Rakan Blogger

Tujuh Sifat Semulajadi Manusia?

1. Manusia adalah antara spiesis yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai tingkahlaku yang tersemat secara genetik (genetically imprinted) dan ini menyebabkan manusia tidak mampu hidup sendiri sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat awal ini, untuk beberapa tahun perlu bergantung kepada orang lain.

2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.

3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.

4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.

5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.

6. Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan dimana ia terjadi. Persekitaran mempengaruhi tingkahlaku manusia.

7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan diantara alternatif yang ada untuk berubah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...