Sebelum ini saya sudah menulis mengenai Paralisis iaitu mengenai gangguan semasa tidur seperti rasa sesak ditindih begitu juga dengan Kepentingan Tidur Malam. Jadi saya mahu masukkan lagi entri mengenai tidur dan kali ini mengenai jenis-jenis kecelaruan tidur yang mungkin ada dialami sebahagian daripada anda semua. Dissomnia secara ringkasnya untuk pemahaman anda semua adalah gangguan atau kecelaruan berkaitan dengan tidur. Diantara jenis-jenis dissomnia yang boleh dikenalpasti adalah...
Insomnia Primer
Insomnia kronik yang tidak dapat dikaitkan dengan kecelaruan psikologi atau fizikal, atau tidak boleh diatasi dengan ubat. Susah tidur, tidak nyenyak bagi tempoh satu bulan atau lebih. Biasanya, orang muda merungut susah nak tidur manakala orang tua merungut selalu bangun tengah malam atau bagun terlalu pagi
Hypersomnia Primer
· Terlalu banyak tidur waktu siang selama sebulan atau lebih
· Susah bangun bila tidur terlalu lama seperti 8 ke 12 jam
· Tidur siang setiap hari selama satu jam tetapi tidak rasa segar
· Tidur sambil tonton TV
Narkolepsi
· Seranan tidur tanpa apa-apa amaran pada waktu siang
· Tidur 15 minit secara purata
· Boleh berlaku waktu sedang bercakap, tiba-tiba tersungkur ke lantai dan tidur
· Diiringi cataplexy (hilang kawalan otot) dan tidur REM (Rapid Eye Movement)
· Mimpi – REM yang cepat
Kecelaruan Tidur Irama Circadian
Kebanyakan fungsi badan mengikut satu pusingan dalaman yang dinamakan irama circadian. Kecelaruan tidur di mana terdapat ketidaksepadanan antara pusingan tidur-jaga yang normal dengan kehendak persekitaran. Kerja syif malam menyebabkan kecelaruan seperti ini berlaku seperti doktor, jururawat, pengawal keselamatan, pekerja kilang dan lain-lain
Kecelaruan Tidur Berkaitan Pernafasan
Apnea – yang paling banyak berlaku (Lelaki usia pertengahan tahun banyak mengalaminya juga mudah berlaku pada orang muda yang obese serta mempunyai kualiti hidup yang rendah. Boleh dikaitkan dengan hypertension, serangan jantung & lumpuh.). Berhenti bernafas selama 15 – 90 saat waktu tidur dan berlaku sebanyak 500 kali dalam satu malam ia disebabkan oleh bahagian atas pernafasan tersekat, seperti tonsil besar dan lelangit tebal. Bangun duduk, ambil nafas, baring semula tanpa terjaga atau menyedari berhenti bernafas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan