Rakan Blogger

Manusia

Manusia boleh didefinasikan samada dari segi biologi, rohani, psikologi, agama mahupun pelbagai istilah kebudayaan. Secara biologikalnya, manusia diklafikasikan sebagai homosapiens. Homosapiens berasal daripada Bahasa Latin yang bermaksud manusia bijak, iaitu sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi dengan otak berkemampuan tinggi. Dalam antropologi kebudayaan pula, manusia diterangkan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan masyarkat untuk saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Asasnya, manusia terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dari aspek biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi. Mengikut prespektif Islam, manusia juga dikaitkan dengan maksud istilah insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Agama Islam telah memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu. Selain itu, manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang mampu bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia. Sosial sangat perlu dan merupakan cara paling efektif untuk mendapatkan manfaat secara bersama di antara individu. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...