StressBall mungkin telah lama ada di negara kita. Tapi mungkin hanya sekadar barang permainan. StressBall ni adalah sejenis bola yang kenyal-kenyal, dan sangat seronok dipicit. Ia boleh menjadi satu bebola yang membuatkan kita mengendurkan sedikit stress kita. Kalo agak-agak rasa macam tak tahan dengan stress anda baik anda picit benda ni (StressBall) dari anda tumbuk dinding atau marah orang tak tentu arah. Ye dak.... Oleh hal yang demikian di sini saya nak syorkanlah kepada sesiapa yang rasa-rasa selalu sangat berhadapan dengan situasi penuh ketengangan eloklah dapatlkan sebiji StressBall ni... Tak mahal pun dalam RM 3.00 je sebiji... Kalo beli kuih kat KL ni 3 dpt seringgit tapi apa salahnya mengorbankan 9 biji kuih untuk sebiji StressBall. Cehhh... macam ada syer je saya ni dengan penjual StressBall. Tapi really, korunk boleh letak benda ni dalam kereta korunk, kalo stress sebab jalan jem boleh lepaskan geram kat benda ni kan... Hehehe.. anyway sorry sebab tajuk untuk entri agak 'kasar' sikit... Sebab nak attract attention.... (baru je bace Law of Attraction dah terus praktikan)
Abnormal
Bahasa
Bawah Sedar
Budaya
Cerita
DirektOri
Fakta
Fenomena
Info
Islam
Kajian
Kaunseling
Kerjaya
Kesihatan
Kisah Teladan
Kod Etika
Lelaki
Malaysia
Menarik
Motivasi
My Artikel
Pelik
personaliti
Psikologi
Rahsia Tarikh Lahir
Sains Teknologi
Sejarah
Seks
Sukan
teori
Tips
Top Ten
Uji Minda
Universiti
Video
Wanita
Picit, Ramas dan Geramnye kat StressBall
StressBall mungkin telah lama ada di negara kita. Tapi mungkin hanya sekadar barang permainan. StressBall ni adalah sejenis bola yang kenyal-kenyal, dan sangat seronok dipicit. Ia boleh menjadi satu bebola yang membuatkan kita mengendurkan sedikit stress kita. Kalo agak-agak rasa macam tak tahan dengan stress anda baik anda picit benda ni (StressBall) dari anda tumbuk dinding atau marah orang tak tentu arah. Ye dak.... Oleh hal yang demikian di sini saya nak syorkanlah kepada sesiapa yang rasa-rasa selalu sangat berhadapan dengan situasi penuh ketengangan eloklah dapatlkan sebiji StressBall ni... Tak mahal pun dalam RM 3.00 je sebiji... Kalo beli kuih kat KL ni 3 dpt seringgit tapi apa salahnya mengorbankan 9 biji kuih untuk sebiji StressBall. Cehhh... macam ada syer je saya ni dengan penjual StressBall. Tapi really, korunk boleh letak benda ni dalam kereta korunk, kalo stress sebab jalan jem boleh lepaskan geram kat benda ni kan... Hehehe.. anyway sorry sebab tajuk untuk entri agak 'kasar' sikit... Sebab nak attract attention.... (baru je bace Law of Attraction dah terus praktikan)STRESS: Dari Prespektif Kesihatan Mental
Dalam membincangkan mengenai kesihatan mental, isu yang paling besar dialami oleh masyarakat pada hari ini adalah berhadapan dengan stress atau tekanan dalam kehidupan. Stress bukanlah sejenis penyakit yang boleh membawa maut tetapi ianya perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mental kita. Adalah penting untuk kita mengatasi tekanan dengan cara betul seiring dengan kesihatan mental yang baik. Stress boleh didefinisikan sebagai ketegangan emosi yang timbul akibat daripada peristiwa yang dialami dalam kehidupan, atau sebagai perasaan terancam terhadap keselamatan seseorang dan harga diri. Stress juga merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi stress turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati suka menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Awas!!! Simptom-Simptom Stress
Individu yang mengalami stress ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti aspek fizikal, psikologikal, dan emosional. Ketiga-tiga aspek ini adalah aspek terpenting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu. Dari aspek fizikal, stess akan memberi tindakbalas negatif kepada sistem otot kita. Beberapa sistem otot kita akan mengalami ketengangan, ini termasuklah seperti sengal-sengal di bahagian bahu, lenguh di leher dan sakit-sakit dibahagian belakang badan. Selain itu, mereka yang mengalami tekanan juga berasa gementar, berpeluh kemudian rasa seram sejuk sehinggakan boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa mual hendak muntah. Pernafasan juga menjadi lebih laju disamping kerap buang air kecil dan air besar. Menurut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan akan cenderung untuk kurang selera makan dan ada kemungkinan besar mereka makan secara