
Generasi Y Selepas Gen-X

Kerang Bakar atau Kerang Rebus?
Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar. Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan. Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar? Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang. Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.
Ditindih atau Paralisis?
Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?
Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.
Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.
Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).
Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.
Tujuh Sifat Semulajadi Manusia?
2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.
3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.
4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.
5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.
7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan diantara alternatif yang ada untuk berubah.