Rakan Blogger

Bagaimana Kita Boleh Tahu Orang Berbohong?

Actually saya mengepost entri adalah untuk ditujukan kepada seorang sahabat yang memang kerap berbohong kepada orang sekelilingnya termasuk orang yang menyayanginya. Dan paling malang sekali apabila dia membohongi dirinya sendiri, teman baik dan cintanya ia memakan diri sendiri kerana kerap kali 'kantoi'. Tetapi bukan itu tujuan saya memasukkan entri ini tetapi lebih kepada perkongsian ilmu yang saya ada. Saya sangat bersimpati ke atas beliau dan berharap suatu hari nanti ada cahaya kesedaran dalam dirinya kerana dia mempunyai potensi untuk menjadi orang berjaya di masa akan datang. Tiada guna beliau berbohong untuk menyembunyi sesuatu kerana 'kami' sebagai rakan-rakannya boleh tahu dan Allah S.W.T juga lebih Maha Mengetahui. Ok, bagaimana kita boleh tahu seseorang itu sedang berbohong. Ada beberapa tanda-tanda atau simptom yang boleh dilihat apabila seseorang itu cupa berbohong atau menipu.

Menyentuh Hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai 'kesan pinocchio'. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup Mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Ini juga berlaku kerana tindakan dibawah sedar seseorang yang sedang berbohong.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Biasanya orang yang tidak berpaksi kepada kebenaran akan cuba berpusing-pusing pada satu fakta yang tidak kukuh. Dan kemungkinan besar akan cuba 'twice' sesuatu kebenaran kepada pembohongan yang nyata.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Orang yang resah lama-kelamaan akan berpeluh dan muka agak kemerahan.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Setiap orang pasti pernah berbohong walaupun sekali sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas dari membuat silap.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...