Rakan Blogger

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Sempena Hari Pekerja 1 Mei

 
 Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.  Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA
 
Source : Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard

Perhubungan Kucing dengan Manusia

Banyak istilah atau pepatah yang menggunakan haiwan kucing antaranya 'malu-malu kucing' untuk mengambarkan sifat malu seseorang, manakala 'ibarat kucing dengan anjing'  bermaksud dua orang yang selalu bertengkar. Kucing hitam juga dikaitkan dengan kematian dan kegelapan. Tetapi itu tidak menghalang ramai orang memelihara kucing dirumah mereka. Faktor kecomelan, kemanjaan dan jinak yang ada pada kucing menjadikan kucing antara ianya haiwan popular yang menjadi pilihan untuk dipelihara. Kebanyakan penyelidik bersetuju, bahawa nenek moyang kucing yang paling kuno mungkin adalah seekor binatang menyerupai musang yang dikenali sebagai Miacis, ia hidup sekitar 40 juta atau 50 juta tahun yang lampau. Dipercayai juga kucing ini telah wujud lebih dahulu daripada anjing.  Perhubungan kucing dengan manusia bermula sejak  9,500 tahun yang lepas lagi. Kucing telah digambarkan dalam sejarah banyak negara, ia dikatakan haiwan legenda dan sering menjadi subjek kegemaran seniman dan penulis.


Permulaan Kucing dalam Peradaban Manusia

Hubungan antara kucing dalam hidup manusia bermula apabila kucing pada awalnya dijinakkan kerana untuk tujuan memburu tikus yang mahu memakan biji-bijian yang disimpan digudang.Orang Mesir menggunakan kucing untuk memburu ikan dan burung serta memburu ttikus-ikus yang merosakkan stok biji-bijian di sepanjang Sungai Nil. Kucing dianggap begitu berharga pada masa itu sehinggakan terdapat penyembahan berhala kucing yang dibangunkan selama lebih 2,000 tahun. Kucing Dewi Bastet - yang namanya juga dieja Bast, dan Pasht yang digambarkan dengan kepala kucing. Lantaran itu, semua kucing menjadi suci kepada orang Mesir, dan semuanya dipelihara dengan baik. Apabila seseokor kucing itu mati, tubuhnya akan dimumiakan dan dikuburkan di sebuah kubur khas. Salah satu kubur ditemui pada tahun 1800-an mayat diawetkan mengandungi lebih daripada 300,000 kucing. Jika diikutkan catatan sejarah, orang Mesir mempunyai undang-undang yang ketat melarang eksport kucing. Diatas kemapuan kucing betindak sebagai  control-pest kepada tikus-tikus diperlabuhan mereka dibawa oleh orang Yunani dan Rom sebahagian besar ke Eropah kemudiannya ke India, China, dan Jepun. Di era itu, kucing menjadi haiwan yang paling disayangi manusia. 

Rasulullah S.A.W juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana dia gemar bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.  Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua. Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan adalah dilarang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...