EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada 1995 oleh Gary Craig. Beliau telah mempraktikan EFT pada veteran perang Vietnam yang hadapai PTSD (post traumatic stress disoder) yang mana mereka telah dirawat oleh belasan ahli terapi tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan positif tetapi melalui EFT yang diperkenalkannya hanya dalam tempoh 6 hari sahaja seramai 20 orang veteran perang berjaya dipulihkan. Sesi terapi melalui EFT tersebut direkodkan dalam bentuk DVD yang juga menjadi sumber rujuk awal pembelajaran terhadap teknik ini.
Bagaimana EFT Membantu Kita ?
EFT merupakan teknik menepuk atau mengketuk beberapa titik di tubuh dan wajah berdasarkan prinsip akupuntur yang telah terbukti selama ribuan tahun bezanya EFT tidak menggunakan jarum. Seperti akupuntur, EFT menyelaraskan sistem tenaga meridian tubuh badan kita. EFT juga memasukkan elemen emosi didalam teknik terapinya Dimana secara klinikal dibuktikan bahwa masalah emosi yang tidak selesai dapat mengakibatkan penyakit secara fizikal, disfungsi psikologi dan juga limitasi dalam pencapaian. Emosi negatif akan menganggu kelancaran kelancaran tenaga dalam tubuh badan kita. Hal ini akan mengakibatkan gangguan seperti nausea, gelisah, dihantui memori yg tidak enak yang mempengaruhi cara pandang dan kehidupan kita. Keberkesanan EFT adalah ia dapat menyelaraskan tenaga meridian akupunktur kita yang terganggu itu. Dimana tenaga meridian mempunyai hubungkait antara masalah emosi, gangguan kesihatan dan juga menghilangkan simptom penyakit.
Di dalam ucapan pengasasnya Gary Craig yang menyebut "try it on everything" di mana ia bermaksud cubalah ia pada semuanya. Beliau tidak pasti sama ada EFT ini berkesan dalam mengubati penyakit atau menyelesaikan masalah kerana apa yang pasti berdasarkan laporan dan kisah mereka yang mencubanya didapati EFT ini memberikan kesan yang lebih positif selepas mencubanya. Hasil yang lebih impresif di lihat dalam membantu mereka yang mengalami trauma, stress, kekecewaan, fobia, penderaan seksual, insomnia, panas baran, dan masalah tingkahlaku kanak-kanak.
'Try It On Everything : Happy, Wealthy, Healthy'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan