Rakan Blogger

Generasi Y Selepas Gen-X

Generasi Y ialah generasi masyarakat dunia yang lahir sekitar tahun 1980-an. Di kebanyakan negara, merekalah generasi terkaya dalam sejarah, berpendidikan sangat baik, paling sihat, tanpa mengenal perang, penyakit dan kemiskinan. Mereka lebih dikenal sebagai generasi 'Y' - Young, pengganti generasi 'X' atau mereka yang lahir antara 1960-an dan 1970-an yang kerap disinonimkan dengan generasi pascamoden. Di Amerika, mereka kerap disinonimkan dengan slackerdom (para pemalas) dan suka pada pesta serta cinta di sana dan sini. Generasi Y adalah produk dari zamannya iaitu internet, pasaran terbuka, globalisasi serta modenisasi. Mereka juga terkenal sebagai generasi yang boros berbelanja. Mereka tumbuh bukan akibat birth boom, melainkan faktor-faktor yang 'mencorakkan' dunia perniagaan. Yang paling dramatik ialah teknologi.

Internet telah memacu revolusi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang buat kali pertama dipimpin oleh orang-orang muda. Inilah kelompok yang mencipta Netscape, Web Browser komersial pertama, Marc Andreessen yang tumbuh bersama komputer. Pada tahun 1995, ia membawa Netscape kepada penyenaraian awam untuk mempercepatkan revolusi Internet. Juga Napster, teknologi berkongsi muzik yang menggoncang industri muzik, Yahoo! dan banyak lagi raksasa web. Maka, generasi Y adalah juga sebuah pasaran yang luar biasa. Produk-produk konsumer dibuat dan direkacipta menurut selera mereka. Mereka adalah sasaran Nike, Levi's, Motorola, IBM, Y Card, Close-Up, MTV, Coke. Sebagai keturunan generasi baby boomers, generasi Y menikmati segala-galanya. Berkumpul-kumpul di kafe, menikmati muzik Akon, Linkin Park, bersantai di Internet dan bersembang di alam maya. Mereka adalah juga generasi Naruto dan Nitendo dengan kekuatan yang mampu membesarkan atau menghancurkan sebuah perusahaan.

Generasi Y ini juga menuntut penghargaan dengan cara berbeza. "Orang tua tidak lagi memiliki seluruh jawapan. Mereka tidak lagi dalam kedudukan memberitahu anak-anak muda tentang apa yang mesti dilakukan," kata Yvonne Fritzche, seorang penyelidik di Lembaga Penyelidikan Pasaran Psydata, Frankfurt. "Teknologi adalah satu alasan yang membuat hubungan antara anak muda dan yang tua menjadi dialog berbanding pengajaran. "Generasi X yang lahir antara 1960-an dan 1970-an meskipun cerdas dalam soal-soal komputer, tetapi generasi sesudahnya tumbuh bersama mouse dan Internet dan itu merupakan anjakan yang cukup jauh. Satu anjakan yang menjanjikan kemajuan dan sekaligus mengerikan!

Kerang Bakar atau Kerang Rebus?

Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar. Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan. Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.




Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut. Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar? Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang. Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.

Ditindih atau Paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.


Tujuh Sifat Semulajadi Manusia?

1. Manusia adalah antara spiesis yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai tingkahlaku yang tersemat secara genetik (genetically imprinted) dan ini menyebabkan manusia tidak mampu hidup sendiri sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat awal ini, untuk beberapa tahun perlu bergantung kepada orang lain.

2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.

3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.

4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.

5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.

6. Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan dimana ia terjadi. Persekitaran mempengaruhi tingkahlaku manusia.

7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan diantara alternatif yang ada untuk berubah.

Id, Ego, SuperEgo: Kesinambungan Tindakan Manusia

Menurut salah seorang tokoh psikoanalisis Barat iaitu Sigmund Freud, terdapat tiga elemen penting dalam pembentukan personaliti manusia iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego'. Ketiga-tiga elemen ini menjadi aspek penentu dalam pembentukan diri seseorang manusia. 'Id' merupakan kompenan asas dalam jiwa manusia. 'Id' lebih senang diertikan sebagai naluri manusia. Inilah yang mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara asas seperti makan, kencing, berak, dan bergerak. Oleh itu 'id' dalam kata lain ialah nafsu kepada manusia. Selepas 'id', elemen seterusnya ialah 'ego'. 'Ego' inilah yang akan menjadi panduan kepada keperibadian manusia dalam menuntu kehendak nafsu 'id'. Panduan daripada 'ego' sebenarnya berasaskan kepada pertimbangan akal seseorang manusia itu sendiri. Oleh itu, 'ego' bertindak sebagai satu unsur kawalan terhadap 'id'.

Manusia dan Kerohanian

Kerohanian atau rohani, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Dari segi psikologi, rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif. Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total. Membawa maksud individiu yang mempunyai kerohanian yang tinggi pada pandangan masyarakat adalah individu yang tidak pernah melakukan kesalahan langsung pada pandangan masyarakat walaupun ironinya setiap individu pasti melakukan kesalahan. Tetapi bagi individu kerohanian tinggi ini, emosi dan kelakuan negatif diperuntukkan untuk dilakukan ketika individu berada jauh dari masyarakat ataupun tidak ditonjolkan kesalahannya di kalangan masyarakat.

Manusia

Manusia boleh didefinasikan samada dari segi biologi, rohani, psikologi, agama mahupun pelbagai istilah kebudayaan. Secara biologikalnya, manusia diklafikasikan sebagai homosapiens. Homosapiens berasal daripada Bahasa Latin yang bermaksud manusia bijak, iaitu sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi dengan otak berkemampuan tinggi. Dalam antropologi kebudayaan pula, manusia diterangkan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan masyarkat untuk saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Asasnya, manusia terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dari aspek biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi. Mengikut prespektif Islam, manusia juga dikaitkan dengan maksud istilah insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Agama Islam telah memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu. Selain itu, manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang mampu bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia. Sosial sangat perlu dan merupakan cara paling efektif untuk mendapatkan manfaat secara bersama di antara individu. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...