Rakan Blogger

Dissomnia : Hilangnya Kualiti Tidur


Sebelum ini saya sudah menulis mengenai Paralisis iaitu mengenai gangguan semasa tidur seperti rasa sesak ditindih begitu juga dengan Kepentingan Tidur Malam. Jadi saya mahu masukkan lagi entri mengenai tidur dan kali ini mengenai jenis-jenis kecelaruan tidur yang mungkin ada dialami sebahagian daripada anda semua. Dissomnia secara ringkasnya untuk pemahaman anda semua adalah gangguan atau kecelaruan berkaitan dengan tidur. Diantara jenis-jenis dissomnia yang boleh dikenalpasti adalah...

Disebalik '1.618' Nisbah Emas


Maha Suci Allah SWT segala puji-pujian hanya untuk-Nya. Allah SWT Maha Pencipta seluruh isi alam ini. Tiada pencipta yang bijak lagi bijak melainkan-Nya. Sesungguhnya sama ada sedar atau tidak, nisbah 1.618 adalah satu nisbah atau bentuk digit yang sangat ajaib dan menakjubkan di muka bumi ini. Mengapa 1.618 merupakan angka yang sangat ajaib? Dan mengapa ia digelar oleh para pengkaji sebagai Nisbah Emas atau 'Golden Ratio'?  Dan mungkin ada yang bertanya juga apakah dia 1.618?

Emotional Freedom Thecnique (EFT) : Akupuntur Tanpa Jarum



EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada 1995 oleh Gary Craig. Beliau telah mempraktikan EFT pada veteran perang Vietnam yang hadapai PTSD (post traumatic stress disoder) yang mana mereka telah dirawat oleh belasan ahli terapi tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan positif tetapi melalui EFT yang diperkenalkannya hanya dalam tempoh 6 hari sahaja seramai 20 orang veteran perang berjaya dipulihkan. Sesi terapi melalui EFT tersebut direkodkan dalam bentuk DVD yang juga menjadi sumber rujuk awal pembelajaran terhadap teknik ini. 

Bagaimana EFT Membantu Kita ?


Pesakit Mental Meningkat


Memetik laporan Buletin Utama TV3 edisi 18 Januari 2011 berhubungan peningkatan pesakit mental, Kementerian Kesihatan Malaysia bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang. Angka ini mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009. Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihak Kementerian Kesihatan Mealaysia akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres seawal peringkat sekolah sepanjang tahun ini. Oleh itu saya secara peribadi melihat isu ini sebagai serius kerana tidak ramai masyarakat bersikap terbuka terhadap kesihatan mental dan ada diantara mereka bimbang dilabel sebagai gila dan tidak siuman apabila dikaitkan dengan istilah mental. Di sini, saya menegaskan adalah perlu satu lagi program berbentuk pendedahan awal terhadap kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mental sama seperti menjaga kesihatan diri dari aspek fizikal.

Kaunseling Menurut Prespektif Islam

Dalam konteks kaunseling Islam, keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama’. Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah. Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yang kita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. Sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya:

“Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Suradi Salim (1996) menyatakan kaunseling sebagai hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah kaunselor dan seorang lagi ialah klien. Kaunselor, melalui hubungan dan dengan menggunakan kemahiran khususnya menyediakan satu situasi dan suasana, apabila klien seorang yang normal dibantu memahami atau mengetahui masa hadapannya supaya dia boleh menggunakan sifat-sifat keperibadiannya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat dan selanjutnya mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluannya pada masa akan datang.

Dari perspektif Islam, kaunseling keluarga merupakan proses membantu yang dilakukan oleh seorang kaunselor terhadap ahli keluarga yang mengalami konflik. Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses membantu ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang dipanggil kaunseling keluarga.

PERKAMA : Persatuan Kaunseling Malaysia

Di atas ini adalah logo rasmi PERKAMA. PER-KA-MA adalah akronim kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Pada tahun Febuari 1980, bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling. bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling. bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling. 

Top Ten Web in Malaysia 2010

1. facebook

2. google.com.my

3. google.com

4. yahoo.com

5. blogspot.com



6. youtube.com


7. wikipedia.com


8. live.com

9. maybank2u.com.my

10. twitter.com

"Saya Tak Gay, Saya Okay"


Video ini diambil dari youtube. Lelaki ini dengan slumbernya dan gentlenya membuat pengakuan seperti ini. Dan sesungguhnya saya respect beliau kerana berani menerima hakikat dan dapat menerima dirinya seadanya.  Sebut tentang penerimaan diri, bagi saya penerimaan diri adalah bagaimana seseorang itu melihat dirinya. Ada dua, satu secara positif dan satu lagi secara negatif. Jika kita melihat diri kita secara positif saya percaya kita akan lebih mudah ke arah perkara-perkara yang baik. Tetapi jika kita selalu berfikiran negatif terhadap diri kita, maka kita mudah terjerumus ke arah keburukan. Dan ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan sebenarnya. Seperti sahabat kita di atas ini dia merasakan walaupun tidak mempunyai paras rupa yang baik dan seringkali gagal memikat wanita tetapi dia dapat menerima hakikat dan realiti yang di masih perlu menjadi seorang lelaki sejati. Bukannya memilih menjadi sonsang terjerumus dalam permasalah homoseksual seperti yang di war-warkan oleh kumpulan Seksualiti Merdeka  yang kononya "Saya gay, Saya OK". Secara peribadi, saya katakan "Saya Tak Gay, Saya Lagi Okay". 

p/s: Saya tidak diskriminasi homoseksual, tetapi Saya diskriminasi mereka yang menyokong ke arah itu

Wanita Juga Bersunat


Sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan. Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Dimana ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit. Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...