Rakan Blogger

Id, Ego, SuperEgo: Kesinambungan Tindakan Manusia

Menurut salah seorang tokoh psikoanalisis Barat iaitu Sigmund Freud, terdapat tiga elemen penting dalam pembentukan personaliti manusia iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego'. Ketiga-tiga elemen ini menjadi aspek penentu dalam pembentukan diri seseorang manusia. 'Id' merupakan kompenan asas dalam jiwa manusia. 'Id' lebih senang diertikan sebagai naluri manusia. Inilah yang mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara asas seperti makan, kencing, berak, dan bergerak. Oleh itu 'id' dalam kata lain ialah nafsu kepada manusia. Selepas 'id', elemen seterusnya ialah 'ego'. 'Ego' inilah yang akan menjadi panduan kepada keperibadian manusia dalam menuntu kehendak nafsu 'id'. Panduan daripada 'ego' sebenarnya berasaskan kepada pertimbangan akal seseorang manusia itu sendiri. Oleh itu, 'ego' bertindak sebagai satu unsur kawalan terhadap 'id'.
Dengan adanya 'ego', manusia akan mempertimbangkan sesuatu tindakannya terlebih dahulu. Walaubagaimanapun pertimbangan yang berlaku sebenarnya tidak mengambilkira aspek nilai moral atau logik sesuatu perkara kerana 'ego' hanya bersandarkan kepada akal semata-mata. Atas sebab ini, 'super-ego' menjadi satu elemen kesinambungan dalam jiwa manusia tersebut. 'Super-ego' sama sahaja seperti 'ego' akan tetapi ia telah dipengaruhi oleh nilai moral dan etika yang tinggi. 'Ego' dan 'super-ego' saling bertaut antara satu sama lain dalam memacu kehendak 'id'. Sebagai contoh dalam satu situasi yang mengisahkan Kamil. Kamil terjumpa wang RM50 di tepi jalan, dalam masa yang sama dia tidak mempunyai sebarang wang. Saat ini ketiga-tiga elemen tersebut iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego' memainkan peranan. Id' merupakan nafsu yang menyebabkan Kamil ingin mengambil wang t'sebut. Ini kerana ia didorong oleh 'ego'. Walaubagaimana pun Kamil jadi serba salah kerana itu bukan wangnya. Rasa serba salah ini datang dari sanubarinya yang didorong oleh nilai moral iaitu 'super-ego'. Secara ringkasnya saya boleh simpulkan bahawa 'id' mewakili nafsu, 'ego' mewakili akal semata-mata manakala 'super-ego' pula ialah sanubari yang didorong oleh nilai moral yang ada pada seseorang manusia itu. Jadi bagaimana dengan nasib Kamil dan RM50 yang dijumpainya?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...