Mimpi mungkin mainan tidur. Mengikut kajian manusia menghabiskan masa hampir 6 tahun seumur hidupnya untuk bermimpi iaitu dengan purata 2 jam sehari. Setiap orang akan bermimpi dalam hidupnya. Bezanya sama ada dia ingat atau tidak akan mimpinya itu dan mimpi itu baik atau buruk. Persoalannya, bagaimana mimpi boleh berlaku? Soalan diatas mudah dijawab. Kita akan bermimpi jika kita tidur. Mimpi tercetus apabila kita tidur dalam keadaan REM (Rapid Eye Movement) dimana tidur kita itu tidak berlaku dalam keadaan yang nyenyak kerana masih berlaku lagi pergerakan mata sewaktu mahu tidur. Pada waktu ini, sel-sel neuron di sekitar mata akan menghantar signal kepada otak sebagai isyarat bahawa kita sudah bersedia untuk tidur. Kesannya kelopak mata akan menjadi semakin berat dan lesu. Manakala badan akan mula keletihan dan inginkan rehat. Apabila kita sudah tidur, otak kita akan mula mentafsir isyarat yang menghasilkan visual-visual iaitu di masa kita separa sedar. Dan disinilah bermula mimpi seseorang itu sewaktu tidurnya. Menurut Sigmund Freud (seorang ahli psikoanalisis) menyatakan bahawa mimpi membolehkan manusia menzahirkan keiginan, kemahuan dan kehendak yang tidak dicapai atau dipenuhi ketika di alam realiti. Sekiranya kita bermimpi buruk (nightmare) pula, itu pula dinyatakan sebagai satu langkah 'self-defense' minda bagi menyalurkan emosi yang terganggu atau tertekan. Hipocampus adalah pusat aktif otak sewaktu kita bermimpi dimana ianya adalah pusat utama semantic memory. Semantic memory inilah dimana tersimpannya memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pernah kita hadapi sama ada ingat atau tidak. Oleh itu tidak hairanlah situasi yang berlaku dalam mimpi kita itu seolah-olah seperti pernah kita alami.
Dalam Islam, tidak banyak yang dijelaskan mengenai mimpi. Tetapi ia tidaklah bermakna sesuatu yang tidak penting. Jika kita singkap semula sirah Nabi Yusuf yang bermimpi bulan, bintang dan matahari sujud kepadanya. Dan juga kisah baginda yang mewakili mimpi Sang Raja. Ini menunjukkan mimpi ada pentingnya pada manusia. Dari Abu Qatadah r.a katanya: Rasullulah bersabda...
"mimpi yang buruk adalah daripada Syaitan, siapa yang bermimpi bermimpi buruk hendaklah meludah ke kiri dan minta perlindungan (dengan membaca A'uzubilahi minassyaitanirrajim) Allah daripada syaitan dan jangan diceritakan kepada orang lain dan siapa yang bermimpi yang baik hendaklah bergembira dan jangan diceritakan kepada orang kecuali kepada orang dipercayai"
Bila kali terakhir anda bermimpi buruk? Adakah anda akan ceritakan mimpi anda pada orang lain? Adakah mimpi ini merupakan satu petanda buat kita? atau Mimpi itu sekadar mainan ketika tidur? dan Anda percaya kepada tafsir mimpi? Sebenarnya untuk membincangkan mimpi bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan secara tepat. Sebahagian mimpi mungkin adalah suatu petanda atau alamat kepada seseorang tapi harus diingat juga mimpi tidak dapat mempengaruhi kehidupan kita kerana ianya berlaku dibawah separa sedar. Justeru itu, mimpi lebih banyak tersimpul daripada terhurai. Semakin banyak kita menghuraikannya semakin banyak persoalan yang timbul. Bagi saya eloklah mimpi yang elok itu kita jadikan sebagai pendorong motivasi untuk diri kita. Manakala mimpi yang buruk kita anggap sahaja sebagai mainan tidur. Akhir entri ini saya ucapkan 'good nite' dan selamat malam.

Jangan biarkan mimpi anda diselubungi misteri.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan