Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Cahaya Melewati Kubah Emas Baitul'Muqaddis


Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya cahaya itu. Ia nampak berlegar-legar di atas kubah masjid tersebut dalam beberapa saat kemudian naik ke langit dengan sepantas. Untuk membuat andaian mengenai hal ini bukanlah kepakaran saya. Yang pasti hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui apakah sebenarnya cahaya itu. 

Disebalik '1.618' Nisbah Emas


Maha Suci Allah SWT segala puji-pujian hanya untuk-Nya. Allah SWT Maha Pencipta seluruh isi alam ini. Tiada pencipta yang bijak lagi bijak melainkan-Nya. Sesungguhnya sama ada sedar atau tidak, nisbah 1.618 adalah satu nisbah atau bentuk digit yang sangat ajaib dan menakjubkan di muka bumi ini. Mengapa 1.618 merupakan angka yang sangat ajaib? Dan mengapa ia digelar oleh para pengkaji sebagai Nisbah Emas atau 'Golden Ratio'?  Dan mungkin ada yang bertanya juga apakah dia 1.618?

Kaunseling Menurut Prespektif Islam

Dalam konteks kaunseling Islam, keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama’. Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah. Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yang kita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. Sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya:

“Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Suradi Salim (1996) menyatakan kaunseling sebagai hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah kaunselor dan seorang lagi ialah klien. Kaunselor, melalui hubungan dan dengan menggunakan kemahiran khususnya menyediakan satu situasi dan suasana, apabila klien seorang yang normal dibantu memahami atau mengetahui masa hadapannya supaya dia boleh menggunakan sifat-sifat keperibadiannya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat dan selanjutnya mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluannya pada masa akan datang.

Dari perspektif Islam, kaunseling keluarga merupakan proses membantu yang dilakukan oleh seorang kaunselor terhadap ahli keluarga yang mengalami konflik. Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses membantu ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang dipanggil kaunseling keluarga.

Pengajaran Dari Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Source : http://jombelajarlagi.blogspot.com/

Bersyukur... dan bersyukurlah...

Bersyukurlah.... Satu sentuhan motivasi daripada Abang Raja. Siapakah Abang Raja? Abang Raja atau YM Raja Shamri merupakan adalah salah seorang perunding motivasi. Untuk maklumat lanjut mengenai diri beliau boleh klik disini. Dan kalau nak tahu apa yang disampaikan oleh Abang Raja dalam mengenal erti syukur sila klik pada video dibawah untuk play.

Fadhilat Memotong Kuku


Rasulullah S.A.W Bersabda; Yang Ertinya:
"Barang siapa yang mengerat (memotong) kukunya pada;"


HARI SABTU
"Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit"

HARI AHAD
"Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan"

HARI ISNIN
"Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat"

HARI SELASA
"Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit"

HARI RABU
"Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan."

HARI KHAMIS
"Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit."

HARI JUMAAT
"Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Melihat Kelemahan Sendiri

[Hadis yang diriwayatkan oleh ar-Rafi'I]: "Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka kenangilah terlebih dahulu cacat cela dirimu sendiri"

Setiap manusia ada titik-titik kelemahan dan cacat cela yang tersendiri, tidak ada gading yang tidak retak, kerana itu untuk manjadi seorang Muslim yang adil, maka tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat cela dirinya sendiri. Dalam sebarang pertelingkahan dan perbalahan,manusia selalu condong kepada memperbesar-besarkan cacat cela dan kesalahan-kesalahan orang lain dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang selalu bersih, baik, tidak salah dan jujur, demikian juga dalam kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada cacat cela dan kelemahan-kelemahan diri sendiri. Rasullullah SAW memberi satu garisan panduan yang adil apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalah-nyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dahulu kita mengambil cermin melihat cacat cela muka dan diri sendiri. Menurut ahli jiwa kecenderungan mengumpat dan menyebut cacat cela orang lain itu adalah didorong oleh perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama didalam jiwa seseorang. Perasaan tersebut mingkin tercetus oleh perasaan rendah diri. Walau bagaimanapun hadis ini tidaklah bertujuan melarang orang membuat kritikan yang membina dan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum, melanggar prinsip-prinsip agama dan keilmuan yang benar, kerana kritikan seperti itu menjadi kewajipan setiap Muslim yang tidak dapat menghapus penyelewengan itu dengan kuat kuasanya, apa yang dilarang disini ialah kritikan dan serangan yang menyentuh kehormatan, maruah dan cacat cela yang semula jadi yang terdapat pada seseorang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...