Rakan Blogger

Ciri - Ciri Kaunselor Silang Budaya (Cross-culture)


 Untuk entri ini, saya nak berkongsi sedikit ciri-ciri kaunselor yang menjalankan kaunseling Silang Budaya (Cross-culture). Untuk menghuraikan ciri-ciri kaunselor dalam kaunseling silang budaya terdapat empat elemen yang boleh kita lihat iaitu sikap kaunselor, pengetahuannya, kemahiran, kaunselor dan kepompong budayanya. 

Sikap Kaunselor (Counselor Attitude)
"To know where you are going, you must understand where you come from." Kata-kata ini dipetik daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture Presiden. Dari petikan diatas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami siapakah dirinya sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sekara mengetahui malah memahami asal-usul dia. Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang berlegar di sekeliling dirinya perlu disedari supay tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya kemudian barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam menjalankan sesi. Untuk itu apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ingat salah satu prinsip kaunseling adalah percaya yang setiap manusia itu unik dan berpontensi untuk berkembang. Jadi apa pun budaya yang diamal oleh klien dia harus menerima tanpa syarat tetapi tidak perlulah memaksa diri jika rasa tidak pasti yang anda mampu mengendalikan sesi silang budaya.

Pengetahuan Kaunseling (Counseling Knowledge)
Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunselor itu sebenarnya antara satu faktor yang mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun. Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu sahaj. Ini kerana di dalam kaunseling silang budaya, kaunselor perlu memperkembangkan lagi pengetahuannya mengenai budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor untuk memahami kliennya. Pengetahuan kaunselor terhadap kliennya juga penting, semasa penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui sejarah, pengalaman, alamaln tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya. 

Kemahiran Kaunselor (Counselor Skill's)
Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empati adalah penting. Kaunselor perlu tahu memahami  secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam kaunseling silang budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya terdapat istilah yang tidak difahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi memastikan apa yang difahami tentang istilah tertenttu adalah menepati dengan apa yang klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor bukan sahaja tentang kemahiran kaunseling yang dikuasai malah ia merangkumi kemahiran berbahasa dan memahami body language kliennya. Adalah satu kelebihan jika kaunselor dapat menguasai lebih dari satu bahasa.

Kaunselor & Kepompong Budaya (Culturally Encapsulated Counselor)
Kegagalan kaunselor untuk mengahadi kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari akan wujudnya perbezaan nilai dalam budaya kliennya. Kesannya adakah klien selesa dengan sesi yang dijalankan? Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak steroetaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu dielakkan, dan untuk memastikan ini tidak berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa saja. Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini kaunselor dapat mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negatif kepada perhubungan teraputik antara klien dengan kaunselor.

3 ulasan:

Unknown berkata...

menarik :)

AshaaZaihan berkata...

apakah ciri ciri pembimbing dari masyarakat dayak

Rokiah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...