Kesihatan Mental, ramai tidak menyedari dan tidak memahami sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental. Secara ringkasnya kesihatan mental boleh dikatakan satu tahap kesihatan dan kesejahteraan dari segi emosi dan pemikiran. Setiap individu yang dapat mencapai tahap kesihatan mental yang bagus sudah pastinya tidak mengalami apa-apa masalah kecelaruan dalam dirinya. Menurut WHO (World Health Organizations), setiap tahun satu daripada empat orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental. Cuba bayangkan jika di dalam dunia terdapat lebih 450 billion orang, adakah 1 per 4 itu satu angka yang kecil? Selain itu, hasil dapata statistik pada 2005 menunjukkan bahawa golongan wanita adalah golongan yang tertinggi menunjukkan simptom-simptom masalah kesihatan mental ini iaitu 29% berbanding 17% bagi lelaki. Itu pada tahun 2005, dan sekarang berapa agaknya? Masalah paling serius adalah apabila seseorang individu tidak menyedari yang dia mengalami masalah kesihatan mental. Beberapa faktor penting dikenalpasti mengapa mereka tidak menyedari hal ini. Antaranya adalah seperti :-
1. Tidak dapat mengenalpasti simptom-simptom kecelaruan pada diri sendiri.
- Ramai di kalangan kita tidak mengetahui apakah simptom-simptom yang mereka alami untuk dikaitkan dengan masalah sebenar mereka.
- Mungkin simptom-simptom yang biasa kita kenalpasti seperti stress boleh kita kesan kerana ia boleh ditunjukkan secara fizikal. Tetapi untuk mengetahui simptom-simptom yang lebih spesifik seperti kecelaruan-kecelaruan tertentu mungkin memerlukan pengetahuan dan pembacaan yang lebih.
- Ini lebih serius lagi, masyarakat di negara kita umumnya mempunyai stigma serong terhadap kesihatan mental misalnya. Apabila mendengar sahaja frasa 'mental' pasti ramai di antara kita mengaitkannya dengan gila atau tidak siuman. Walhal perkara kesihatan mental membawa konteks yang lebih luas lagi dan masih jauh dari maksud gila itu sendiri.
- Apabila tidak memahami kepentingan kesihatan mental sepenuhnya, ramai diantara kita tidak menanganinya dengan cara yang betul. Ada juga yang masih malu-malu untuk berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan solusi yang sesuai. Belum ada keterbukaan lagi dari masyarakat yang belum membangun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan