Rakan Blogger

Peneguhan Positif

Peneguhan Positif?? Ini yang timbul tanda tanya... Kepada sesiapa yang kurang fimiliar dengan istilah ini saya terangkan. Peneguhan Positif ni sebenarnya adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengawal atau untuk meneruskan sesuatu tingkahlaku seseorang. Peneguhan positif ialah stimulus (ransangan) atau peristiwa yang menyebabkan perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan di-panggil sebagai ganjaran. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan pene-guhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Biasanya ia lebih kepada ransangan biologi seseorang itu dan lebih natural, tidak dipelajarai dan tidak terlazim. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran sesuatu perkara itu. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik iaitu lebih banyak menggunakan verbal. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru. Peneguhan ini menjadi peneguhan sekunder selepas berlakunya pembelajaran beberapa lama. Selain itu, Peneguhan sekunder ini juga boleh hadir dalam bentuk token. (lihat artikel dibawah mengenai Token Ekonomi). Peneguhan seterusnya ialah peneguhan sosial iaitu sesuatu peneguhan yang diberikan melalui ekspresi wajah, senyuman dan lain-lain body language.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Peneguhan Positif

1. Pemilihan tingkahlaku yang sesuai untuk ditingkatkan kekerapannya.

2. Memilih peneguhan yang sesuai tingkahlaku yang mahu ditingkatkan.

3. Corak Pemberian Peneguhan juga mempengaruhi sejauh mana keberkesanan peneguhan yang dilakukan.

5. Pairing - Biasanya peneguhan juga boleh dipasangkan untuk digandingkan bersama.

6. Immediacy - Peneguhan perlu diberikan dengan segera kepada setiap respon untk memastikan keberkesanan maksima.

7. Arahan, dengan memberi arahan ia dapat membantu proses pemberian peneguhan. Biasanya arahan yang jelas, spesifik, mudah serta boleh mempengaruhi akan lebih membantu keberkesanan peneguhan yang diberikan.

Token Ekonomi : Ke Arah Modifikasi Tingkahlaku

Pernah tengok promosi mana-mana kedai atau pasaraya tak yang katakan kalau beli RM100 percuma parking, atau beli RM 50 dalam setiap minggu dapat cabutan bertuah atau paling terdesak kumpul tiga penutup tin boleh jadi jutawan. Ye kew? Ini semua contoh je... tiada kaitan antara yang mati ataupun yang masih hidup. Sedar atau tidak semua promosi ini adalah satu bentuk ke arah mengglakkan orang ramai membeli. Dalam konteks modifikasi tingkahlaku, [membeli = tingkahlaku] manakala [percuma parking, cabutan bertuah, jadi jutawan = ganjaran/peneguhan]. So, ini semua ada kaitan dengan satu kaedah yang membentuk tingkahlaku yang dikenali sebagai Token Ekonomi. Token Ekonomi adalah satu daripada kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam membemtuk sesuatu tingkahlaku. Ubahsuai terhadap sesuatu tingkahlaku dipanggil sebagai modifikasi tingkahlaku. Token ekonomi dapat meneguhkan lagi sesuatu tingkahlaku. Apakah yang dimaksudkan dengan 'token'? Token bukan tokan ye... Token ini adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Kebaikan token ekonomi ini adalah boleh ditukar secara serta merta. Dan ianya boleh digandingkan dengan mana-mana peneguhan yang lain. Bagaimanakah untuk kita boleh menggunakan kaedah token ekonomi ini?

Langkah-langkah perlaksanaan Token Ekonomi
  1. Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah.
  2. Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah tingkahlaku tersebut dengan berkesan.
  3. Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhan yang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakan kepada perubahan tingkahlaku.
  4. Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin ataupun kad.
  5. Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiada pun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya.
  6. Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dan siapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi modifier tidak memiliki banyak pilihan.
  7. Menguruskan kesan dan hasilnya. Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benar-benar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan token dengan jelas. Dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan jumlah token yang diberi.

