Apa itu Subliminal Message?
Subliminal Message merupakan signal atau message yang ditanam dengan cara berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar. Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat.Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message ini, ia mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka samada di televisyen atau panggung wayang.
Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakwah kristian untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.
(Gambar diatas adalah satu dari animasi Disney yg meng-subliminasikan
gambar wanita bogel ke dalam minda kanak-kanak)
Jadi sebagai ibubapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar. Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.gambar wanita bogel ke dalam minda kanak-kanak)
Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakwah kristian untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan