Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan

Top 10 Bahasa Paling Banyak Digunakan

1. Bahasa Mandarin

Bahasa Mandarin digunakan hampir 1.5 bilion orang yang majoritinya diaplikasikan oleh komuniti cina. Penggunaan bahasa ini bermula dari Dinasti Qing yang berketurunan manchu tetapi tidaklah memanggil ia sebagai 'mandarin' pada mulanya sehinggalah pembesar-pembesar kekaisaran biasanya disebut sebagai Mandaren (Hanzi: 滿大人) yang berarti Yang Mulia Manchu. Dari sini, bahasa yang digunakan oleh para pejabat Manchu waktu itu juga disebut sebagai bahasa Mandaren. Penulisannya berevolusi menjadi Mandarin di kemudian hari.

2.  Bahasa Inggeris

Sepertimana yang kita tahu, bahasa inggeris merupakan satu bahasa yang diuniversalkan. Dengan populasi penggunaan oleh lebih 500 juta orang diseluruh dunia, dan 53 negara. Boleh dikatakan banyak negara menerapkan penggunaan bahasa inggeris sebagai satu standard dalam urusan organisasi mereka.

3. Bahasa Hindi

Digunakan hampir 479 juta orang, bahasa hindi dengan aksara Devanagari adalah medium pertuturan sebahagian besar masyarakat india di sana. Ironinya sebagai bahasa ketiga terbesar, bahasa hindi hanya diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan bersama-sama dengan bahasa inggeris di India.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...