Rakan Blogger

Kisah Profesor Dengan Si Pendayung Sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pendayung sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup"

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pendayung sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!"

P/s: Manusia tidak diciptakan untuk jadi bodoh kerana kita dikurniakan dengan potensi tersendiri. Lain orang lain potensi mereka. Ada orang mungkin tidak bijak dalam akademik berbentuk teorikal, tetapi mereka lebih bijak dalam bidang praktikal vokasional. Oleh itu belajarlah berenang supaya tidak lemas dalam kehidupan.

Psikoanalisis Sebagai Perubatan Moden


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, psikoterapi membawa maksud rawatan  sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi. Menurut Kamus Yahoo: Education, psikoterapi adalah “The treatment of mental and emotional disorders through the use of psychological techniques designed to encourage communication of conflicts and insight into problems, with the goal being relief of symptoms, changes in behavior leading to improved social and vocational functioning, and personality growth”.
 
Menjelang lewat tahun 1940, psikoanalisis mula mendapat tempat dalam kalangan pengamal perubatan moden. Hal ini kerana disebabkan perubatan moden pada masa itu sedar bahawa tubuh badan manusia tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran. Beberapa genjala seperti trauma dan histeria sukar dijelaskan dengan kaedah rawatan di hospital-hospital pada masa itu. Oleh itu, psikoanalisis dilihat sebagai satu terapi yang berkesan dalam mengenalpasti apakah faktor sebenar yang menganggu fikiran manusia sehingga menjejaskan tahap kesihatan mereka. Diharapkan video dokumentari diatas dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada anda mengenai apakah yang dimaksudkan dengan psikoanalisis ini.

Melihat Kelemahan Sendiri

[Hadis yang diriwayatkan oleh ar-Rafi'I]: "Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka kenangilah terlebih dahulu cacat cela dirimu sendiri"

Setiap manusia ada titik-titik kelemahan dan cacat cela yang tersendiri, tidak ada gading yang tidak retak, kerana itu untuk manjadi seorang Muslim yang adil, maka tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat cela dirinya sendiri. Dalam sebarang pertelingkahan dan perbalahan,manusia selalu condong kepada memperbesar-besarkan cacat cela dan kesalahan-kesalahan orang lain dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang selalu bersih, baik, tidak salah dan jujur, demikian juga dalam kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada cacat cela dan kelemahan-kelemahan diri sendiri. Rasullullah SAW memberi satu garisan panduan yang adil apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalah-nyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dahulu kita mengambil cermin melihat cacat cela muka dan diri sendiri. Menurut ahli jiwa kecenderungan mengumpat dan menyebut cacat cela orang lain itu adalah didorong oleh perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama didalam jiwa seseorang. Perasaan tersebut mingkin tercetus oleh perasaan rendah diri. Walau bagaimanapun hadis ini tidaklah bertujuan melarang orang membuat kritikan yang membina dan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum, melanggar prinsip-prinsip agama dan keilmuan yang benar, kerana kritikan seperti itu menjadi kewajipan setiap Muslim yang tidak dapat menghapus penyelewengan itu dengan kuat kuasanya, apa yang dilarang disini ialah kritikan dan serangan yang menyentuh kehormatan, maruah dan cacat cela yang semula jadi yang terdapat pada seseorang.

Bapa Psikoterapi Moden

Nama Sigmund Freud tidak asing lagi dalam dunia psikologi. Nama beliau amat fimiliar bagi sesiapa sahaja yang meminati dan mempelajari ilmu psikologi. Freud dilahirkan di Freiberg, Moravia pada 6 Mei 1856. Beliau merupakan bapa psikoterapi moden. Ketika umur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna pada tahun 1873. Menceburi bidang perubatan dan seterusnya membuat pengkhususan dalam bidang neurologi.Beliau mengahwini Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan ank bongsu Freud yang banyak menyumbang dalam bidang psikoanalisis. Menghabiskan seluruh hidupnya terhadap teori yang diciptanya (Psikoanalisis). Awal umur 40-an, mengalami kecelaruan emosi dan fobia kepada kematian. Waktu inilah beliau menganalisis kendiri serta meneroka makna mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan personaliti manusia. Pertama beliau menganalisis ingatan-ingatan semasa kanak-kanak dan beliau mula menyedari perasaan permusuhan yang amat sangat kepada ayahnya. Beliau juga mengingati bagaimana beliau mempunyai perasaan berahi tarhadap ibunya yang dianggapnya sangat menarik, penyayang, dan bersikap melindungi. Freud sukar bertoleransi dengan rakan sejawatnya yang tidak menyokong teorinya. Beliau cuba mengawal pergerakan dan perkembangan teorinya dengan memecat mereka yang tidak bersetuju dengan teorinya. Beliau telah memecat Carl Jung dan Alfred Adler yang pada awalnya bekerja rapat dengan beliau akhirnya menubuhkan doktrin tersendiri kerana tidak bersetuju dengan beberapa aspek Teori Psikoanalisis. Freud seorang yang sangat kreatif dan produktif serta bekerja 18 jam sehari. Antara sumbangan terbesarnya dalam dunia psikologi adalah dengan mengkaji psiki manusia melalui teori personaltinya serta mengkaji konsep-konsep mekanisma bela diri. Beliau melalui saat-saat sukar dari segi kesihatan kerana menghidap kanser rahang dan telah melalui 33 kali pembedahan. Beliau akhirnya meninggal dunia di London pada tahun 1939. Sebagai pengasas Teori Psikoanalisis beliau menganggap diri beliau sebagai seorang intelek yang sangat hebat. Beliau mempelopori teknik-teknik baru dalam memahami tingkahlaku manusia dan usaha beliau telah menghasilkan satu teori personaliti dan psikoterapi yang unik pernah tercipta di dunia ini.



Humor Boleh Menghilangkan Stress

Stress boleh didefinisikan sebagai ketegangan emosi yang timbul akibat daripada peristiwa yang dialami dalam kehidupan, atau sebagai perasaan terancam terhadap keselamatan seseorang dan harga diri. Tekanan atau stress juga merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi tekanan stress turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.
Salah satu cara untuk kita mengurangkan stress adalah dengan menggunakan humor . Humor adalah sesuatu yang berkaitan dengan jenaka, lawak, dan komedi. Menggunakan humor bukanlah bermaksud dapat membuang kesemua masalah dan tekanan yang dialami serta merta. Tetapi kadang-kadang ianya dapat membantu kita meringankan menangani saat-saat yang sukar dan menyusah. Tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai penggunaan humor dalam menangani masalah tekanan atau penyakit-penyakit lain. Pada pertengahan 1960-an, Norman Cousin telah mengenalpasti sejenis penyakit yang berpunca daripada tekanan dan peluang untuk sembuh adalah tipis. Dia seterusnya telah mengambil keputusan dengan menjalankan satu kaedah dengan menggunakan ketawa. Dia menghabiskan masa dengan menonton beberapa filem dan cerita yang membolehkan dia ketawa. Hasilnya dia mendapati dengan ketawa selama 10 minit dia dapat menggurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyakitnya itu lebih dua jam. Dia meneruskan ’terapi’ itu untuk tujuan penyembuhan penyakit itu. Oleh itu dia menganggap kaedah penyembuhan ini sebagai menggunakan humor. (Cousin, 1978).

Adalah sukar untuk menentukan bagaimanakah seseorang boleh menjadi lebih humorous. Ini kerana, humor adalah terlalu personal dan jika ada yang menganggapnya sesuatu yang kelakar mungkin bagi orang lain ianya adalah sesuatu yang menjengkelkan. Humor adalah unik kepada setiap orang, apa yang menyeronokkan kita mungkin akan membosankan pada orang lain. Ini kerana humor adalah sesuatu yang membolehkan seseorang ketawa dengan keseronokan, ambil berat, dan pelbagai pekara lagi. Sepertimana Norman Cousin, mungkin dengan kaedah menonton cerita-cerita kelakar dan lucu adalah salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan dalam berhadapan tekanan. Sebaiknya adalah penting untuk kita memupuk sikap tidak bercakap sesuatu yang serius terlalu banyak. Kerana terlalu serius mungkin boleh menyebabkan tekanan yang dialami bertambah teruk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...