Maha Suci Allah SWT segala puji-pujian hanya untuk-Nya. Allah SWT Maha Pencipta seluruh isi alam ini. Tiada pencipta yang bijak lagi bijak melainkan-Nya. Sesungguhnya sama ada sedar atau tidak, nisbah 1.618 adalah satu nisbah atau bentuk digit yang sangat ajaib dan menakjubkan di muka bumi ini. Mengapa 1.618 merupakan angka yang sangat ajaib? Dan mengapa ia digelar oleh para pengkaji sebagai Nisbah Emas atau 'Golden Ratio'? Dan mungkin ada yang bertanya juga apakah dia 1.618?
1.618 adalah nisbah yang mana banyak ditemui didalam kajian-kajian sains dan matematik. Bukan sahaja rumus kepada pemalar phi 1.618 tetapi kadar degupan jantung kita juga adalah berdegup dengan kadar 1.618 sesaat. Tidak cukup dengan itu, lihatlah anggota tubuh badan kita setiap ukurannya juga dengan nisbah 1.618 juga. Adakah ini satu kebetulan? Tidak! Dr. Steven Markout sendiri mendedahkan dalam kajian hampir 25 tahunnya mendapati setiap bahagian tubuh badan kita dibahagi cantik dengan nisbah 1.618 baik di bahagian muka, badan, kaki, tangan dan sendi-sendi yang bersambung. Apa yang pasti 1.618 bukanlah permainan angka semata-mata. Bukan saya mengajak anda semua bermain dengan nombor ini tetapi berfikir siapakah yang mampu memecah angka ini dan mencipta satu nisbah yang mempunyai perkaitan yang terlalu banyak dengan alam semesta dan isinya. Manakan tidaknya Kota Suci Mekah juga terletak dengan nisbah 1.618 antara kutub utara dan kutub selatan. Adakah ini juga satu kebetulan? Ingatlah! Sebijak-bijak manusia mencipta rumus itu dan ini akhirnya mereka akan kembali buntu dari manakah 1.618 ini diciptakan. Akhirnya mereka akan akui yang mereka harus kembali kepada ilmu Allah S.W.T. kerana ilmu itu datangnya daripada-Nya. Sebagai seorang muslim saya akui bahawa sejauh mana kita menuntut ilmu dan sepandai mana kita sekalipun baik diploma, degree, master atau PhD sekalipun kita perlu sedar suatu hari nanti kita akan kembali pada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan