Rakan Blogger

Teori Kepimpinan Situasi (Hersey & Blanchard, 1988)

Hersey & Blanchard (1988) telah mengilhamkan satu model gaya kepimpinan yang mengikut kepada situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.


TELLING (M1)
Gaya kepimpinan ‘telling’ (memberitahu) adalah gaya kepimpinan yang dikatakan pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian.. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian. Pemimpin seperti ini tidak memikirkanperasaan dan pandangan orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya. Sesuai dengan pengikut yang rendah tahap kesediaannya Contohnya: Seseorang pengurus itu akan lebih banyak mengarah dan menyuruh apa yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya dari A ke Z.


SELLING (M2)
Gaya kepimpinan ‘selling’ (menjual) menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu organisasi. Pemimpin akan menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut. Dalam gaya kepimpinan ini, keputusan masih dilakukan oleh pemimpin dan kemudiannya menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya untuk mendapat sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini, pengikut faham apa yang ditetapkan dan bersedia melaksanakan tugas. Sesuai dengan pengikut yang digolongkan sebagai rendah – sederhana di segi tahap kesediaan. Contohnya:- Seseorang pengurus itu biasanya dilihat lebih kepada pendekatan sosial (social approach) untuk memimpin kumpulan atau lebih kepada perbincangan yang bersifat terbuka.

PARTICIPATING (M3)
Gaya kepimpinan ’participating’ (menyertai) dilihat dengan perilaku pemimpin yang lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Pemimpin yang lebih menumpukan perhatian pada kualiti hubungan dan memperlihatkan penyelesaian tugas. Pemimpin meminta reaksi dan pandangan dari pengikutnya sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun keputusan masih di tangan pemimpin. Ia sesuai dengan pengikut yang mempunyai tahap kesediaan antara sederhana ke tinggi. Pengikut yang berkebolehan tetapi tidak sanggup dan tidak yakin memerlukan sokongan supaya meningkatkan motivasi.


DELEGATING (M4)
Gaya kepimpinan ’delegating’ (menyerahkan) tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri dengan sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara personal. Pemimpin mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak lalu menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah diagihkan, responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu pemimpin.

Stress Ruler: Mengukur Tahap Tekanan Anda!

Ini Apa?? Pembaris ke?? Produk terbaru MLM ke? Waahhhh... macam-macam la sekarang ni.. Ok, ni sebenarnya adalah Pembaris Stress... He'e... jgn gelak kan nama benda ni... tapi kalau dalam bahasa inggerisnya ia dipanggil Stress Ruler (baru market ye dak..). Fungsi utama alat ini adalah untuk mengesan dan mengukur tahap stress yang kita alami. Ia berdasarkan suhu badan kita. Ini kerana mereka yang sedang stress akan mengeluarkan haba atau peningkatan suhu yang tinggi. (Bukan demam ye...) Jadi mengikut alat ini, ada 4 tahap stress mengikut warna. Dari hijau, biru, jingga sehinggalah ke merah. Dari tahap Relax, Moderate, Stress, dan Verry Stress. Jadi pada pendapat peribadi saya, alat ini mungkin boleh membantu para kaunselor atau ahli terapi psikologi dalam membantu klien-klien mereka. Mungkin alat ini secara tepatnya boleh diumpamakan sebagai termometer stress cuma bezanya adalah dari segi bentuknya yang macam pembaris....

Picit, Ramas dan Geramnye kat StressBall

StressBall mungkin telah lama ada di negara kita. Tapi mungkin hanya sekadar barang permainan. StressBall ni adalah sejenis bola yang kenyal-kenyal, dan sangat seronok dipicit. Ia boleh menjadi satu bebola yang membuatkan kita mengendurkan sedikit stress kita. Kalo agak-agak rasa macam tak tahan dengan stress anda baik anda picit benda ni (StressBall) dari anda tumbuk dinding atau marah orang tak tentu arah. Ye dak.... Oleh hal yang demikian di sini saya nak syorkanlah kepada sesiapa yang rasa-rasa selalu sangat berhadapan dengan situasi penuh ketengangan eloklah dapatlkan sebiji StressBall ni... Tak mahal pun dalam RM 3.00 je sebiji... Kalo beli kuih kat KL ni 3 dpt seringgit tapi apa salahnya mengorbankan 9 biji kuih untuk sebiji StressBall. Cehhh... macam ada syer je saya ni dengan penjual StressBall. Tapi really, korunk boleh letak benda ni dalam kereta korunk, kalo stress sebab jalan jem boleh lepaskan geram kat benda ni kan... Hehehe.. anyway sorry sebab tajuk untuk entri agak 'kasar' sikit... Sebab nak attract attention.... (baru je bace Law of Attraction dah terus praktikan)

STRESS: Dari Prespektif Kesihatan Mental

Dalam membincangkan mengenai kesihatan mental, isu yang paling besar dialami oleh masyarakat pada hari ini adalah berhadapan dengan stress atau tekanan dalam kehidupan. Stress bukanlah sejenis penyakit yang boleh membawa maut tetapi ianya perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mental kita. Adalah penting untuk kita mengatasi tekanan dengan cara betul seiring dengan kesihatan mental yang baik. Stress boleh didefinisikan sebagai ketegangan emosi yang timbul akibat daripada peristiwa yang dialami dalam kehidupan, atau sebagai perasaan terancam terhadap keselamatan seseorang dan harga diri. Stress juga merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi stress turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati suka menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Katakan TAK NAK!!! Kepada Stress



Awas!!! Simptom-Simptom Stress

Individu yang mengalami stress ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti aspek fizikal, psikologikal, dan emosional. Ketiga-tiga aspek ini adalah aspek terpenting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu. Dari aspek fizikal, stess akan memberi tindakbalas negatif kepada sistem otot kita. Beberapa sistem otot kita akan mengalami ketengangan, ini termasuklah seperti sengal-sengal di bahagian bahu, lenguh di leher dan sakit-sakit dibahagian belakang badan. Selain itu, mereka yang mengalami tekanan juga berasa gementar, berpeluh kemudian rasa seram sejuk sehinggakan boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa mual hendak muntah. Pernafasan juga menjadi lebih laju disamping kerap buang air kecil dan air besar. Menurut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan akan cenderung untuk kurang selera makan dan ada kemungkinan besar mereka makan secara berlebihan bagi menghilangkan tekanan yang dialami mereka. Manakala dari segi psikologikal pula, stress akan memberi impak kepada mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Tekanan yang dialami menyebabkan kita kembimbangan serta keliru dan kurang daya tumpuan. Individu yang berada dalam keadaan tertekan juga akan mengalami simtom sukar tidur atau lebih teruk lagi mengalami insomnia. Insomnia akan menyebabkan seseorang itu kurang tidur, kurang tidur bermakna kurangnya rehat dalam kehidupan seseoran individu tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan fikiran terhadap individu tersebut dimana mereka akan sukar untuk membuat keputusan, kurang minat dalam aktiviti seharian dan sering berfikir secara negatif. Dari segi emosional dan tingakahlaku pula, akan berlaku perubahan emosi dimana seseorang itu akan mudah mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, mudah wujud permusuhan, rasa tidak berdaya dan kurang sabar mudah marah. Paling teruk sekali bagi mereka yang sudah berkahwin, mereka juga turut kurang minat melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing. Selain itu mereka alami tekanan yang teruk akan mengambil alkohol bagi menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa mereka sehinggakan mereka menjadi ketagihan terhadap alkohol.

Punca-Punca Stress

Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.

Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...