
Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga Cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.

Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?
Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlainan. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cuma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.

Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap. Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta. Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita.

p/s: Actually 1st time Teori Relativiti saya dengar masa time kuliah Kelas Tingkahlaku Organisasi dengan Mr.Ong... Mase tu dia terangkan pasal pengurusan pasukan.. Ermm tapi dia relatedkan dgn teori ni jugak.. tp x sangka teori ni boleh relatedkan dengan cinta gak.. Ermmm jiwang plak r aku ni... hehehe

10 Petua Motivasi Diri

Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam

Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik, anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Belajar dari sejarah, tetapi jangan biarkan hal itu menjadi sebagai penghalang antara anda dan impian anda.

Petua 2: Ingatkan kejayaan

Sama pentingnya dengan belajar dari masa lalu dan mengatasi kegagalan adalah mengenang kejayaan masa lalu. Tidak kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu ketika dahulu. Renung kembali saat-saat tersebut. Gunakan kenangan kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh mencapai matlamat anda.

Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan

Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta kehidupan yang lebih baik. Ini akan bertindak sebagai batu loncatan untuk meneguhkan kepercayaan anda untuk berjaya.

Petua 4: Impian yang besar

Agar impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi besar. Jika anda tidak ghairah dan bersemangat tentang apa yang anda rancangkan untuk masa depan, anda tidak akan dapat menemukan inspirasi yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda. Impian yang besar boleh menggerakkan jiwa, dan ketika anda berimpikan sesuatu besar, anda akan terdorong untuk menjadikan impian anda sesuatu yang realiti.

Petua 5: Bertindaklah untuk berubah

Tidak peduli bagaimana anda ingin sesuatu hal itu terjadi, perubahan tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai impian mereka.

Petua 6: Lakukannya setiap hari

Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap malam untuk menilai pencapaian anda pada hari tersebut dan merancang untuk hari berikutnya. Ini adalah cara yang baik untuk memandu dan mengawal kehidupan anda. Jadikan ianya satu kebiasaan dan lakukannya hari ini. Kebiasaan ini akan membantu ketika anda mula bekerja ke arah mencapai impian anda.

Petua 7: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Tabiat yang negatif boleh mengganggu usaha untuk mencapai impian anda. Untuk memastikan hal ini tidak terjadi pada anda, lakukan setidaknya satu langkah baru dalam rutin harian anda untuk memperbaiki tabiat tersebut. Setiap langkah yang anda lakukan secara berperingkat-peringkat akan dapat mengubah secara berkesan dan berpanjangan sehingga memungkinkan bagi anda untuk membebaskan diri dari rutin yang negatif.

Petua 8: Dapatkan bantuan dan sokongan

Jangan lakukan sendirian. Mencapai sesuatu impian memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sumber. Akan ada saat-saat anda merasa ingin menyerah, saat anda merasa segalanya terlalu banyak yang perlu dilakukan. Salah satu cara yang paling pasti untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mendapat bantuan, bimbingan dan sokongan daripada sesiapa sahaja khususnya orang yang paling dekat dengan diri anda .

Petua 9: Teruja menanti hasilnya

Anda sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan segala sesuatu yang anda inginkan! Sekarang adalah saatnya untuk bersemangat dan berinspirasi tentang masa depan anda. Bayangkan kehidupan yang anda inginkan – kini anda menjadikannya realiti!

Petua 10: Tingkatkan ‘standard’

Tiba masa untuk meningkatkan ‘standard’ anda. Inilah masa untuk mengharapkan sesuatu yang terbaik pada diri anda berbanding dengan orang lain. Jangan menerima kecuali yang terbaik sahaja dalam segala hal yang anda lakukan dan anda tidak akan menghadapi masalah membina kehidupan impian anda. Sesungguhnya, meningkat ‘standard’ adalah demi meningkatkan usaha menjadikan kehidupan impian sebuah kenyataan.

Teladan Kisah Kupu-Kupu


Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. Lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu. Beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu. Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut.. Orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi. Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang. Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. Lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut. Sebenarnya......perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan. Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...