Rakan Blogger

Kecelaruan Personaliti

Kecelaruan Personaliti boleh didefiniskan sebagai ketidakstabilan dan ketak suaian trait personaliti yang menyebabkan ganguan. Ia juga merupakan pola tingkahlaku yang telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong daripada kebiasaan budaya. Dari segi diagnosisnya, kecelaruan personaliti berada pada Axis II dalam DSM-IV. Mengikut DSM-IV, kecelaruan personaliti terbahagi kepada 3 rumpun iaitu [A,B,C]. A: Aneh dan Eksentrik, B: Dramatik dan Emosional, dan C: Kerisauan & Ketakutan

Secara umumnya, kecelaruan personaliti mempengaruhi keseluruhan emosi dan trait tingkahlaku dimana ianya mula menyimpan di awal usia remaja. Ianya lebih bersifat kekal, tidak fleksibel dan tak menentu sehinggakan menyebabkan distress dan kecelaan yang signifikan. Masalah yang sering timbul dalam tingkah laku kecelaruan personaliti biasanya timbul kegagalan mengawal diri sendiri dan menghadapai kesukaran membina perhubungan rapat. Di antara klafikasi yang disenarai sebagai kecelaruan personaliti menurut DSM-IV (edisi empat)  adalah seperti paranoid, schizod, schizotypal, anti-sosial, sempadan, histrionik, narsistik, pengelakan, kebergantungan, dan obsesif-komplusif.

Pola kecelaruan personaliti ini boleh dilihat sejak lagi sebenarnya dan ianya berterusan sehinggalah dewasa seiring dengan perkembangan diri. Pola tingkahlaku kecelaruan dapat dikesan apabila berlakunya salahsuai dalam perhubungan interpersonal khususnya. Ketidakpuasan dalam kehidupan yang kerap dialami menyebabkan mereka yang mengalami kecelaruan personaliti sering berhadapan dengan kerisauan dan kemurungan berpanjangan.

Kecelaruan Rumpun I : Aneh & Eksentrik

Paranoid
Kecelaruan personaliti ini menunjukan tahap syak wasangka dan sangat mencurigai orang lain. Individu yang paranoid biasanya memandang serong dan menganggap motif orang lain sebagai jahat terhadapnya. Mereka ini sangat obses dan tidak mempercayai orang lain dan sukar untuk berkongsi rahsia dengan orang lain.  Selain itu, mereka yang paranoid selalu sahaja bersangka buruk kepada orang lain , cemburu buta, dan berasa seperti setiap masa ada sahaja orang mengkhianatinya. Contoh paranoid :- "Rasa seperti terancam dengan ajakan jiran rumah untuk makan bersama. Merasakan jirannya seolah-olah ada muslihat atau niat jahat."

Schizod
Schizod atau skizod adalah sama. Ejaan sahaja beza, skizod ini menunjukkan kecenderungan untuk bersendirian dan kurang menunjukan reaksi emosi. Mereka seperti ini biasanya tidak banyak bergaul dan tidka mempunyai ramai kawan. Ini disebabkan mereka sentiasa mengelak untuk perhubungan rapat. Disebab kurang reaksi emosi, individu skizod didapati sukar untuk menzahirkan perasaannya. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak kisah mengenainya pun. Sama ada marah, gembira ataupun sedih ia seperti biasa sahaja. Ada sesetengah kes, mereka ini sayang terhadap haiwan tetapi kurang terhadapa manusia.

Schizotypal
Schizotypal adalah lebih komplek berbanding skizod dan paranoid. Ini kerana schizotypal seperti pakej yang agak lengkap dimana individu yang mengalaminya kemungkinan besar mengalami skizophernia + paranoid + skizod. Tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri khusus dimana mereka ini akan mengalami ganguan persepsi dimana ia lebih jelas terkesan kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Tingkahlaku dan penampilan aneh. Kepercayaang aneh, pemikiran aneh dan pertuturan aneh. Mereka juga risau terhadap sosial. Walaubagaimanapun, schizotypal ini lebih jelas semasa di peringkat awal dewasa.

Kecelaruan Personaliti Rumpun II : Dramatik & Emosional

Anti-Sosial
Individu yang anti-sosial tidak menghormati hak orang lain dan tidak suka untuk mematuhi peraturan. Mereka ini cenderung untuk menipu, impulsif dan tedensi menjadi seorang penjenayah. Anti-sosial biasanya berpersonaliti agresif, tak bertangung jawab dan menyesal. Mereka juga kurang sentuhan emosi sehingga tidak mempedulikan keselamatan orang lain seperti merempit, membawa kereta dengan laju, dan perkara-perkara ekstrem yang membahayakan nyawa orang lain. Tingkahlaku anti sosial sukar diubah dan ini ianya ada kaitan dengan kesan trauma yang dialami semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga cenderung kearah penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan jenayah. Dalam kajian Lee Robbins (1966), yang mengambil masa 30 tahun mengenai tingkahlaku delinkuens kanak-kanak  berpunca daripada ibu bapa yang anti-sosial juga dan tidak ada disiplin yang ditetapkan di dalam rumah. Antara tingkahlaku yang dikategori sebagai anti-sosial termasuklah meniru dalam peperiksaan, plaragiat, rasuah, dan salahguna kuasa.

Histrionik
Ini merupakan kecelaruan yang sangat dramatik dari segi tingkahlaku dimana individu yang histrionik sangat-sangat emosional seolah-olah apabila melahirkan perasaan seperti lakonan drama. Ini kerana mereka mahukan lebih perhatian, suka dipuji dan pandai dalam memanipulasikan orang lain. Mereka yang histironik cenderung melihat diri sendiri sebagai mudah 'sociable', meransang dan menawan kepada orang lain. Walaubagaimana pun, mereka ini mudah untuk berasa bosan, mudah marah dan mudah teruja. Selain itu, mereka yang histrionik ini agak berlagak, suka menggoda dan suka mengadakan gosip mengenai perhubungan. Mereka juga tertarik dengan bidang kerja seperi model atau pelakon. 

Narsistik
Ciri-ciri narisistik hampir sama dengan histrionik iaitu suka berlagak, tingkahlaku yang terlalu dramatik, suka dipuji, dan suka berdampingan dengan orang lain. Mereka ini juga tidak suka bergantung pada orang lain tetapi suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa. Ini disebabkan mereka amat mengidamkan kejayaan dan merasakan diri sungguh istimewa dan perlu disanjung. Dari aspek interpersonal,  mereka ini suka mencaci orang lain, sombong, terlalu mementingkan diri.

Sempadan (Boderline)
Kecelaruan sempadan atau boderline ini sebenarnya bermaksud kecelaruan dimana personaliti itu berada diantara garis sempadan psikosis dengan neurosis. Jadi tidak hairanlah jika kecelaruan personaliti jenis ini dilihat tidak mempunyai mood yang stabil dan konsistent. Dalam erti kata lain, individu dalam kelompok ini mempunyai imej kendiri yang bertukar-tukar. Kesan negatifnya membawa kepada tindakan untuk ke arah bunuh diri,  mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan dadah, kaki judi dan makan dengan banyak. Antara individu popular yang mengalaminya termasuklah Hitler dan Marylyn Moore.  Mereka yang  mengalami kecelaruan sempadan (boderline) ini kerap merasa kekosongan dalam diri mereka dan seringkali memiliki bad mood.

Kecelaruan Personaliti Rumpun III : Kerisauan & Ketakutan

Pengelakan
Kecelaruan personliti mengelak ini seringkali mengalami keterbatasan sosial. Individu dalam kategori ini menunjukkan neurotisme yang tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan sebagai pemalu dan takut kepada orang lain. Sangat sensitif kepada persekitarannya terutama dalam situasi yang mengacam mereka. Mereka juga biasanya berasa rendah diri dan rasa tidak berguna apabila membandingkan diri dengan orang lain. Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mereka ini semasa kecil suka menangis dan susah dijaga. Dan pengelakan cenderung kepada mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang kerap mengkritik dan merendah-rendahkan mereka.

Obsesif-Komplusif
Kategori ini menunjukkan ciri-ciri tak fleksibel, terlalu moral, dan percaya bahawa tidak boleh terlalu 'rasa seronok'. Individu yang obsesif komplusif terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak mahu memberi tangungjawab kepada orang lain. Selain itu, mereka ini begitu terperinci dan cerewet orangnya dan adakalanya disebabkan perkara kecil kerja tidak siap.  Seperti pengelakan, mereka juga mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat dengan peraturan diri yang ketat dimana bertujuan meningkatkan hargai diri dan mengawal diri. Ini juga disebabkan mereka kurang kemahiran interpersonal.

Kebergantungan 
Kecelaruan jenis ini dimana seseorang itu tidak mampu membuat keputusan atau pilihan secara bebas. Individu yang bergantung kelihatan takut akan ditinggalkan dan berpisah. Ini menyebabkan mereka hanya mengikut sahaja keputusan orang lain. Faktornya dipasti sama ada keran genetik atau disebabkan persekitaran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengalami kecelaruan ini, beitu juga dengan mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi. Lain-lain faktor yang mungkin termasuklah mempunyai adik beradik yang agresif terhadap dirinya sehingga dia menjadi tidak asertif (tegas diri).

Di Dunia 1 Daripada 4 Orang Mengalaminya...


Kesihatan Mental, ramai tidak menyedari dan tidak memahami sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental. Secara ringkasnya kesihatan mental boleh dikatakan satu tahap kesihatan dan kesejahteraan dari segi emosi dan pemikiran. Setiap individu yang dapat mencapai tahap kesihatan mental yang bagus sudah pastinya tidak mengalami apa-apa masalah kecelaruan dalam dirinya. Menurut WHO (World Health Organizations), setiap tahun satu daripada empat orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental. Cuba bayangkan jika di dalam dunia terdapat lebih 450 billion orang, adakah 1 per 4 itu satu angka yang kecil? Selain itu, hasil dapata statistik pada 2005  menunjukkan bahawa golongan wanita adalah golongan yang tertinggi menunjukkan simptom-simptom masalah kesihatan mental ini iaitu 29% berbanding 17% bagi lelaki. Itu pada tahun 2005, dan sekarang berapa agaknya? Masalah paling serius adalah apabila seseorang individu tidak menyedari yang dia mengalami masalah kesihatan mental. Beberapa faktor penting dikenalpasti mengapa mereka tidak menyedari hal ini. Antaranya adalah seperti :-

1. Tidak dapat mengenalpasti simptom-simptom kecelaruan pada diri sendiri.
  •  Ramai di kalangan kita tidak mengetahui apakah simptom-simptom yang mereka alami untuk dikaitkan dengan masalah sebenar mereka.
  • Mungkin simptom-simptom yang biasa kita kenalpasti seperti stress boleh kita kesan kerana ia boleh ditunjukkan secara fizikal. Tetapi untuk mengetahui simptom-simptom yang lebih spesifik seperti kecelaruan-kecelaruan tertentu mungkin memerlukan pengetahuan dan pembacaan yang lebih.
2. Salah tanggap mengenai kesihatan mental.
  • Ini lebih serius lagi, masyarakat di negara kita umumnya mempunyai stigma serong terhadap kesihatan mental misalnya. Apabila mendengar sahaja frasa 'mental' pasti ramai di antara kita mengaitkannya dengan gila atau tidak siuman. Walhal perkara kesihatan mental membawa konteks yang lebih luas lagi dan masih jauh dari maksud gila itu sendiri.
  • Apabila tidak memahami kepentingan kesihatan mental sepenuhnya, ramai diantara kita tidak menanganinya dengan cara yang betul. Ada juga yang masih malu-malu untuk berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan solusi yang sesuai. Belum ada keterbukaan lagi dari masyarakat yang belum membangun.

Post Traumatik Stress Disoder (PTSD)


Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
Post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut. Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami dan malapetaka. Mengikut kajian lebih kurang 7% hingga 8% daripada individu mengidap PTSD. Peratusan meningkat kepada sehingga 10%-30% di kalangan mangsa rogol . Manakala 50% daripada pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri dan 50% pesakit PTSD lagi terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.

Perhubungan Kucing dengan Manusia

Banyak istilah atau pepatah yang menggunakan haiwan kucing antaranya 'malu-malu kucing' untuk mengambarkan sifat malu seseorang, manakala 'ibarat kucing dengan anjing'  bermaksud dua orang yang selalu bertengkar. Kucing hitam juga dikaitkan dengan kematian dan kegelapan. Tetapi itu tidak menghalang ramai orang memelihara kucing dirumah mereka. Faktor kecomelan, kemanjaan dan jinak yang ada pada kucing menjadikan kucing antara ianya haiwan popular yang menjadi pilihan untuk dipelihara. Kebanyakan penyelidik bersetuju, bahawa nenek moyang kucing yang paling kuno mungkin adalah seekor binatang menyerupai musang yang dikenali sebagai Miacis, ia hidup sekitar 40 juta atau 50 juta tahun yang lampau. Dipercayai juga kucing ini telah wujud lebih dahulu daripada anjing.  Perhubungan kucing dengan manusia bermula sejak  9,500 tahun yang lepas lagi. Kucing telah digambarkan dalam sejarah banyak negara, ia dikatakan haiwan legenda dan sering menjadi subjek kegemaran seniman dan penulis.


Permulaan Kucing dalam Peradaban Manusia

Hubungan antara kucing dalam hidup manusia bermula apabila kucing pada awalnya dijinakkan kerana untuk tujuan memburu tikus yang mahu memakan biji-bijian yang disimpan digudang.Orang Mesir menggunakan kucing untuk memburu ikan dan burung serta memburu ttikus-ikus yang merosakkan stok biji-bijian di sepanjang Sungai Nil. Kucing dianggap begitu berharga pada masa itu sehinggakan terdapat penyembahan berhala kucing yang dibangunkan selama lebih 2,000 tahun. Kucing Dewi Bastet - yang namanya juga dieja Bast, dan Pasht yang digambarkan dengan kepala kucing. Lantaran itu, semua kucing menjadi suci kepada orang Mesir, dan semuanya dipelihara dengan baik. Apabila seseokor kucing itu mati, tubuhnya akan dimumiakan dan dikuburkan di sebuah kubur khas. Salah satu kubur ditemui pada tahun 1800-an mayat diawetkan mengandungi lebih daripada 300,000 kucing. Jika diikutkan catatan sejarah, orang Mesir mempunyai undang-undang yang ketat melarang eksport kucing. Diatas kemapuan kucing betindak sebagai  control-pest kepada tikus-tikus diperlabuhan mereka dibawa oleh orang Yunani dan Rom sebahagian besar ke Eropah kemudiannya ke India, China, dan Jepun. Di era itu, kucing menjadi haiwan yang paling disayangi manusia. 

Rasulullah S.A.W juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana dia gemar bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.  Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua. Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan adalah dilarang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...