1. Bahasa Mandarin
Bahasa Mandarin digunakan hampir 1.5 bilion orang yang majoritinya diaplikasikan oleh komuniti cina. Penggunaan bahasa ini bermula dari Dinasti Qing yang berketurunan manchu tetapi tidaklah memanggil ia sebagai 'mandarin' pada mulanya sehinggalah pembesar-pembesar kekaisaran biasanya disebut sebagai Mandaren (Hanzi: 滿大人) yang berarti Yang Mulia Manchu. Dari sini, bahasa yang digunakan oleh para pejabat Manchu waktu itu juga disebut sebagai bahasa Mandaren. Penulisannya berevolusi menjadi Mandarin di kemudian hari.
2. Bahasa Inggeris
Sepertimana yang kita tahu, bahasa inggeris merupakan satu bahasa yang diuniversalkan. Dengan populasi penggunaan oleh lebih 500 juta orang diseluruh dunia, dan 53 negara. Boleh dikatakan banyak negara menerapkan penggunaan bahasa inggeris sebagai satu standard dalam urusan organisasi mereka.
3. Bahasa Hindi
Digunakan hampir 479 juta orang, bahasa hindi dengan aksara Devanagari adalah medium pertuturan sebahagian besar masyarakat india di sana. Ironinya sebagai bahasa ketiga terbesar, bahasa hindi hanya diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan bersama-sama dengan bahasa inggeris di India.
4. Bahasa Sepanyol
Dituturkan hampir oleh 400 juta masyarakat dunia terutama eropah timur, bahasa Sepanyol mula diperluaskan selepas pada abad ke 16 dan abad 17 dimana selepas berlalunya pengaruh Portugis. Bahasa Sepanyol ini banyak mempengaruhi kosa kata bahasa-bahasa di bahagian Amerika Selatan dan Tengah termasuklah Mexico.
5. Bahasa Arab
Bahasa Arab telah diangkar sebagai bahasa laras yang digunakan di dalam Al-Qur'an. Bahasa Arab yang mana aksaranya dieja dari kanan ke kira seperti bahasa Ibrani dan Parsi. Menjelang tahun 1974, Bahasa Arab telah dipilih sebagai salah satu daripada bahasa rasmi di PBB. Populasi penggunaan Bahasa Arab adalah lebih kurang 300 juta orang di seluruh dunia.
6. Bahasa Rusia
Bahasa Rusia menggunakan aksara Cyrillic dan ia digunapakai oleh hampir 270 juta masyarakat dunia yang semestinya rakyat rusia sendiri. Tidak banyak info yang kami perolehi mengenai bahasa ini tetapi jika lihat kepada ikon-ikon rusia di media-media kini, siapa yang tidak kenal dengan Abrahamovic (pemilik chelsea), Maria Sharapova (pemain tennis), dan Vladimir Putin (presiden rusian). Nama mereka pun sudah berbahasa rusia.
7. Bahasa Melayu
Bahasa Melayu digunakan hampir 260 juta masyarakat di sekitar gugusan nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Timor Leste dan Singapura. Bahasa Melayu sendiri banyak pecahannya dengan dialek-dialek tersendiri. Ia juga merupakan bahasa ketiga terbesar di Asia.
8. Bahasa Portugis
Portugal tidak besar mana satu ketika duhulu dan boleh dikatakan satu daripada negara miskin di kalangan negara-negara di Eropah. Namun begitu, menjelang abad ke-15 dengan penjelajahan yang dilakukan ke pelusuk dunia oleh pelayar-pelayarnya menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Ia secara langsung meluaskan penggunaan bahasa portugis itu sendiri. Sehingga hari ini, populasi penggunaan bahasa ini adalah seramai 240 juta orang di seluruh dunia.
9. Bahasa Benggali
Dengan populasi penggunaan sekitar 162 juta orang, bahasa benggali adalah bahasa rasmi negara Bangladesh. Bahasa ini juga agak meluas dibeberapa wilayah di India.
10. Bahasa Perancis
Bahasa Perancis disebut-sebut sebagai bahasa paling romantis di dunia. Ia juga menjadi bahasa perantaraan di PBB disamping bahasa Arab, Mandarin, Sepanyol dan Rusia. Digunakan hampir 200 juta masyarakat dunia termasuk juga negara-negara yang pernah dikuasai perancis suatu masa dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan