Rabun dekat merupakan antara sebab penglihatan yang kabur. Objek yang jauh akan kelihatan tidak jelas bagi orang rabun jauh. Kebiasaanya rabun dekat merupakan variasi yang normal dan bukan penyakit. Jarang rabun dekat disebabkan oleh penyakit. Antara sebab rabun dekat adalah perubahan natural bentuk mata dan jarang disebabkan oleh perubahan dalam kornea atau lensa mata. Masalah-masalah ini menyebabkan cahaya masuk ke mata dan difokuskan di hadapan retina. Sepatutnya cahaya fokus tepat di retina. Rabun dekat di beri diagnosis melalui soalan-soalan mengenai rabun dekat, pemeriksaan mata. Oftalmoskopi dan funduskopi boleh dilakukan dalam pemeriksaan mata. Cermin mata atau kanta lekap mata boleh membantu membetulkan penglihatan. Kaedah surgeri juga boleh dilakukan untuk membaiki bentuk kornea atau meletakkan kanta lensa artificial di dalam mata untuk mengurangkan rabun dekat atau membetulkan rabun dekat. Tetapi sekiranya anda masih muda belia, selalunya anda mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan bukannya rabun dekat. Biasanya rabun dekat dialami oleh golongan yang sudah pun berusia dan biasanya dalam lingkungan 40-an ke atas.
2 ulasan:
hmmm... kalo org mude yg rabun camne lak ...
org mude yg rabun dekat ...
Catat Ulasan