Rakan Blogger

Humor Boleh Menghilangkan Stress

Stress boleh didefinisikan sebagai ketegangan emosi yang timbul akibat daripada peristiwa yang dialami dalam kehidupan, atau sebagai perasaan terancam terhadap keselamatan seseorang dan harga diri. Tekanan atau stress juga merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi tekanan stress turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.
Salah satu cara untuk kita mengurangkan stress adalah dengan menggunakan humor . Humor adalah sesuatu yang berkaitan dengan jenaka, lawak, dan komedi. Menggunakan humor bukanlah bermaksud dapat membuang kesemua masalah dan tekanan yang dialami serta merta. Tetapi kadang-kadang ianya dapat membantu kita meringankan menangani saat-saat yang sukar dan menyusah. Tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai penggunaan humor dalam menangani masalah tekanan atau penyakit-penyakit lain. Pada pertengahan 1960-an, Norman Cousin telah mengenalpasti sejenis penyakit yang berpunca daripada tekanan dan peluang untuk sembuh adalah tipis. Dia seterusnya telah mengambil keputusan dengan menjalankan satu kaedah dengan menggunakan ketawa. Dia menghabiskan masa dengan menonton beberapa filem dan cerita yang membolehkan dia ketawa. Hasilnya dia mendapati dengan ketawa selama 10 minit dia dapat menggurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyakitnya itu lebih dua jam. Dia meneruskan ’terapi’ itu untuk tujuan penyembuhan penyakit itu. Oleh itu dia menganggap kaedah penyembuhan ini sebagai menggunakan humor. (Cousin, 1978).

Adalah sukar untuk menentukan bagaimanakah seseorang boleh menjadi lebih humorous. Ini kerana, humor adalah terlalu personal dan jika ada yang menganggapnya sesuatu yang kelakar mungkin bagi orang lain ianya adalah sesuatu yang menjengkelkan. Humor adalah unik kepada setiap orang, apa yang menyeronokkan kita mungkin akan membosankan pada orang lain. Ini kerana humor adalah sesuatu yang membolehkan seseorang ketawa dengan keseronokan, ambil berat, dan pelbagai pekara lagi. Sepertimana Norman Cousin, mungkin dengan kaedah menonton cerita-cerita kelakar dan lucu adalah salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan dalam berhadapan tekanan. Sebaiknya adalah penting untuk kita memupuk sikap tidak bercakap sesuatu yang serius terlalu banyak. Kerana terlalu serius mungkin boleh menyebabkan tekanan yang dialami bertambah teruk.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...