Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Bawah Sedar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bawah Sedar. Papar semua catatan

Beza Otak Lelaki & Perempuan


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!


Warna & Personaliti


Entri kali ini Psikotube nak post mengenai warna kegemaran pula. Sebab warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna. Sebagai contoh, warna baju sering memainkan peranan pentingdalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas. 

Psycho-Test : Uji Minda Anda!

Di bawah ini ada empat ujian minda anda, setiap daripadanya memberi kesimpulan samaada anda memiliki pemikiran yang kreatif, atau pun lebih kuat berbanding dengan orang lain. Saya sudah mencubanya, dan anda bila lagi? Selamat Mencuba.


Subliminal Massage: Pengaruh Minda Bawah Sedar

Apa itu Subliminal Message?

Subliminal Message merupakan signal atau message yang ditanam dengan cara berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar. Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat.Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message ini, ia mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka samada di televisyen atau panggung wayang.

(Gambar diatas adalah satu dari animasi Disney yg meng-subliminasikan
gambar wanita bogel ke dalam minda kanak-kanak)


Jadi sebagai ibubapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar. Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.

(Kebetulan atau Tak Sengaja??...)

Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakwah kristian untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.

Aura adalah Perisai Diri

Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma. Bagi mereka yang pertama kali membaca entri atau artikel seperti ini mungkin agak tidak faham dengan beberapa istilah yang digunakan. Secara asasnya, terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya. Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu dapat dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal maka gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja. Melalui gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota sesaorang itu dapat dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita. Bagi sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam gambar di sebelah ini. Setiap warna mempunyai kelebihan dan kelemahan dari segi penyakit, tabiat, perangai dan sebagainya. Warna AURA ini dapat dilihat dengan menggunakan Kamera Kirlian (Kirlian Camera). Manusia memegang rahsia susunan sistem piramid sebenarnya. Apabila cahaya putih dari sinaran cahaya matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala dimana terletaknya kelenjar Pineal selaku prisma yang akan menyebarkan spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi ke sistem-sistem tubuh bagi peneutralan yang dibantu Hydrogen (Air) yang tersedia ada di bahagian perut-usus .

(contoh gambar yang diambil menggunakan Kamera Kirlian bagi mengesan warna aura)


p/s: Sumber from CVT Malaysia (Colour Vibration Therapy).

Apakah Mimpi Anda?

Mimpi mungkin mainan tidur. Mengikut kajian manusia menghabiskan masa hampir 6 tahun seumur hidupnya untuk bermimpi iaitu dengan purata 2 jam sehari. Setiap orang akan bermimpi dalam hidupnya. Bezanya sama ada dia ingat atau tidak akan mimpinya itu dan mimpi itu baik atau buruk. Persoalannya, bagaimana mimpi boleh berlaku? Soalan diatas mudah dijawab. Kita akan bermimpi jika kita tidur. Mimpi tercetus apabila kita tidur dalam keadaan REM (Rapid Eye Movement) dimana tidur kita itu tidak berlaku dalam keadaan yang nyenyak kerana masih berlaku lagi pergerakan mata sewaktu mahu tidur. Pada waktu ini, sel-sel neuron di sekitar mata akan menghantar signal kepada otak sebagai isyarat bahawa kita sudah bersedia untuk tidur. Kesannya kelopak mata akan menjadi semakin berat dan lesu. Manakala badan akan mula keletihan dan inginkan rehat. Apabila kita sudah tidur, otak kita akan mula mentafsir isyarat yang menghasilkan visual-visual iaitu di masa kita separa sedar. Dan disinilah bermula mimpi seseorang itu sewaktu tidurnya. Menurut Sigmund Freud (seorang ahli psikoanalisis) menyatakan bahawa mimpi membolehkan manusia menzahirkan keiginan, kemahuan dan kehendak yang tidak dicapai atau dipenuhi ketika di alam realiti. Sekiranya kita bermimpi buruk (nightmare) pula, itu pula dinyatakan sebagai satu langkah 'self-defense' minda bagi menyalurkan emosi yang terganggu atau tertekan. Hipocampus adalah pusat aktif otak sewaktu kita bermimpi dimana ianya adalah pusat utama semantic memory. Semantic memory inilah dimana tersimpannya memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pernah kita hadapi sama ada ingat atau tidak. Oleh itu tidak hairanlah situasi yang berlaku dalam mimpi kita itu seolah-olah seperti pernah kita alami.

Korelasi Air Dengan Emosi Manusia


Gambar diatas ini adalah gambar satu molekul air yang biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Memang kita memang tidak pernah gambarkan rupa bentuk air yang sebenar kerana itu tidak penting bagi kita. Apa yang penting pada masyarakat hari ini adalah memastikan air ada untuk digunakan. Pernah atau tidak kita terfikir tentang keajaiban air? Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji dari Jepun yang bernama Masaru Emoto, air sebenarnya akan bertindakbalas dengan emosi manusia di mana air mampu merekod, merakam, menyimpan dan mengalirkan tenaga. Molekul air akan kelihatan bersinar-sinar sekiranya mendapat tindakbalas yang positif. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan ajaib ini kerana kita sering kali lupa dan leka dengan benda-benda lain. Jadi, kita semua mungkin terlepas pandang tentang perkara ini. Yang menariknya disini, manusia sering menggunakan air kerana air merupakan keperluan asas bagi manusia tetapi kita tidak pernahkah terfikir bagaimanakah keadaan molukel air yang kita gunakan. Sedangkan air sentiasa memberi tindakbalas terhadap ransangan emosi manusia. Mulai hari ini adakah kita menggunakan air dengan sebaiknya atau menghiraukan peranan selagi ianya masih banyak?

Ditindih atau Paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.


Id, Ego, SuperEgo: Kesinambungan Tindakan Manusia

Menurut salah seorang tokoh psikoanalisis Barat iaitu Sigmund Freud, terdapat tiga elemen penting dalam pembentukan personaliti manusia iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego'. Ketiga-tiga elemen ini menjadi aspek penentu dalam pembentukan diri seseorang manusia. 'Id' merupakan kompenan asas dalam jiwa manusia. 'Id' lebih senang diertikan sebagai naluri manusia. Inilah yang mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara asas seperti makan, kencing, berak, dan bergerak. Oleh itu 'id' dalam kata lain ialah nafsu kepada manusia. Selepas 'id', elemen seterusnya ialah 'ego'. 'Ego' inilah yang akan menjadi panduan kepada keperibadian manusia dalam menuntu kehendak nafsu 'id'. Panduan daripada 'ego' sebenarnya berasaskan kepada pertimbangan akal seseorang manusia itu sendiri. Oleh itu, 'ego' bertindak sebagai satu unsur kawalan terhadap 'id'.

Manusia dan Kerohanian

Kerohanian atau rohani, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Dari segi psikologi, rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif. Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total. Membawa maksud individiu yang mempunyai kerohanian yang tinggi pada pandangan masyarakat adalah individu yang tidak pernah melakukan kesalahan langsung pada pandangan masyarakat walaupun ironinya setiap individu pasti melakukan kesalahan. Tetapi bagi individu kerohanian tinggi ini, emosi dan kelakuan negatif diperuntukkan untuk dilakukan ketika individu berada jauh dari masyarakat ataupun tidak ditonjolkan kesalahannya di kalangan masyarakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...