Rakan Blogger

Awas!!! Simptom-Simptom Stress

Individu yang mengalami stress ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti aspek fizikal, psikologikal, dan emosional. Ketiga-tiga aspek ini adalah aspek terpenting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu. Dari aspek fizikal, stess akan memberi tindakbalas negatif kepada sistem otot kita. Beberapa sistem otot kita akan mengalami ketengangan, ini termasuklah seperti sengal-sengal di bahagian bahu, lenguh di leher dan sakit-sakit dibahagian belakang badan. Selain itu, mereka yang mengalami tekanan juga berasa gementar, berpeluh kemudian rasa seram sejuk sehinggakan boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa mual hendak muntah. Pernafasan juga menjadi lebih laju disamping kerap buang air kecil dan air besar. Menurut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan akan cenderung untuk kurang selera makan dan ada kemungkinan besar mereka makan secara berlebihan bagi menghilangkan tekanan yang dialami mereka. Manakala dari segi psikologikal pula, stress akan memberi impak kepada mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Tekanan yang dialami menyebabkan kita kembimbangan serta keliru dan kurang daya tumpuan. Individu yang berada dalam keadaan tertekan juga akan mengalami simtom sukar tidur atau lebih teruk lagi mengalami insomnia. Insomnia akan menyebabkan seseorang itu kurang tidur, kurang tidur bermakna kurangnya rehat dalam kehidupan seseoran individu tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan fikiran terhadap individu tersebut dimana mereka akan sukar untuk membuat keputusan, kurang minat dalam aktiviti seharian dan sering berfikir secara negatif. Dari segi emosional dan tingakahlaku pula, akan berlaku perubahan emosi dimana seseorang itu akan mudah mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, mudah wujud permusuhan, rasa tidak berdaya dan kurang sabar mudah marah. Paling teruk sekali bagi mereka yang sudah berkahwin, mereka juga turut kurang minat melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing. Selain itu mereka alami tekanan yang teruk akan mengambil alkohol bagi menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa mereka sehinggakan mereka menjadi ketagihan terhadap alkohol.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mgalami semua yang apa dnyatkan diatas,cuma tdo sntiasa blebihan.saya mempunyai masalah yg slalu mghantui saya.bgaimana untuk mengatasinya?

Tanpa Nama berkata...

sy juga mengalami simtom semua diats sbb memikirkan yg negetif...risau takut...

Tanpa Nama berkata...

Saya juga mengalami masalah diatas. Bagaimana nak atasi

Tanpa Nama berkata...

Sy pon da mslah d ats.. tdo ok jew tp bngun tdo ttp stress.... dh mcm2 ubt d mkn tp xok lg..supliment mcm2.. chek kesihatan suma ckp ok jew... fikiran xjd tahap y senormel biasa selama dh 4 tahun..
Berat badan menangung.. simtomnya ada lbih kurg mcm tkena ganguan makhluk halus...

Tanpa Nama berkata...

sy sering mengalami simptom seperti suka halusinasi, berckp seorg, memendam rasa, sakit kepala, dan tidak tahu bgmn utk melepaskn amarah dan stress. expectation org lain sgt tinggi dan sy tidak konfiden dan apabila sy mengalami stress yg sgt berat sy sperti org bodoh berkhayal setelah penat mengalirkn air mata da menjerit sekuat hati kr tidak tahan. sy sering takut dlm membuat keputusan krn apabila sy tlh membuat keputusan org sekeliling sy membantah sekeras2nya, sy xboleh tidak mempedulikan pendapat org lain dan sllu rs diri terikat. otak sy serabut bila memikirkn sesuatu perkara yg berat krn pendam dlm hati. sy spt org hilang arah dan sering mengalami simptom kemurungan. tolong la sy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...