berlebihan bagi menghilangkan tekanan yang dialami mereka. Manakala dari segi psikologikal pula, stress akan memberi impak kepada mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Tekanan yang dialami menyebabkan kita kembimbangan serta keliru dan kurang daya tumpuan. Individu yang berada dalam keadaan tertekan juga akan mengalami simtom sukar tidur atau lebih teruk lagi mengalami insomnia. Insomnia akan menyebabkan seseorang itu kurang tidur, kurang tidur bermakna kurangnya rehat dalam kehidupan seseoran individu tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan fikiran terhadap individu tersebut dimana mereka akan sukar untuk membuat keputusan, kurang minat dalam aktiviti seharian dan sering berfikir secara negatif. Dari segi emosional dan tingakahlaku pula, akan berlaku perubahan emosi dimana seseorang itu akan mudah mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, mudah wujud permusuhan, rasa tidak berdaya dan kurang sabar mudah marah. Paling teruk sekali bagi mereka yang sudah berkahwin, mereka juga turut kurang minat melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing. Selain itu mereka alami tekanan yang teruk akan mengambil alkohol bagi menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa mereka sehinggakan mereka menjadi ketagihan terhadap alkohol.
Punca-Punca Stress
Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja
boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.
boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.
Kesan-Kesan Stress
Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita. Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami adalah seperti ’burn-out’ atau hilang semangat. Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi. Hal ini boleh menjejaskan pekerjaan, keluarga dan diri mereka sendiri. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan. Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan mereka akan memilih untuk bersendiri. Maka berlakunya pengelakan sosial dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bergaul dengan orang ramai seperti biasa. Malangnya keadaan mereka ini akan meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih tertekan. Susulan daripada itu, mereka yang berada dalam situasi ini adalah sangat serius. Individu tersebut akan menyebabkan mereka berada ditahap kekecewaan yang teramat sangat. Kekecewaan yang dialami menjejaskan kesihatan mental mereka. Kesan fizikal akibat daripada tekanan juga boleh dilihat, dimana muka mudah menjadi kemerahan dan badan akan mudah untuk keletihan. Cepat letih dari segi fizikal juga berpuca daripada tekanan yang dialami kerana terlalu banyak kekusutan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Lihat betapa seriusnya tekanan jika kita tidak atasinya dengan cara yang betul. Kesan daripada tekanan sahaja seolah-olah boleh menjejaskan keseluruhan kehidupan individu itu. Tekanan yang melampau adalah tidak sihat dan tidak positif untuk kesihatan mental. Sepertimana yang kita tahu, akibat tekanan yang melampau seseorang itu boleh mengalami dipressi dan kesan yang paling teruk lagi individu tersebut terdedah kepada risiko bunuh diri sebagai jalan keluar kepada tekanan yang terlalu teruk ini. Adakah anda semua tahun apakah punca-puncanya?Strategi Menangani Stress
Adalah penting untuk kita memperkembangkan siri strategi bagi menangani stress, dan kita perlu mempunyai beberapa pelan aternatif sekiranya strategi sedia ada tidak berkesan atau tidak dapat di aplikasikan. Ini kerana tidak ada satu langkah yang sempurna dalam menangani tekanan untuk setiap orang. Kita harus mencuba setiap satu daripada langkah atau cara yang dan melihat yang mana satukah lebih sesuai kita gunakan dalam berhadapan dengan tekanan atau stress. Terdapat lima langkah yang efektif dalam menangani tekanan atau stress dalam kehidupan seharian kita iaitu :-
1. Ubah gaya hidup yang lebih sihat.
2. Mengutamakan yang utama (Prioritizing).
3. Mencari sokongan sosial yang sesuai (Social Support).
4. Menggunakan humor (Use Humor).
5. Struktur aktiviti seperti melakukan aktiviti sukan dan riadah.
1. Ubah gaya hidup yang lebih sihat.
2. Mengutamakan yang utama (Prioritizing).
3. Mencari sokongan sosial yang sesuai (Social Support).
4. Menggunakan humor (Use Humor).
5. Struktur aktiviti seperti melakukan aktiviti sukan dan riadah.
Langgan:
Catatan (Atom)
