Tahap pertama adalah Denial (penafian), mereka yang mengetahui bahawa mereka akan mati tidak lama lagi kerana keadaan penyakitnya semakin teruk akan mula menafikan mengenai apa yang sedang berlaku kepada mereka. Mereka cuba mempertikaikan hakikat yang sebenar yang mereka diambang kematian. Daripada peringkat ini manusia akan mula menunjukkan reaksi marah apabila mendapati mereka tidak mempunyai sebab lagi untuk menafikan hakikat kematian mereka. Marah adalah tahap kedua yang dikemukan oleh Kubler-Ross dimana dalam pemerhatian beliau pesakit-pesakit berkenaan mudah panas baran. Hal ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Kemarahan pesakit biasanya ditujukan kepada ahli keluarga terdekat dan jururawat yang menjaganya (jika di hospital). Oleh itu, ahli keluarga adalah orang paling signifikan menerima kesan berhadapan dengan mereka di tahap ini. 5 Tahap Psikologi Di Ambang Maut
Tahap pertama adalah Denial (penafian), mereka yang mengetahui bahawa mereka akan mati tidak lama lagi kerana keadaan penyakitnya semakin teruk akan mula menafikan mengenai apa yang sedang berlaku kepada mereka. Mereka cuba mempertikaikan hakikat yang sebenar yang mereka diambang kematian. Daripada peringkat ini manusia akan mula menunjukkan reaksi marah apabila mendapati mereka tidak mempunyai sebab lagi untuk menafikan hakikat kematian mereka. Marah adalah tahap kedua yang dikemukan oleh Kubler-Ross dimana dalam pemerhatian beliau pesakit-pesakit berkenaan mudah panas baran. Hal ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Kemarahan pesakit biasanya ditujukan kepada ahli keluarga terdekat dan jururawat yang menjaganya (jika di hospital). Oleh itu, ahli keluarga adalah orang paling signifikan menerima kesan berhadapan dengan mereka di tahap ini. 'Sense Of Humor' atau 'Lawyer Burok'
Adakah Anda Fobia?
(abnormal fears). Fobia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu fobia agora, fobia sosial dan fobia biasa. Kesan daripada fobia ini biasanya akan menyebabkan anda kemurungan, mudah panik, pengambilan alkohol berlebihan, dan timbulnya perasaan rendah diri. Untuk mengatasinya anda perlulah sentiasa berada dalam keadaan relax dan cuba tumpukan perhatian kepada sesuatu yang positif. Akhir sekali sentiasa yakinkan diri anda bahawa tiada sebarang bahaya akan menimpa diri anda selagi ianya dalam kawalan. Jika luar kawalan, adakah anda fobia?Apa itu Somatotype?
Somatotype ialah perbandingan bentuk tubuh badan diantara diantara satu individu dengan individu yang lain, dimana perbezaan tubuh badan juga dapat membezakan personaliti dan ciri-ciri seseorang itu atau lebih tepat lagi tingkalaku. Mengikut Wilian Shalder, Somatotype ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Endomorphic, Mesomorphic dan Ectomorphic. Ketiga-tiga ini menunjukkan perbezaan dari segi bentuk tubuh dan tingkahlaku seseorang itu. Endomorphic ialah bentuk tubuh dimana mereka memilki tubuh yang agak gempal, rangka yang agak besar dan bahu yang lebar. Mereka dari golongan ini merupakan seorang yang pentingkan keselesaan dan amat sederhana tetapi mereka agak entrovet dalam beberapa situasi. Manakala orang yang dikalangan Ectomorphic pula adalah jenis tubuh yang kecil dan kurus, mereka ini terdiri daripada individu yang bersifat pemalu, sangat entrovet, lemah, menyendiri serta berasal dari keluarga yang proaktif. Hal ini amat berbeza dengan situasi golongan individu yang memiliki somatotype jenis mesomorphic. Mereka yang bertubuh mesomorphic memiliki badan yang sasa, tegap, dan nampak kukuh. Dari segi tingkahlakunya pula, mereka yang mesomorphic ini adalah seorang yang tegas dan agresif. Jadi anda di dalam kategori yang mana? Ecto, Endo atau Mesomorphic?Korelasi Air Dengan Emosi Manusia

Generasi Y Selepas Gen-X
Internet telah memacu revolusi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang buat kali pertama dipimpin oleh orang-orang muda. Inilah kelompok yang mencipta Netscape, Web Browser komersial pertama, Marc Andreessen yang tumbuh bersama komputer. Pada tahun 1995, ia membawa Netscape kepada penyenaraian awam untuk mempercepatkan revolusi Internet. Juga Napster, teknologi berkongsi muzik yang menggoncang industri muzik, Yahoo! dan banyak lagi raksasa web. Maka, generasi Y adalah juga sebuah pasaran yang luar biasa. Produk-produk konsumer dibuat dan direkacipta menurut selera mereka. Mereka adalah sasaran Nike, Levi's, Motorola, IBM, Y Card, Close-Up, MTV, Coke. Sebagai keturunan generasi baby boomers, generasi Y menikmati segala-galanya. Berkumpul-kumpul di kafe, menikmati muzik Akon, Linkin Park, bersantai di Internet dan bersembang di alam maya. Mereka adalah juga generasi Naruto dan Nitendo dengan kekuatan yang mampu membesarkan atau menghancurkan sebuah perusahaan.Kerang Bakar atau Kerang Rebus?
Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar. Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan. Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar? Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang. Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.
Ditindih atau Paralisis?
Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?
Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.
Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.
Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).
Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.
Tujuh Sifat Semulajadi Manusia?
2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.
3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.
4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.
5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.
7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan diantara alternatif yang ada untuk berubah.