Rakan Blogger

20 Perkara Mengenai Lelaki


Dibawah ini ada 20 perkara mengenai lelaki yang telah saya senaraikan. Dalam 20 perkara tersebut saya sendiri akui 19 daripadanya ada mengenai diri saya. Bagaimana pula lelaki yang anda kenali?

1. Lelaki pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

2. Lelaki akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

3. Lelaki sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

4. Lelaki mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

5. Lelaki kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

6. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

7. Lelaki cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

8. Lelaki membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

9. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, lelaki akan berasa serik dan tidak percaya degan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnyakembali kepadanya.

10. Apabila timbul orang ketiga, lelaki akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.



11. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

12. Lelaki tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

13. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya untuk seorang perempuan.

14. Lelaki sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

15. Lelaki banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

16. Lelaki berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.

17. Lelaki sentiasa takut kehilangan kekasihnya hingga ada yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

18. Lelaki juga tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

19. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

20. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...