Selamat Datang 2011 : 1.1.2011, Lebih kurang 365 hari kita menempuh tahun 2010, pelbagai suka duka setiap dari kita lalui. Jatuh bagun dalam tahun 2010 merupakan bekalan pengalaman kita pada 2011 dalam hari-hari mendatang. Apa yang menarik bagi anda semua pada tahun 2010 yang telah anda lalui? Bagi saya secara peribadinya, banyak sudah perkara saya tempuhi pada tahun 2010 dan saya bersyukur apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Mana yang buruk saya akan cuba perbaiki pada tahun depan dan mana yang baik saya cuba kekalkan untuk terus maju kehadapan. Saya pasti begitu juga anda semua. 2010 tidak akan dilupakan 2011 akan diteruskan. Bermulanya hari pertama 2011 pasti ramai sudah memasam azam masing-masing. Dan secara jujur saya tidak pernah ada azam untuk setiap kali Tahun Baharu. Bukanlah tiada matlamat hidup untuk mencapai kejayaan tetapi saya hanya tidak mahu melimitkan apa yang mahu saya capai. Saya tidak ada matlamat yang bersifat temporary atau renewal yang perlu diazamkan setiap tahun tetapi saya hanya menetapkan azam setiap tiga tahun sekali (mengikut keperluan) dan ini adalah cara saya sejak tahun 2005 lagi. Biasanya azam saya bersifat realistik, logik dan futuristik. Wow! terlalu saintifikkah perkataan ini. Tidaklah sangat. Kalau ikutkan saya sudah menetapkan azam sebanyak dua kali pada 2006 dan pada tahun 2009. Dan syukur kedua-dua azam saya itu hampir dicapai dan mengikut perancangan. Ketentuaannya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Azam Tahun 2006
- Belajar bersungguh-sungguh dalam form 6 supaya dapat menempatkan diri dalam bidang yang diminati di IPTA. Sesungguhnya pada masa ini, saya kecewa dengan keputusan SPM 2005 saya lantas memang berazam sangat mahu membalas dendam menerusi STPM pula.
- Belajar mengenal diri sendiri, kelemahan & kelebihan diri. Sebelum 2006, saya bekerja di UO Superstore sebagai juruwang dan saya sendiri dapati terlalu banyak kelemahan peribadi yang saya alami. Masalah komunikasi, masalah pergaulan dan masalah disiplin. Jadi mulai 2006 saya cuba mengenalpasti apa silapnya.
Azam Tahun 2009
- Belajar untuk menjadi seorang kaunselor yang bagus dan baik untuk kliennya, Bukan belajar untuk mengejar pointer yang tinggi semata-mata. Saya sudah di Universiti Malaya dalam jurusan Kaunseling pada tahun ini. Waktu ini saya gagal satu paper dan sangat-sangat down pada masa itu. Thanks to En.Rashid yang telah menasihatkan saya yang kalau belajar tidak ikhlas dan niat kita salah, kita tidak akan berjaya.
- Berazam untuk lebih menghargai keluarga sendiri. Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan saya berazam pada ketika ini untuk lebih menghargai setiap ahli keluarga saya abah, mak, dan adik-adik saya.
Dan sekarang pada tahun 2011, saya hanya perlu pastikan azam pada tahun 2009 itu mesti dicapai kerana pada penghujung tahun 2011 nanti saya perlu lakukan senarai semak adakah saya mencapai sasaran azam saya itu. Dan ingat setiap azam yang kita tanam ibarat biji benih yang perlu disirami setiap hari, dicahayakan dengan sinaran yang cukup supaya dapat tumbuh mengeluarkan buah-buah yang ranum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan