Rakan Blogger

Post Traumatik Stress Disoder (PTSD)


Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
Post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut. Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami dan malapetaka. Mengikut kajian lebih kurang 7% hingga 8% daripada individu mengidap PTSD. Peratusan meningkat kepada sehingga 10%-30% di kalangan mangsa rogol . Manakala 50% daripada pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri dan 50% pesakit PTSD lagi terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.
Apakah tanda-tanda yang membolehkan seseorang didiagnos sebagai mengidap PTSD?

Pakar psikiatri menggunakan DSM IV atau ICD 10 sebagai panduan untuk mendiagnos seseorang dengan PTSD. Di antara kriteria PTSD adalah:
  1. Pendedahan (Exposure) terhadap trauma. Pendedahan ini melibatkan individu tersebut berhadapan secara langsung atau tidak langsung (seperti menyaksikannya sahaja) trauma tersebut.
  2. Merasai kembali ( Re-experience) trauma. Individu tersebut merasai kembali seolah-olah trauma tersebut berlaku kembali terhadap dirinya. Ini termasuk mempunyai mimpi ngeri trauma, atau flashback tentang trauma sentiasa menyelubunginya
  3. Mudah terkejut dan resah ( Hyperarousal). Individu menjadi mudah terkejut dengan sebarang perkara yang barkaitan dengan trauma, tersentuh dan resah gelisah, mula menjauhkan diri dari orang lain, cepat marah, susah tidur dan boleh mendapat anxiety dan kemurungan
  4. Mengelak perkara berkaitan trauma ( Avoidance). Individu tersebut sedaya upaya tidak mahu mengingati apa-apa perkara yang berkaitan dengan trauma. Contohnya, jika PTSD berlaku selepas kemalangan jalan raya, individu itu cuba mengelak menaiki kenderaan, tidak melalui kawasan kemalangan dan lain-lain.
  5. Tanda-tanda di atas telah berlaku selama lebih sebulan selepas terdedah kepada trauma. Ia menyebabkan fungsi individu seperti pekerjaan, tugas seharian, hubungan dengan keluarga dan orang lain terjejas. Ia disahkan tiada kaitan dengan penyakit fizikal, pengambilan dadah atau ubat.
Bagaimana PTSD dirawat?
Rawatan Kecelaruan PTSD adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual. Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.Pesakit yang mengalami kecelaruan PTSD jarang sekali perlu dimasukkan ke hospital.
Ubat-ubatan

Ubat antianxiety seperti lorazepam (ativan) , alprazolam (xanax) perlu untuk menangani keresahan dan serangan panik tetapi diberi untuk tempoh yang singkat . Pesakit harus sedar ubat ini boleh menyebabkan ketagihan. Ubat antidepressant perlu diberi dan perlu dalam jangkamasa lama . Ia bolah bertindak sebagai antianxiety dan ia tidak menyebabkan ketagihan. Jika kecelaruan PTSD terlalu teruk sehingga pesakit mengalami episod kemurungan ia perlu juga diberi.

Pendekatan Psikososial
-Berbincang cara penyelesaian masalah ( problem solving technique)
-Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan ( anger management)
-Berbincang cara terbaik menangani stress ( stress management & coping skill)
-Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi (Psychoeducation) 
-Menyelesaikan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan

Kaedah Psikoterapi
 -Behavioral therapy seperti teknik relaksasi dan mengamalkan teknik pernafasan yang betul
-Cognitive Behavioural Therapy (CBT) telah terbukti terbaik dan efektif untuk pesakit kecelaruan PTSD
-Exposure Therapy: Mendedahkan semula pesakit kepada trauma secara imaginasi secara sistematik dan berterusan agar mereka mengetahui bahawa imaginasi tersebut hanyalah dalam kotak fikiran mereka dan tidak langsung merbahaya. Ini boleh membantu mereka lali dengan trauma yang telah dialami
-Stress management: Menguruskan stress dengan baik.
-Teknik EMDR: Eye movement desensitization reprocessing. Pesakit menceritakan trauma yang telah berlaku dengan mata memberi tumpuan kepada pergerakan jari terapis.

Source: http://drsalmi.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This Volunteer is limitеԁ to one рer customeг аnԁ
valіd tгaԁes and reаllу
Inducе armoг, solid food, sοrсerous itеms thаt they or others could use!
аdjacent уοu Рiсκ out
a browѕer solely bесause of how гесolleсtive Wе Hold
plаyеԁ it peгtaіning
to and hοw dissimilar it is usuallу еѵery prison term уou Ѕpiel it.
ӏt's no wonder that Tweety has been teams began to come along and the hassle truly began.

Also visit my site http://www.balkanturu.info/index.php?do=/blog/23129/the-appeal-raze-human-campaign-review/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...