Pernah tengok promosi mana-mana kedai atau pasaraya tak yang katakan kalau beli RM100 percuma parking, atau beli RM 50 dalam setiap minggu dapat cabutan bertuah atau paling terdesak kumpul tiga penutup tin boleh jadi jutawan. Ye kew? Ini semua contoh je... tiada kaitan antara yang mati ataupun yang masih hidup. Sedar atau tidak semua promosi ini adalah satu bentuk ke arah mengglakkan orang ramai membeli. Dalam konteks modifikasi tingkahlaku, [membeli = tingkahlaku] manakala [percuma parking, cabutan bertuah, jadi jutawan = ganjaran/peneguhan]. So, ini semua ada kaitan dengan satu kaedah yang membentuk tingkahlaku yang dikenali sebagai Token Ekonomi. Token Ekonomi adalah satu daripada kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam membemtuk sesuatu tingkahlaku. Ubahsuai terhadap sesuatu tingkahlaku dipanggil sebagai modifikasi tingkahlaku. Token ekonomi dapat meneguhkan lagi sesuatu tingkahlaku. Apakah yang dimaksudkan dengan 'token'? Token bukan tokan ye... Token ini adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Kebaikan token ekonomi ini adalah boleh ditukar secara serta merta. Dan ianya boleh digandingkan dengan mana-mana peneguhan yang lain. Bagaimanakah untuk kita boleh menggunakan kaedah token ekonomi ini?
Langkah-langkah perlaksanaan Token Ekonomi
- Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah.
- Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah tingkahlaku tersebut dengan berkesan.
- Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhan yang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakan kepada perubahan tingkahlaku.
- Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin ataupun kad.
- Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiada pun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya.
- Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dan siapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi modifier tidak memiliki banyak pilihan.
- Menguruskan kesan dan hasilnya. Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benar-benar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan token dengan jelas. Dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan jumlah token yang diberi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan