Rakan Blogger

Punca-Punca Stress

Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.

Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.

4 ulasan:

kakchahjelita berkata...

SEkadar berkongsi... saya dapat hipertensi tahun lalu. saya relekskan diri dengan bersauna di rumah saya sendiri. Sungguh berbaloi pelaburan saya. Saya terasa muda remaja, ringan tubuh dapat menyangkul dan buat kerja2 rumah kerana tbuh ringan selepas bersauna. Bestnyaaaa bila badan berpeluh.

Fid"s berkata...

salah satu cara menangani tekanan ialah menjaga kesihatan. Bila kita bersenam seperti berjoging dan berenang, salur darah dan tubuh akan menjadi lebih efisyen menyebabkan emosi kita stabil dan menjana perasaan tenang dan yakin.

Unknown berkata...

Apabila saya mengalami stress, saya akan bersukan misalnya berkunjung ke gym ataupun berjogging untuk mengurangkan sterss.apabila badan kita berpeluh dan terasa freshh selepas bersukan tadi, kita akan berasa yakin!! yakin!! dan yakin !!!untuk melawan dan mengahadapi stess!! Hidup ini hanyalah sementara cuma lakonan dan sandiwara

Apelahh sangatttt......

fatimah berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips hilangkan stress

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...