Rakan Blogger

Kisah Si Pengunting Rambut


Pada satu hari seorang pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka. Mereka membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.



Si tukang gunting berkata,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”.

“Kenapa kamu berkata begitu ???” Balas si pelanggan.

“Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, apa yang terjadi di luar itu menunjukkan bahawa Tuhan itu tidak ada? Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, mengapa ada orang sakit??, mengapa ada anak terlantar di hospital??"

"Jika Tuhan ada, pastiah tidak akan ada orang sakit ataupun berada dalam kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”

Si pelanggan terdiam untuk berfikir sejenak, tetapi tidak membalas kata-kata si tukang gunting itu kerana dia tidak ingin memulakan perdebatan.

Si tukang gunting pun menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pun pergi meninggalkan tempat gunting rambut itu.

Beberapa saat setelah si pelanggan meninggalkan ruangan itu, dia melihat terdapat seseorang di jalanan dengan rambut yang panjang, kusut, kotor dan jambang yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.

Si pelanggan balik ke tempat tukang gunting dan berkata,” Kamu tahu, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG GUNTING.”

Si tukang gunting tidak terima,”Mengapa kamu berkata begitu ??”.
“Saya ada di sini dan saya adalah tukang gunting. Baru sahaja saya menggunting rambut kamu!”

“Tidak!” Balas si pelanggan menafikan.
“Tukang gunting itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang, kusut dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana,” Si pelanggan menguatkan hujahnya.

“Ah!Tidak, tukang gunting itu tetap ada!” Balas si tukang gunting.
”Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang kepada saya”, jawab si tukang gunting membela diri.

“Haaa...memang sesuai!” kata si pelanggan tanda setuju dengan kata-kata si tukang gunting itu.” Itulah point utama-nya!.

Sama juga dengan Tuhan, Tuhan itu juga ada, tetapi apa yang terjadi… orang-orang tidak mahu datang kepada-Nya, dan tidak mahu mencari-Nya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini.”

Si tukang gunting pun terdiam lantas meminta maaf kepada si pelanggan dan berjanji untuk bertaubat di atas kejahilannya itu.

....................................................................................................................................

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152:

"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)."

Kalau kita sentiasa ingat kepada Allah, sudah pasti Allah tidak akan melupakan kita.

Fahamilah perintah Allah:

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)

Maka, mintalah, pohonlah segala pertolongan kepada-Nya. Hanya dia tempat untuk kita bergantung.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...