Rakan Blogger

Awas!!! Simptom-Simptom Stress

Individu yang mengalami stress ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti aspek fizikal, psikologikal, dan emosional. Ketiga-tiga aspek ini adalah aspek terpenting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu. Dari aspek fizikal, stess akan memberi tindakbalas negatif kepada sistem otot kita. Beberapa sistem otot kita akan mengalami ketengangan, ini termasuklah seperti sengal-sengal di bahagian bahu, lenguh di leher dan sakit-sakit dibahagian belakang badan. Selain itu, mereka yang mengalami tekanan juga berasa gementar, berpeluh kemudian rasa seram sejuk sehinggakan boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa mual hendak muntah. Pernafasan juga menjadi lebih laju disamping kerap buang air kecil dan air besar. Menurut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan akan cenderung untuk kurang selera makan dan ada kemungkinan besar mereka makan secara berlebihan bagi menghilangkan tekanan yang dialami mereka. Manakala dari segi psikologikal pula, stress akan memberi impak kepada mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Tekanan yang dialami menyebabkan kita kembimbangan serta keliru dan kurang daya tumpuan. Individu yang berada dalam keadaan tertekan juga akan mengalami simtom sukar tidur atau lebih teruk lagi mengalami insomnia. Insomnia akan menyebabkan seseorang itu kurang tidur, kurang tidur bermakna kurangnya rehat dalam kehidupan seseoran individu tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan fikiran terhadap individu tersebut dimana mereka akan sukar untuk membuat keputusan, kurang minat dalam aktiviti seharian dan sering berfikir secara negatif. Dari segi emosional dan tingakahlaku pula, akan berlaku perubahan emosi dimana seseorang itu akan mudah mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, mudah wujud permusuhan, rasa tidak berdaya dan kurang sabar mudah marah. Paling teruk sekali bagi mereka yang sudah berkahwin, mereka juga turut kurang minat melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing. Selain itu mereka alami tekanan yang teruk akan mengambil alkohol bagi menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa mereka sehinggakan mereka menjadi ketagihan terhadap alkohol.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...