Model Mengubah Pengurusan (Kurt Lewin, 1952)

Menyebut mengenai perubahan, ia pasti melibat suatu proses dari sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru. Perubahan adalah perlu, dan ianya perlu dirancang. Seorang tokoh yang menyentuh mengenai isu ini iaitu Kurt Lewin telah mengetengahkan satu model perubahan yang terancang. Siapakah dia Kurt Lewin ini dan apakah model yg diperkenalkan itu? Kurt Lewin berpindah dari Jerman ke Amerika pada 1930-an. Lewin diakui sebagai pelopor utama dalam "psikologi sosial" dan sangat berminat pada aspek perubahan manusia. Minatnya menyebabkan dia memimpin sekumpulan penyelidikan yang berfokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi orang untuk berubah, dan tiga tahap yang diperlukan untuk melakukan perubahan yang berjaya. Teorinya itu sangat berguna sehingga hari ini dan amat signifikan untuk dikaitkan dengan pelbagai bidang sosial dan pengurusan terutamanya yang menjurus kepada tingkahlaku organisasi sosial. Menurut teorinya itu, ada tiga tahap perubahan yang biasa disebut sebagai mencairkan (unfreezing), ubah (change) dan membeku (freeze or freezout). Banyak yang telah berubah sejak teori awalnya disajikan pada tahun 1947, tetapi model Kurt Lewin masih sangat relevan. Banyak model perubahan lain yang lebih moden yang benar-benar berdasarkan pada model Kurt Lewin.

Tahap 1: Unfreezing (Mencair)

Tahap Unfreezing mungkin salah satu tahap penting untuk memahami secara mendalam dunia perubahan kehidupan pada hari ini. Tahap ini adalah asas persediaan untuk berubah. Ini melibatkan sampai ke titik pemahaman bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang perlu untuk meletakkan kita di zon yang selesa. Tahap pertama ini adalah tentang mempersiapkan diri kita sendiri, atau orang lain, sebelum perubahan (dan idealnya mencipta situasi di mana kita ingin perubahan). Menyediakan diri kepada satu situasi perubahan dan ia meliputi usaha untuk mewujudkan satu keinginan untuk berubah kerana rasa keperluan sesuatu yang baru. Menggantikan tingkah laku dan sikap lama selaras dengan keadaan yang berubah.

Dalam konteks tingkahlaku organisasi, pihak pengurusan adalah titik mula untuk menyedari hal ini. Biasanya ia didorong oleh situasi kemerosotan prestasi kerja atau menghadapi persaingan. Semakin kita merasa bahawa perubahan yang diperlukan, semakin ia mendesakm semakin itu kita termotivasi untuk melakukan perubahan. Benar? Ya, tentu saja! Jika anda memahami penangguhan. Maka anda akan menyedari bahawa tenggat waktu semakin dekat, semakin besar kemungkinan anda snap ke dalam tindakan dan benar-benar mendapatkan pekerjaan itu bermula! Dengan batas waktu datang semacam hadiah atau hukuman yang berkaitan dengan pekerjaan. Jika tidak ada batas waktu, maka dorongan untuk perubahan adalah lebih rendah daripada keperluan untuk perubahan. Ada motivasi yang jauh lebih rendah untuk membuat perubahan dan langsung saja. Individu yang di tahap Unfreezing akan semakin bermotivasi untuk berubah dan mula menimbang semua perkara dari segi 'pro' dan 'kontra'nya. Jika faktor-faktor untuk perubahan lebih besar daripada faktor melawan perubahan kita akan membuat perubahan. Jika tidak, maka ada motivasi yang rendah untuk berubah dan jika kita merasa terdorong untuk mengubah kita akan mendapatkan pemarah dan menggali di tumit kami. Tahap Unfreezing'bergerak melibatkan diri kita, jabatan, atau semua perkara terhadap motivasi untuk berubah.

Tahap 2: Change (Perubahan)

Kurt Lewin menyedari bahawa perubahan bukan peristiwa, melainkan sebuah proses. Dia menyebut bahawa proses perubahan adalah satu bentuk peralihan. Peralihan adalah gerakan dalaman atau satu perjalanan yang kita buat dalam reaksi terhadap perubahan. Tahap kedua ini terjadi saat kita melakukan perubahan yang diperlukan. Mereka-mereka yang telah unfrozen akan menjadi sesuatu yang baru ’ a new way of being’. Yang mengatakan tahap ini sering yang paling sukar kerana orang-orang pasti atau bahkan takut.

Dalam konteks tingkahlaku organisasi, ia tidak mudah kerana orang-orang belajar tentang perubahan dan perlu diberi masa untuk memahami dan bekerja dengan mereka. Sokongan ini sangat penting. Oleh itu, perubahan melibatkan pembelajaran dan kefahaman, keadaan ini memerlukan usaha pihak pengurusan memberi kepada pekerja data baru, maklumat, pengetahuan, kefahaman dan keberanian untuk bertindak, cara baru melakukan kerja, pandangan baru tentang sesuatu keadaan (perbezaan antara pembelajaran dan kefahaman). Menggunakan model peranan dan membolehkan orang untuk mengembangkan penyelesaian sendiri juga membantu untuk membuat perubahan. Ini juga sangat berguna untuk menjaga komunikasi gambaran yang jelas dari perubahan yang diinginkan dan manfaat kepada orang-orang sehingga mereka tidak kehilangan arah ke mana mereka akan melangkah untuk berubah. Oleh itu adalah penting pada tahap ini mengamalkan perubahan sebagai proses pembelaajran yang berterusan melalui beberapa strategi perubahan terancang.

Strategi-strategi Perubahan Terancang

Tiga strategi boleh diaplikasikan dalam melakukan perubahan terancang.


Melalui strategi memaksa, pihak pengurusan mengguna kedudukan sah, ganjaran, denda sebagai pendorong perubahan. Pengurus bertindak secara satu pihak mencuba memerintah perubahan menerusi kedudukan formal. Kakitangan berubah kerana takut akan didenda, atau ingin memdapat ganjaran seperti yang dijanjikan oleh pengurus yang mempunyai autoriti formal dan kuasa sah. Manakala jika melalui strategi pujukan rasional pula ianya agak lembut dan halus sedikit. Misalnya, pengurus akan cuba membawa perubahan menerusi pengetahuan, kepakaran, sokongan, hujah rasional. Pendekatan adalah berdasarkan andaian bahawa manusia dibimbing dengan hujah (reason) dan kepentingan sendiri semasa menghadapi situasi perubahan. Kuasa kepakaran digunakan untuk menyakinkan mereka bahawa perubahan akan membawa manfaat. Strategi berkongsi kuasa pula adalah lebih aktif dan secara jujur melibatkan orang yang akan terlibat dalam pembuatan keputusan dan perancangan. Strategi ini asas seperti nilai, norma, matlamat berkongsi, supaya memperoleh sokongan kepada usaha perubahan.

Tahap 3: Freezing (Membeku)

Kurt Lewin merujuk pada tahap ini sebagai titik beku walaupun banyak orang menyebutnya sebagai refreezing iaitu pembekuan semula. Tahap ini adalah tentang pembentukan kestabilan perubahan yang telah dibuat kemudian diterima dan menjadi amalan baru. Akan tetapi hal ini memang memakan masa. Peringkat terakhir dalam proses perubahan terancang. Yang ditekankan di peringkat ini adalah dengan mengekalkan momentum daya perubahan dan secara beransur-ansur menjadikan perubahan sebagai cara hidup, cara melakukan kerja, di segi perubahan tingkah laku dan sikap yang kekal. Sekiranya nampak kesan perubahan, pengukuh positif digunakan untuk mengukuhkan keinginan untuk berubah seterusnya. Antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengukuhkan kestabilan perubahan. termasuklah mentoring, latihan, memain peranan, dan modeling. Pada pandangan Lewin, perhatian perlu diberikan mengenai bagaimana supaya sesauatu perubahan itu dapat dikekalkan pada masa akan datang. Oleh sebab itu satu pengukuhan berterusan adalah penting dalam tahap ini supaya perubahan yang dilakukan benar-benar beku.

Teori Kepimpinan Situasi (Hersey & Blanchard, 1988)

Hersey & Blanchard (1988) telah mengilhamkan satu model gaya kepimpinan yang mengikut kepada situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.


TELLING (M1)
Gaya kepimpinan ‘telling’ (memberitahu) adalah gaya kepimpinan yang dikatakan pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian.. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian. Pemimpin seperti ini tidak memikirkanperasaan dan pandangan orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya. Sesuai dengan pengikut yang rendah tahap kesediaannya Contohnya: Seseorang pengurus itu akan lebih banyak mengarah dan menyuruh apa yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya dari A ke Z.


SELLING (M2)
Gaya kepimpinan ‘selling’ (menjual) menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu organisasi. Pemimpin akan menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut. Dalam gaya kepimpinan ini, keputusan masih dilakukan oleh pemimpin dan kemudiannya menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya untuk mendapat sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini, pengikut faham apa yang ditetapkan dan bersedia melaksanakan tugas. Sesuai dengan pengikut yang digolongkan sebagai rendah – sederhana di segi tahap kesediaan. Contohnya:- Seseorang pengurus itu biasanya dilihat lebih kepada pendekatan sosial (social approach) untuk memimpin kumpulan atau lebih kepada perbincangan yang bersifat terbuka.

PARTICIPATING (M3)
Gaya kepimpinan ’participating’ (menyertai) dilihat dengan perilaku pemimpin yang lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Pemimpin yang lebih menumpukan perhatian pada kualiti hubungan dan memperlihatkan penyelesaian tugas. Pemimpin meminta reaksi dan pandangan dari pengikutnya sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun keputusan masih di tangan pemimpin. Ia sesuai dengan pengikut yang mempunyai tahap kesediaan antara sederhana ke tinggi. Pengikut yang berkebolehan tetapi tidak sanggup dan tidak yakin memerlukan sokongan supaya meningkatkan motivasi.


DELEGATING (M4)
Gaya kepimpinan ’delegating’ (menyerahkan) tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri dengan sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara personal. Pemimpin mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak lalu menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah diagihkan, responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu pemimpin.

Stress Ruler: Mengukur Tahap Tekanan Anda!

Ini Apa?? Pembaris ke?? Produk terbaru MLM ke? Waahhhh... macam-macam la sekarang ni.. Ok, ni sebenarnya adalah Pembaris Stress... He'e... jgn gelak kan nama benda ni... tapi kalau dalam bahasa inggerisnya ia dipanggil Stress Ruler (baru market ye dak..). Fungsi utama alat ini adalah untuk mengesan dan mengukur tahap stress yang kita alami. Ia berdasarkan suhu badan kita. Ini kerana mereka yang sedang stress akan mengeluarkan haba atau peningkatan suhu yang tinggi. (Bukan demam ye...) Jadi mengikut alat ini, ada 4 tahap stress mengikut warna. Dari hijau, biru, jingga sehinggalah ke merah. Dari tahap Relax, Moderate, Stress, dan Verry Stress. Jadi pada pendapat peribadi saya, alat ini mungkin boleh membantu para kaunselor atau ahli terapi psikologi dalam membantu klien-klien mereka. Mungkin alat ini secara tepatnya boleh diumpamakan sebagai termometer stress cuma bezanya adalah dari segi bentuknya yang macam pembaris....

Picit, Ramas dan Geramnye kat StressBall

StressBall mungkin telah lama ada di negara kita. Tapi mungkin hanya sekadar barang permainan. StressBall ni adalah sejenis bola yang kenyal-kenyal, dan sangat seronok dipicit. Ia boleh menjadi satu bebola yang membuatkan kita mengendurkan sedikit stress kita. Kalo agak-agak rasa macam tak tahan dengan stress anda baik anda picit benda ni (StressBall) dari anda tumbuk dinding atau marah orang tak tentu arah. Ye dak.... Oleh hal yang demikian di sini saya nak syorkanlah kepada sesiapa yang rasa-rasa selalu sangat berhadapan dengan situasi penuh ketengangan eloklah dapatlkan sebiji StressBall ni... Tak mahal pun dalam RM 3.00 je sebiji... Kalo beli kuih kat KL ni 3 dpt seringgit tapi apa salahnya mengorbankan 9 biji kuih untuk sebiji StressBall. Cehhh... macam ada syer je saya ni dengan penjual StressBall. Tapi really, korunk boleh letak benda ni dalam kereta korunk, kalo stress sebab jalan jem boleh lepaskan geram kat benda ni kan... Hehehe.. anyway sorry sebab tajuk untuk entri agak 'kasar' sikit... Sebab nak attract attention.... (baru je bace Law of Attraction dah terus praktikan)

STRESS: Dari Prespektif Kesihatan Mental

Dalam membincangkan mengenai kesihatan mental, isu yang paling besar dialami oleh masyarakat pada hari ini adalah berhadapan dengan stress atau tekanan dalam kehidupan. Stress bukanlah sejenis penyakit yang boleh membawa maut tetapi ianya perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mental kita. Adalah penting untuk kita mengatasi tekanan dengan cara betul seiring dengan kesihatan mental yang baik. Stress boleh didefinisikan sebagai ketegangan emosi yang timbul akibat daripada peristiwa yang dialami dalam kehidupan, atau sebagai perasaan terancam terhadap keselamatan seseorang dan harga diri. Stress juga merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi stress turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati suka menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Katakan TAK NAK!!! Kepada Stress



