"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team." Demikianlah apa yang terdapat dalam twitter pemain pertahanan tengah Manchester United yang juga defender England, Rio Ferdinand. Rio Ferdinand pernah bertemu dengan skuad Bawah 23 tahun semasa Asia Tour oleh kelabnya Manchester United dimana pada masa itu Amri Yahya berjaya membolosi penjaga gol Edwin Van Der Sar dan penjaga gol simpanan Manchester iaitu Jaringan Manchester United dijaringkan oleh Rooney, Nani dan Owen pada perlawanan pertama dimana Manchester United menang 3-2. Pada perlawanan kedua pula Manchester menang 2-0 hasil jaringan Owen dan F.Macheda. Bayangkan jikalau bintang seperti Rio ini memberi perhatian kepada perkembangan skuad bola sepak negara kita, kita sendiri apatah lagi. Lepas ini kalah atau menang skuad negara kita, jangan terlalu cepat mengkritik. Ini kerana secara peribadi saya lihat senarion hari ini, jika team negara menang kita sorak dan puji tetapi apabila kalah ada sahaja memperlekehkan kemampuan team negara. Lepas ini harap kita sama-sama memberi sokongan 100% kepada skuad kebangsaan.
Abnormal
Bahasa
Bawah Sedar
Budaya
Cerita
DirektOri
Fakta
Fenomena
Info
Islam
Kajian
Kaunseling
Kerjaya
Kesihatan
Kisah Teladan
Kod Etika
Lelaki
Malaysia
Menarik
Motivasi
My Artikel
Pelik
personaliti
Psikologi
Rahsia Tarikh Lahir
Sains Teknologi
Sejarah
Seks
Sukan
teori
Tips
Top Ten
Uji Minda
Universiti
Video
Wanita
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Langgan:
Catatan (Atom)
