Video ini diambil dari youtube. Lelaki ini dengan slumbernya dan gentlenya membuat pengakuan seperti ini. Dan sesungguhnya saya respect beliau kerana berani menerima hakikat dan dapat menerima dirinya seadanya. Sebut tentang penerimaan diri, bagi saya penerimaan diri adalah bagaimana seseorang itu melihat dirinya. Ada dua, satu secara positif dan satu lagi secara negatif. Jika kita melihat diri kita secara positif saya percaya kita akan lebih mudah ke arah perkara-perkara yang baik. Tetapi jika kita selalu berfikiran negatif terhadap diri kita, maka kita mudah terjerumus ke arah keburukan. Dan ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan sebenarnya. Seperti sahabat kita di atas ini dia merasakan walaupun tidak mempunyai paras rupa yang baik dan seringkali gagal memikat wanita tetapi dia dapat menerima hakikat dan realiti yang di masih perlu menjadi seorang lelaki sejati. Bukannya memilih menjadi sonsang terjerumus dalam permasalah homoseksual seperti yang di war-warkan oleh kumpulan Seksualiti Merdeka yang kononya "Saya gay, Saya OK". Secara peribadi, saya katakan "Saya Tak Gay, Saya Lagi Okay".
p/s: Saya tidak diskriminasi homoseksual, tetapi Saya diskriminasi mereka yang menyokong ke arah itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan