Kecelaruan personliti mengelak ini seringkali mengalami keterbatasan sosial. Individu dalam kategori ini menunjukkan neurotisme yang tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan sebagai pemalu dan takut kepada orang lain. Sangat sensitif kepada persekitarannya terutama dalam situasi yang mengacam mereka. Mereka juga biasanya berasa rendah diri dan rasa tidak berguna apabila membandingkan diri dengan orang lain. Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mereka ini semasa kecil suka menangis dan susah dijaga. Dan pengelakan cenderung kepada mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang kerap mengkritik dan merendah-rendahkan mereka.
Obsesif-Komplusif
Kategori ini menunjukkan ciri-ciri tak fleksibel, terlalu moral, dan percaya bahawa tidak boleh terlalu 'rasa seronok'. Individu yang obsesif komplusif terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak mahu memberi tangungjawab kepada orang lain. Selain itu, mereka ini begitu terperinci dan cerewet orangnya dan adakalanya disebabkan perkara kecil kerja tidak siap. Seperti pengelakan, mereka juga mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat dengan peraturan diri yang ketat dimana bertujuan meningkatkan hargai diri dan mengawal diri. Ini juga disebabkan mereka kurang kemahiran interpersonal.
Kebergantungan
Kecelaruan jenis ini dimana seseorang itu tidak mampu membuat keputusan atau pilihan secara bebas. Individu yang bergantung kelihatan takut akan ditinggalkan dan berpisah. Ini menyebabkan mereka hanya mengikut sahaja keputusan orang lain. Faktornya dipasti sama ada keran genetik atau disebabkan persekitaran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengalami kecelaruan ini, beitu juga dengan mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi. Lain-lain faktor yang mungkin termasuklah mempunyai adik beradik yang agresif terhadap dirinya sehingga dia menjadi tidak asertif (tegas diri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan