Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

REVIEW: Filem Agak 'Psiko' Pilihan Psikotube

Hari ini Psikotube mahu buat sedikiti review mengenai tiga pilihan cerita filem yang bertemakan psiko yang menjadi pilihan Psikotube. Pemilihan tiga filem yang di-review ini bukanlah bertujuan promosi atau publisiti murahan bagi melakukan blog ini tetapi ianya lebih kepada sharing untuk sesiapa juga yang sudah menonton ataupun akan menonton filem-filem di bawah ini. Di ingatkan bahawa review ini adalah berdasarkan refleksi personal semata-mata tiada kaitan dengan fakta mahupun auta.

SAW I - 3D
Kepada mereka yang sudah pernah menonton SAW dari no.1 hinggalah ke SAW 3D, semestinya mereka tahu jalan cerita SAW sentiasa menimbulkan persoalan. Apa yang paling 'psiko'nya dalam filem ini sebenarnya adalah bagaimana seseorang mangsa itu dibunuh. Kaedah pembunuhan yang terancang dan peralatan bunuh dalam ceritanya ini sangat-sangatlah mekanikal. Didalangi oleh mastermind yang cukup hebat SAW 1 hingga SAW 3D sememangnya akan membuatkan anda terasa ngeri lagi ngilu apabila mengetahui kematian  semakin menghampiri mangsa-mangsa di dalam filem ini.


IDENTITI (2003)
Selain filem SAW, genre filem berbentuk suspen, pembunuhan, dan misteri sememangnya agak 'psiko'. Filem berjudul Identiti ini mempunyai ending yang sukar di jangka oleh para penonton. Ini kerana suspek yang utama dalam pembunuhan filem ini mengalami kecelaruan identiti dimana penglibatannya masih lagi dalam siasatan. Sebagai penonton, anda mungkin merasakan jalan cerita filem ini agak biasa-biasa dengan filem-filem pembunuhan lain. Tetapi anda mesti tak akan menjangkakan bahawa pembunuh dalam filem ini sebenarnya adalah seorang kanak-kanak dan dia juga turut membunuh ibu bapanya sendiri. Sehingga filem ini tamat anda pasti akan tertanya-tanya siapakah suspek sebenar yang benar-benar terlibat dalam pembunuhan tersebut. Untuk menjawab persoalan sebegini kita perlu meilhat kepada motif sebenar pembunuh tersebut. So, untuk kepada yang rasa hendak menonton filem bolehlah dipersilakan ya.


UNKNOWN (2011)
Jangan risau! Ini bukan filem pembunuhan. Tetapi dalam filem ini still ada babak berbunuhan. Filem ini lebih kepada action film, tetapi mengapalah agaknya Psikotube memilih filem ini untuk di-review agak-agaknya. Jika SAW bertemakan dendam, dan IDENTITI bertemakan kecelaruan personaliti. Filem UNKNOWN ini pula lebih kepada filem yang mengisahkan seseorang yang lost memory akibat kemalangan jalan raya semasa dia berada di luar negara (Jerman). Masalah yang timbul apabila dia gagal mengingati kembali siapakah dirinya yang sebenar sehinggakan menyebabkan di keliru terhadap ingatan lampaunya. Menariknya filem ini, sebagai penonton anda semua belum pasti akan dapat meneka siapakan diri sebenar heronya dan bagi mereka yang menonton kali pertama semestinya tak akan berjaya meramal kesudahan cerita ini. Mungkin ada di kalangan penonton juga akan keliru untuk memahami siapakah diri hero sebenar filem ini. Yang pasti UNKNOWN jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu bunyinya adalah 'tidak diketahui'. Sehingga cerita ini tamat comfirm anda tidak ketahui siapakah dia yang sebenar, apa yang berlaku dan bagaimana kesudahannya? Still unknown!

Pengajaran Dari Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Source : http://jombelajarlagi.blogspot.com/

Kisah Seekor Keldai

Suatu hari seekor keldai kepunyaan seorang peladang telah jatuh ke dalam sebuah perigi. Keldai itu bersedih dan menangis manakala tuan punya keldai tersebut berfikir bagaimana untuk mengeluarkannya. Akhirnya peladang itu membuat keputusan bahawa keldai tersebut sudah tua, dan perigi tersebut sememangnya perlu ditimbus oleh itu tidak berbaloi untuk bersusah payah mengeluarkan keldai tersebut. Maka peladang itu mengajak semua jirannya untuk datang bersama-sama menolongnya. Mereka membawa penyodok dan mula menyodok tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap ke dalam perigi tersebut. Pada mulanya apabila keldai tersebut sedar apa yang sedang berlaku, ia pun menangis dengan kuatnya. Namun anehnya, beberapa ketika kemudian, tiada kedengaran lagi tangisan keldai tersebut. Orang kampung meneruskan kerja. Kemudian peladang itu menjenguk ke dalam perigi tersebut. Beliau begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya, keldai tersebut telah melakukan sesuatu yang menakjubkan. Dengan setiap longgokan tanah, pasir, lumpur dan sampah yang dihumbankan ke atas belakangnya. Keldai itu menggerakkan badannya untuk menepis serta membebaskan badannya daripada sampah sarap yang dihumban kepadanya. Kemudian melangkah naik lebih tinggi. Setiap kali dihumbankan sampah sarap, keldai itu akan membebaskan badannya dari sampah dan menaik selangkah lagi ke atas. Tidak lama kemudian, semua orang terpegun apabila melihat keldai tersebut melangkah keluar dari birai perigi dan dengan gembiranya berlari dari situ.
Moral cerita ini adalah dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan pelbagai masalah, cercaan, penghinaan dan lain-lain. Cara untuk keluar daripada perigi tersebut adalah dengan membebaskan badan daripada segala sampah sarap, kemudian melangkah ke atas. Setiap masalah yang kita hadapi, merupakan langkah pertama untuk kejayaan. Kita boleh keluar daripada perigi yang sangat dalam jika kita tidak berhenti mencuba dan tidak berputus asa. Bebaskan diri anda daripada tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap. Kemudian melangkah naik. Dan Berlarilah…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...