Anti-Sosial
Individu yang anti-sosial tidak menghormati hak orang lain dan tidak suka untuk mematuhi peraturan. Mereka ini cenderung untuk menipu, impulsif dan tedensi menjadi seorang penjenayah. Anti-sosial biasanya berpersonaliti agresif, tak bertangung jawab dan menyesal. Mereka juga kurang sentuhan emosi sehingga tidak mempedulikan keselamatan orang lain seperti merempit, membawa kereta dengan laju, dan perkara-perkara ekstrem yang membahayakan nyawa orang lain. Tingkahlaku anti sosial sukar diubah dan ini ianya ada kaitan dengan kesan trauma yang dialami semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga cenderung kearah penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan jenayah. Dalam kajian Lee Robbins (1966), yang mengambil masa 30 tahun mengenai tingkahlaku delinkuens kanak-kanak berpunca daripada ibu bapa yang anti-sosial juga dan tidak ada disiplin yang ditetapkan di dalam rumah. Antara tingkahlaku yang dikategori sebagai anti-sosial termasuklah meniru dalam peperiksaan, plaragiat, rasuah, dan salahguna kuasa.
Histrionik
Ini merupakan kecelaruan yang sangat dramatik dari segi tingkahlaku dimana individu yang histrionik sangat-sangat emosional seolah-olah apabila melahirkan perasaan seperti lakonan drama. Ini kerana mereka mahukan lebih perhatian, suka dipuji dan pandai dalam memanipulasikan orang lain. Mereka yang histironik cenderung melihat diri sendiri sebagai mudah 'sociable', meransang dan menawan kepada orang lain. Walaubagaimana pun, mereka ini mudah untuk berasa bosan, mudah marah dan mudah teruja. Selain itu, mereka yang histrionik ini agak berlagak, suka menggoda dan suka mengadakan gosip mengenai perhubungan. Mereka juga tertarik dengan bidang kerja seperi model atau pelakon.
Narsistik
Ciri-ciri narisistik hampir sama dengan histrionik iaitu suka berlagak, tingkahlaku yang terlalu dramatik, suka dipuji, dan suka berdampingan dengan orang lain. Mereka ini juga tidak suka bergantung pada orang lain tetapi suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa. Ini disebabkan mereka amat mengidamkan kejayaan dan merasakan diri sungguh istimewa dan perlu disanjung. Dari aspek interpersonal, mereka ini suka mencaci orang lain, sombong, terlalu mementingkan diri.
Sempadan (Boderline)
Kecelaruan sempadan atau boderline ini sebenarnya bermaksud kecelaruan dimana personaliti itu berada diantara garis sempadan psikosis dengan neurosis. Jadi tidak hairanlah jika kecelaruan personaliti jenis ini dilihat tidak mempunyai mood yang stabil dan konsistent. Dalam erti kata lain, individu dalam kelompok ini mempunyai imej kendiri yang bertukar-tukar. Kesan negatifnya membawa kepada tindakan untuk ke arah bunuh diri, mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan dadah, kaki judi dan makan dengan banyak. Antara individu popular yang mengalaminya termasuklah Hitler dan Marylyn Moore. Mereka yang mengalami kecelaruan sempadan (boderline) ini kerap merasa kekosongan dalam diri mereka dan seringkali memiliki bad mood.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan