Rakan Blogger

Post Traumatik Stress Disoder (PTSD)


Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
Post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut. Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami dan malapetaka. Mengikut kajian lebih kurang 7% hingga 8% daripada individu mengidap PTSD. Peratusan meningkat kepada sehingga 10%-30% di kalangan mangsa rogol . Manakala 50% daripada pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri dan 50% pesakit PTSD lagi terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.

Perhubungan Kucing dengan Manusia

Banyak istilah atau pepatah yang menggunakan haiwan kucing antaranya 'malu-malu kucing' untuk mengambarkan sifat malu seseorang, manakala 'ibarat kucing dengan anjing'  bermaksud dua orang yang selalu bertengkar. Kucing hitam juga dikaitkan dengan kematian dan kegelapan. Tetapi itu tidak menghalang ramai orang memelihara kucing dirumah mereka. Faktor kecomelan, kemanjaan dan jinak yang ada pada kucing menjadikan kucing antara ianya haiwan popular yang menjadi pilihan untuk dipelihara. Kebanyakan penyelidik bersetuju, bahawa nenek moyang kucing yang paling kuno mungkin adalah seekor binatang menyerupai musang yang dikenali sebagai Miacis, ia hidup sekitar 40 juta atau 50 juta tahun yang lampau. Dipercayai juga kucing ini telah wujud lebih dahulu daripada anjing.  Perhubungan kucing dengan manusia bermula sejak  9,500 tahun yang lepas lagi. Kucing telah digambarkan dalam sejarah banyak negara, ia dikatakan haiwan legenda dan sering menjadi subjek kegemaran seniman dan penulis.


Permulaan Kucing dalam Peradaban Manusia

Hubungan antara kucing dalam hidup manusia bermula apabila kucing pada awalnya dijinakkan kerana untuk tujuan memburu tikus yang mahu memakan biji-bijian yang disimpan digudang.Orang Mesir menggunakan kucing untuk memburu ikan dan burung serta memburu ttikus-ikus yang merosakkan stok biji-bijian di sepanjang Sungai Nil. Kucing dianggap begitu berharga pada masa itu sehinggakan terdapat penyembahan berhala kucing yang dibangunkan selama lebih 2,000 tahun. Kucing Dewi Bastet - yang namanya juga dieja Bast, dan Pasht yang digambarkan dengan kepala kucing. Lantaran itu, semua kucing menjadi suci kepada orang Mesir, dan semuanya dipelihara dengan baik. Apabila seseokor kucing itu mati, tubuhnya akan dimumiakan dan dikuburkan di sebuah kubur khas. Salah satu kubur ditemui pada tahun 1800-an mayat diawetkan mengandungi lebih daripada 300,000 kucing. Jika diikutkan catatan sejarah, orang Mesir mempunyai undang-undang yang ketat melarang eksport kucing. Diatas kemapuan kucing betindak sebagai  control-pest kepada tikus-tikus diperlabuhan mereka dibawa oleh orang Yunani dan Rom sebahagian besar ke Eropah kemudiannya ke India, China, dan Jepun. Di era itu, kucing menjadi haiwan yang paling disayangi manusia. 

Rasulullah S.A.W juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana dia gemar bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.  Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua. Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan adalah dilarang.


Projek UFO Nazi: Pembinaan Teknologi Rahsia

Tidak dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran mengenai konspirasi ini. Seperti tidak masuk dek akal yang mengatakan pihak Nazi dahulunya mempunyai kerjasama erat dengan makhluk asing. Penciptaan teknologi canggih, perisikan dan beberapa kajian sulit yang dijalankan kemudian dirahsiakan sebagai Top Secret seolah-olah seperti ada konspirasi yang sengaja diatur dan sedang di aturkan. Malangnya Top Secret yang selama ini disimpan akhirnya jatuh pada tangan pihak ketiga. Ironinya sama ada ia sengaja dibocorkan atau memang betul-betul di ada pihak ketiga yang membocorkan. Berdasarkan beberapa laman web dan blog yang sempat direview oleh Psikotube.com kebanyakkan darinya percaya konspirasi ini benar-benar wujud pada masa itu.

Mungkin diantara kita ada yang tertanya-tanya,jika pada zaman dahulu bangsa Mesir kuno dan bangsa Maya Inca pernah buat perjanjian dengan Alien yang memiliki teknologi yang sangat maju dan bangsa ini meminjam dari mereka (Alien). Mungkin dizaman sekarang,ada juga suku atau Organisasi,yang pernah buat perjanjian dengan bangsa Alien ini,dan akhirnya berjaya menghasilkan teknologi tersebut. Terdapat khabar bahawa mengapa Hitler mengatakan bangsa mereka adalah dari keturunan bangsa Asli Arya atau bangsa yang memiliki kelebihan yang luar biasadari segala bidang.Mungkin juga Nazi dulu pernah buat perjanjian dengan Alien dan menghasilkan teknologi yang dipanggil Pesawat Anti-Graviti (UFO). Hasil projek pembangunan teknologi persenjataan pada masa itu adalah seperti berikut antaranya:-
  1. Sturmgewehr 44 aka MP43/MP44 - Rifel tempur (Assault Rifle). Basic 1st model untuk AK-47 pada masa baru-baru dicipta.
  2. Fieseler Fi-103/V-1 - peluru berpandu pertama; generasi pertama Cruise Missile
  3. A-4 atau V-2 - Misile Balistik, Roket angkasa dan misil balistik nuklear pertama.
  4. U-Boat Type XXI dan XXIII Eektroboote - Kapal selam model moden yang boleh menyelam lebih lama dari generasi sebelumnya.
  5. Fritz X dan Hs293 - Bom berpandu anti kapal.
  6. Messerschmitt Me 262 - Jet pejuang canggih dalam kelasnya tersendiri. 
  7. Arado Ar 234 - Jet Pengebom pertama.
Bayangkanlah bagaimana semua persenjataan ini dicipta dengan beitu pesat. Jika difikirkan secara logik mana mungkin kemampuan manusia pada masa itu mendapat idea untuk mereka senjata moden dengan fungsi yang baharu. Sehubungan dengan itu, Nazi memang menjalan satu projek yang diberi nama Projek Haunebu. Projek Haunebu dijalankan oleh beberapa orang yang menggabungkan tenaga mereka dalam SS E-IV (Entwicklungsstelle 4) dan dipimpin oleh Victor Schauberger ditahun 1939 dalam membina Electro-Magnetic-Gravitic-Engine yang telah dipertingkatkan Han's Colar's Free Energy Machine ke dalamEnergy Converter digabungkan Vaan de Graf Generator dan Marconi Vortex Dynamo untuk menghasilkan medan putaran ElektroMagnetik yang mampu mempengaruhi graviti dan mengecilkan masa. 
(diatas adalah lakaran Haunebu I, Haunebu II, Haunebu II dan Haunebu IV)

Projek Haunebu I (1939)
Pertama diterbangkan pada tahun 1939 dan telah melalui ujian sebanyak 52 kali. Spec: Disertakan dengan meriam pelancar MK 108 30mm  yang dicipta oleh Rheinmetall-Borsig untuk digunakan di dalam pesawat terbang, ia juga dipasang pada versi seterusnya dan piring terbang versi Vril Haunebu. Panjang 1057 mm dengan berat 58 kg. Laju 650 kali per minit dengan kelajuan laras 540 m/s. Kerana kelajuan yang agak lambat ia menyukarkans muncung meriam untuk meneka dan menyebabkan jangkauannya terlalu pendek.

Haunebu II (1942)
Ditahun 1942, versi Haunebu berdiameter 26m. Mampu membawa 9 orang Crew dan mampu mencapai kelajuan Supersonic (dari 6000km sampai 21000 km/jam) dengan durasi penerbangan 55 jam dan berat 5 tan. Versi ini juga dikenali juga sebagai II-do-Strata yang membawa maksud [Do-Stra = Pesawat Dornier Stratosfera ]. Daripada review yang dibuat. Haunebu II nampaknya dicipta untuk lebih kepada tujuan perisikan dimana ia mampu membawa lebih ramai crew tanpa senjata tambahan pula keupayaannya berada lama di ruang angkasa.

Haunebu III 
Berdiameter 71 meter, mampu bawa 32 crew dengan kelajuan 7000km hingga 40000 km/jam dan mampu bertahan 7 hingga 8 minggu penerbangan. Versi ketiga ini dilihat nampak keupayaan piring terbang ciptaan Nazi ini semakin canggih dan memiliki keupayaan luar biasa di ruang angkasa. Piring terbang ini juga masa itu sudah mampu terbang mengiring. 

Heunabu IV
Satu-satu info mengenai Hernabu IV ini adalah mengenai adalah diameternya iaitu 120m. Manakala spesifikasi lain tidak dapat diperolehi kerana pihak Nazi telah memadamkan database mereka ketika kekalahan mereka pada Perang Dunia Ke-2, pada tahun 1938, askar Nazi German telah melarikan diri ke Antartika dan memindahkan projek Haunebu ke sana.

Apabila hal ini diketahui oleh Amerika, pihak Amerika telah melancarkan satu ekspedisi yang digelar High Jump di bawah pimpinan Admiral Richard E. Byrd yang mengatakan kononya ekspedisi ini adalah untuk tujuan kajian menerokai Antartika,dari segi Geografi, Iklim, dan muka bumi. Di dalam ekspedisi tersebut sebanyak 13 buah pesawat tempur telah turut serta. Ini jelas menunjukkan bahawa misi menjejak saki baki teknologi rahsia Nazi ini tetap diteruskan walaupun Nazi telah tewas pada masa itu. Nampaknya rahsia mengenai pertempuran di Antartika disimpan dengan baik oleh Pentadbiran Berikat pada masa itu. Malangnya pada 1947, peristiwa Roswell yang berhampiran pangkalan AREA 51 telah membongkar rahsia besar ini dimana ia merupakan kegagalan besar pihak Amerika dalam pengujian projek Heunabu di Roswell.


Source:
naziufosecret.com
http://www.maxx.my/story.php?title=projek-ufo-nazi-german-

Mengapa Orang Melayu Makan Pakai Tangan?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tahu yang tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab

saya sendiri yang membasuhnya - bukannya orang lain.Manakala Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya

saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah

jatuh dalam longkang.......... !!!
"

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

30 Perbezaan Lelaki & Wanita

  1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur
  5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan lelaki.
  8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  14. Wanita lebih cepat menangis berbanding lelaki apabila mengingatkan peristiwa yang boleh menyebabkan dia menangis (peristiwa sedih).
  15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
  19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  28. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 
  29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Prouttttt.... Kentut satu Fenomena Aneh!


Kenapa kita kentut?
Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan. Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya. Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana. Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar
Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen.

Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.

Source from: http://comelnya.com

8 Kebaikan Seks Kepada Kesihatan Kita

Setiap orang mempunyai prespektif masing-masing apabila kita menyebut mengenai seks. Ada orang yang mengelak dari berbicara mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini. Seks sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul. Oleh itu, dalam Islam seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin. Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.


1. Mengurangkan Berat Badan
Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2. Tingkatkan Kesihatan Jantung
Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3. Membantu Tidur lebih Nyenyak

Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks. 

4. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5. Meningkatkan Kesihatan Mental
Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6. Membantu Melegakan Kesakitan 
Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7. Membantu Pengawalan Pundi Kencing
Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

8. Mencantikkan Kulit 
Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri seks yang disalurkan melalui perkahwinan adalah yang terbaik kerana ianya halal. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang  kebiasaannya dialami oleh pihak wanita. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu…..

Source from: http://comelnya.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...