Rakan Blogger

5 Tahap Psikologi Di Ambang Maut

Seorang psikiatris iaitu Dr. Elisabeth Kubler-Ross telah mengemukan beberapa teori mengenai manusia dalam berhadapan dengan kematian sama ada kepada si mati atau mereka yang berhadapan dengan orang yang mati. Beliau telah melakukan banyak pemerhatian dan penelitian. Ini termasuklah dengan menjalankan hampir 200 temuramah terhadap orang yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mati seperti disebabkan oleh penyakit. Hasil daripada penelitian beliau, Kubler-Ross mendapati terdapat lima tahap reaksi dari aspek psikologi yang dikesan terhadap mereka yang berhadapan dengan kematian.
Tahap pertama adalah Denial (penafian), mereka yang mengetahui bahawa mereka akan mati tidak lama lagi kerana keadaan penyakitnya semakin teruk akan mula menafikan mengenai apa yang sedang berlaku kepada mereka. Mereka cuba mempertikaikan hakikat yang sebenar yang mereka diambang kematian. Daripada peringkat ini manusia akan mula menunjukkan reaksi marah apabila mendapati mereka tidak mempunyai sebab lagi untuk menafikan hakikat kematian mereka. Marah adalah tahap kedua yang dikemukan oleh Kubler-Ross dimana dalam pemerhatian beliau pesakit-pesakit berkenaan mudah panas baran. Hal ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Kemarahan pesakit biasanya ditujukan kepada ahli keluarga terdekat dan jururawat yang menjaganya (jika di hospital). Oleh itu, ahli keluarga adalah orang paling signifikan menerima kesan berhadapan dengan mereka di tahap ini.

Di tahap ke-3 pula dikenali sebagai Bargaining (tawar-menawar). Selepas pesakit yang menghampiri kematian ini melepasi tahap marah, mereka akan mula sedar tiada guna untuk marah kerana ianya tidak mengubah apa-apa buat mereka. Dengan ini mereka lebih berserah kepada takdir dan mula membuat beberapa permintaan atau tawaran sama ada mula berdoa kepada Tuhan atau ahli agama. Kadang-kadang mereka juga membuat permintaan kepada doktor untuk berusaha memanjangkan umurnya sedaya mungkin dengan harapan tawaran yang dilakukan berkesan untuk mengelak kematian. Seterusnya, tahap ke-4 yang diketengahkan Kubler-Ross adalah tahap Depression (kemurungan) dimana pesakit pada tahap ini menunjukkan reaksi yang lebih jelas dan nyata memandang maut semakin menghampiri mereka. Dari segi fizikal, wajah mereka kelihatan lebih tegang dan kemerah-merahan. Mereka juga lebih banyak menggunakan masa untuk bersendirian dan termenung. Termenung mengenang nasib yang tak pasti. Dan akhir sekali mereka ini akan menempuh tahap penerimaan. Penerimaan, melalui pengamatan Kubler-Ross, beliau mendapati pesakit yang menghampiri kematian akan mula mencapai satu tahap kesedaran yang tinggi dimana mereka tahu dan faham bahawa ini adalah takdir sebenar untuk mereka. Sudah tiba waktunya untuk mereka pergi. Akhirnya mereka menerima hakikat bahawa kematian adalah sesuatu yang akan dihadapi oleh semua orang. Termasuklah kita, nyawa kita dan takdir kita telah ditentukan oleh-Nya.

2 ulasan:

W.N.A.Y berkata...

simpton2...huhu =P

Azriff Azmi berkata...

Yup... setiap dari kita pasti pernah dan akan melalui tahap-tahap ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...