Kecelaruan personaliti ini menunjukan tahap syak wasangka dan sangat mencurigai orang lain. Individu yang paranoid biasanya memandang serong dan menganggap motif orang lain sebagai jahat terhadapnya. Mereka ini sangat obses dan tidak mempercayai orang lain dan sukar untuk berkongsi rahsia dengan orang lain. Selain itu, mereka yang paranoid selalu sahaja bersangka buruk kepada orang lain , cemburu buta, dan berasa seperti setiap masa ada sahaja orang mengkhianatinya. Contoh paranoid :- "Rasa seperti terancam dengan ajakan jiran rumah untuk makan bersama. Merasakan jirannya seolah-olah ada muslihat atau niat jahat."
Schizod
Schizod atau skizod adalah sama. Ejaan sahaja beza, skizod ini menunjukkan kecenderungan untuk bersendirian dan kurang menunjukan reaksi emosi. Mereka seperti ini biasanya tidak banyak bergaul dan tidka mempunyai ramai kawan. Ini disebabkan mereka sentiasa mengelak untuk perhubungan rapat. Disebab kurang reaksi emosi, individu skizod didapati sukar untuk menzahirkan perasaannya. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak kisah mengenainya pun. Sama ada marah, gembira ataupun sedih ia seperti biasa sahaja. Ada sesetengah kes, mereka ini sayang terhadap haiwan tetapi kurang terhadapa manusia.
Schizotypal
Schizotypal adalah lebih komplek berbanding skizod dan paranoid. Ini kerana schizotypal seperti pakej yang agak lengkap dimana individu yang mengalaminya kemungkinan besar mengalami skizophernia + paranoid + skizod. Tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri khusus dimana mereka ini akan mengalami ganguan persepsi dimana ia lebih jelas terkesan kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Tingkahlaku dan penampilan aneh. Kepercayaang aneh, pemikiran aneh dan pertuturan aneh. Mereka juga risau terhadap sosial. Walaubagaimanapun, schizotypal ini lebih jelas semasa di peringkat awal dewasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan