Rakan Blogger

Apakah Mimpi Anda?

Mimpi mungkin mainan tidur. Mengikut kajian manusia menghabiskan masa hampir 6 tahun seumur hidupnya untuk bermimpi iaitu dengan purata 2 jam sehari. Setiap orang akan bermimpi dalam hidupnya. Bezanya sama ada dia ingat atau tidak akan mimpinya itu dan mimpi itu baik atau buruk. Persoalannya, bagaimana mimpi boleh berlaku? Soalan diatas mudah dijawab. Kita akan bermimpi jika kita tidur. Mimpi tercetus apabila kita tidur dalam keadaan REM (Rapid Eye Movement) dimana tidur kita itu tidak berlaku dalam keadaan yang nyenyak kerana masih berlaku lagi pergerakan mata sewaktu mahu tidur. Pada waktu ini, sel-sel neuron di sekitar mata akan menghantar signal kepada otak sebagai isyarat bahawa kita sudah bersedia untuk tidur. Kesannya kelopak mata akan menjadi semakin berat dan lesu. Manakala badan akan mula keletihan dan inginkan rehat. Apabila kita sudah tidur, otak kita akan mula mentafsir isyarat yang menghasilkan visual-visual iaitu di masa kita separa sedar. Dan disinilah bermula mimpi seseorang itu sewaktu tidurnya. Menurut Sigmund Freud (seorang ahli psikoanalisis) menyatakan bahawa mimpi membolehkan manusia menzahirkan keiginan, kemahuan dan kehendak yang tidak dicapai atau dipenuhi ketika di alam realiti. Sekiranya kita bermimpi buruk (nightmare) pula, itu pula dinyatakan sebagai satu langkah 'self-defense' minda bagi menyalurkan emosi yang terganggu atau tertekan. Hipocampus adalah pusat aktif otak sewaktu kita bermimpi dimana ianya adalah pusat utama semantic memory. Semantic memory inilah dimana tersimpannya memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pernah kita hadapi sama ada ingat atau tidak. Oleh itu tidak hairanlah situasi yang berlaku dalam mimpi kita itu seolah-olah seperti pernah kita alami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...