Awas!!! Simptom-Simptom Stress

Individu yang mengalami stress ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti aspek fizikal, psikologikal, dan emosional. Ketiga-tiga aspek ini adalah aspek terpenting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu. Dari aspek fizikal, stess akan memberi tindakbalas negatif kepada sistem otot kita. Beberapa sistem otot kita akan mengalami ketengangan, ini termasuklah seperti sengal-sengal di bahagian bahu, lenguh di leher dan sakit-sakit dibahagian belakang badan. Selain itu, mereka yang mengalami tekanan juga berasa gementar, berpeluh kemudian rasa seram sejuk sehinggakan boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa mual hendak muntah. Pernafasan juga menjadi lebih laju disamping kerap buang air kecil dan air besar. Menurut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan akan cenderung untuk kurang selera makan dan ada kemungkinan besar mereka makan secara berlebihan bagi menghilangkan tekanan yang dialami mereka. Manakala dari segi psikologikal pula, stress akan memberi impak kepada mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Tekanan yang dialami menyebabkan kita kembimbangan serta keliru dan kurang daya tumpuan. Individu yang berada dalam keadaan tertekan juga akan mengalami simtom sukar tidur atau lebih teruk lagi mengalami insomnia. Insomnia akan menyebabkan seseorang itu kurang tidur, kurang tidur bermakna kurangnya rehat dalam kehidupan seseoran individu tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan fikiran terhadap individu tersebut dimana mereka akan sukar untuk membuat keputusan, kurang minat dalam aktiviti seharian dan sering berfikir secara negatif. Dari segi emosional dan tingakahlaku pula, akan berlaku perubahan emosi dimana seseorang itu akan mudah mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, mudah wujud permusuhan, rasa tidak berdaya dan kurang sabar mudah marah. Paling teruk sekali bagi mereka yang sudah berkahwin, mereka juga turut kurang minat melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing. Selain itu mereka alami tekanan yang teruk akan mengambil alkohol bagi menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa mereka sehinggakan mereka menjadi ketagihan terhadap alkohol.

Punca-Punca Stress

Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.

Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.

Kesan-Kesan Stress

Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita. Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami adalah seperti burn-out’ atau hilang semangat. Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi. Hal ini boleh menjejaskan pekerjaan, keluarga dan diri mereka sendiri. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan. Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan mereka akan memilih untuk bersendiri. Maka berlakunya pengelakan sosial dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bergaul dengan orang ramai seperti biasa. Malangnya keadaan mereka ini akan meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih tertekan. Susulan daripada itu, mereka yang berada dalam situasi ini adalah sangat serius. Individu tersebut akan menyebabkan mereka berada ditahap kekecewaan yang teramat sangat. Kekecewaan yang dialami menjejaskan kesihatan mental mereka. Kesan fizikal akibat daripada tekanan juga boleh dilihat, dimana muka mudah menjadi kemerahan dan badan akan mudah untuk keletihan. Cepat letih dari segi fizikal juga berpuca daripada tekanan yang dialami kerana terlalu banyak kekusutan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Lihat betapa seriusnya tekanan jika kita tidak atasinya dengan cara yang betul. Kesan daripada tekanan sahaja seolah-olah boleh menjejaskan keseluruhan kehidupan individu itu. Tekanan yang melampau adalah tidak sihat dan tidak positif untuk kesihatan mental. Sepertimana yang kita tahu, akibat tekanan yang melampau seseorang itu boleh mengalami dipressi dan kesan yang paling teruk lagi individu tersebut terdedah kepada risiko bunuh diri sebagai jalan keluar kepada tekanan yang terlalu teruk ini. Adakah anda semua tahun apakah punca-puncanya?

Strategi Menangani Stress

Adalah penting untuk kita memperkembangkan siri strategi bagi menangani stress, dan kita perlu mempunyai beberapa pelan aternatif sekiranya strategi sedia ada tidak berkesan atau tidak dapat di aplikasikan. Ini kerana tidak ada satu langkah yang sempurna dalam menangani tekanan untuk setiap orang. Kita harus mencuba setiap satu daripada langkah atau cara yang dan melihat yang mana satukah lebih sesuai kita gunakan dalam berhadapan dengan tekanan atau stress. Terdapat lima langkah yang efektif dalam menangani tekanan atau stress dalam kehidupan seharian kita iaitu :-

1. Ubah gaya hidup yang lebih sihat.

2. Mengutamakan yang utama (Prioritizing).

3. Mencari sokongan sosial yang sesuai (Social Support).

4. Menggunakan humor (Use Humor).

5. Struktur aktiviti seperti melakukan aktiviti sukan dan riadah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...