Di atas ini adalah logo rasmi PERKAMA. PER-KA-MA adalah akronim kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Pada tahun Febuari 1980, bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling. bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling. bertempat di ITM Shah Alam, beberapa orang insan prihatin dan memiliki pandangan yang jauh telah memulakan inisiatif yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan memperjuangkan martabat profesyen kaunseling di tanah air ini. Idea ini terhasil daripada pemerhatian dan kesedaran mereka yang telah berkecimpung awal dalam bidang kaunseling.
Secara peribadinya saya telah mengikuti aktiviti PERKAMA ini sejak kebelakangan ini bermula dengan Seminar Kaunseling Universiti Malaya 2010 dimana saya sebagai Pen.Pengarah Publisiti program dimana ia adalah program kerjasama antara PERKAMA dengan UM. Manakala seterusnya Bengkel Perkahwinanan & Seksualiti 2010 apabila program ini menggabungkan kerjasama pelajar UM dan UPM untuk menjayakannya. Dan yang terbaru adalah penyertaan saya dalam Program Kepimpinan Pemimpin Persatuan Kaunseling & Pembimbing Rakan Sebaya 2011. Walaupun hanya baru tiga aktiviti yang saya lalui bersama PERKAMA saya dapat rasakan yang persatuan ini sedang bergerak pantas dan berkembang dengan meluas. PERKAMA nampaknya mula mendekati warga universiti dengan lebih dekat lagi apabila mengabungkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam aktivitinya sebagai sebahagian dalam program kaunseling. Ini adalah langkah bijak bagi saya untuk memastikan sesebuah organisasi itu bertambah kukuh. Memandangkan tidak semua IPT di Malaysia menawarkan pengajian dalam jurusan Kaunseling, saya lihat cara mengajak PRS turut terlibat dalam program-program PERKAMA memberi input yang berguna kepada para PRS di IPT seluruh negara khususnya. Dalam tahun 2011 ini sahaja, PERKAMA sudah merancang hampir setiap bulan dengan aktiviti seperti seminar dan bengkel. Ini secara tak langsung bukan sahaja meningkat kualiti PRS itu sendiri malah turut boleh dimanfaatkan oleh pelajar kaunseling, kaunselor-kaunselor baru dan mana-mana kaunselor yang berminat untuk memantapkan kemahiran mereka lagi. Harapan saya untuk tahun ini harap dapat menyertai mana-mana program anjuran PERKAMA dan PERKAMA dapat menjalankannya dengan penuh jaya. Insya'allah~
Source : http://www.perkama.org.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan