Nama Sigmund Freud tidak asing lagi dalam dunia psikologi. Nama beliau amat fimiliar bagi sesiapa sahaja yang meminati dan mempelajari ilmu psikologi. Freud dilahirkan di Freiberg, Moravia pada 6 Mei 1856. Beliau merupakan bapa psikoterapi moden. Ketika umur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna pada tahun 1873. Menceburi bidang perubatan dan seterusnya membuat pengkhususan dalam bidang neurologi.Beliau mengahwini Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan ank bongsu Freud yang banyak menyumbang dalam bidang psikoanalisis. Menghabiskan seluruh hidupnya terhadap teori yang diciptanya (Psikoanalisis). Awal umur 40-an, mengalami kecelaruan emosi dan fobia kepada kematian. Waktu inilah beliau menganalisis kendiri serta meneroka makna mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan personaliti manusia. Pertama beliau menganalisis ingatan-ingatan semasa kanak-kanak dan beliau mula menyedari perasaan permusuhan yang amat sangat kepada ayahnya. Beliau juga mengingati bagaimana beliau mempunyai perasaan berahi tarhadap ibunya yang dianggapnya sangat menarik, penyayang, dan bersikap melindungi. Freud sukar bertoleransi dengan rakan sejawatnya yang tidak menyokong teorinya. Beliau cuba mengawal pergerakan dan perkembangan teorinya dengan memecat mereka yang tidak bersetuju dengan teorinya. Beliau telah memecat Carl Jung dan Alfred Adler yang pada awalnya bekerja rapat dengan beliau akhirnya menubuhkan doktrin tersendiri kerana tidak bersetuju dengan beberapa aspek Teori Psikoanalisis. Freud seorang yang sangat kreatif dan produktif serta bekerja 18 jam sehari. Antara sumbangan terbesarnya dalam dunia psikologi adalah dengan mengkaji psiki manusia melalui teori personaltinya serta mengkaji konsep-konsep mekanisma bela diri. Beliau melalui saat-saat sukar dari segi kesihatan kerana menghidap kanser rahang dan telah melalui 33 kali pembedahan. Beliau akhirnya meninggal dunia di London pada tahun 1939. Sebagai pengasas Teori Psikoanalisis beliau menganggap diri beliau sebagai seorang intelek yang sangat hebat. Beliau mempelopori teknik-teknik baru dalam memahami tingkahlaku manusia dan usaha beliau telah menghasilkan satu teori personaliti dan psikoterapi yang unik pernah tercipta di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan