Rakan Blogger

Pesakit Mental Meningkat


Memetik laporan Buletin Utama TV3 edisi 18 Januari 2011 berhubungan peningkatan pesakit mental, Kementerian Kesihatan Malaysia bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang. Angka ini mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009. Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihak Kementerian Kesihatan Mealaysia akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres seawal peringkat sekolah sepanjang tahun ini. Oleh itu saya secara peribadi melihat isu ini sebagai serius kerana tidak ramai masyarakat bersikap terbuka terhadap kesihatan mental dan ada diantara mereka bimbang dilabel sebagai gila dan tidak siuman apabila dikaitkan dengan istilah mental. Di sini, saya menegaskan adalah perlu satu lagi program berbentuk pendedahan awal terhadap kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mental sama seperti menjaga kesihatan diri dari aspek fizikal.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...